Showing posts with label Travel tips. Show all posts

Travel Journey (Part 4) : Langkawi to Padang Besar to KL

Assalamualaikum & Hai!

Korang mesti tertanya-tanya kenapa mesti dah Assalamualaikum dan hai kan? Ye lah,ada juga yang bukan muslim baca blog aku. Jadi say hai lah,takkan nak sombong. huh. Sesiapa yang dah baca previous topic aku travel Journey : Part 1 ,Part 2 & Part 3 mesti ada yang tertanya (untuk siapa yang selalu jadi silent reader blog aku) kenapa tiba-tiba aku buat travel Journey. Dari luahan hati, cinta dan life tiba-tiba ke travel tips. offside kot. 

Sebenarnya a few days ago , ada kawan aku yang banyak sangat tanya pasal Langkawi since aku pernah ke sana few months ago & diorang pun akan travel kesana on August dan first time kesana. So I have to recall everything, banyak yang aku lupa harga ticket ,tempat hotel kami menginap. Yalah, aku tak ambil port sangat waktu tu, mana family aku bawa disitu aku ikut. Jadi banyak benda lah yang aku tak ingat. So,supaya aku ingat balik aku tulis lah topik travel Journey/tips ni dan mungkin macam aku cakap di travel Journey macam mana nak kesana. 

Saja Selit gambar kat Langkawi
Kenapa aku fokus kan benda-benda penting terutama harga ticket sebab of course kita pergi melancong kira bajet ,right? Jadi boleh menyenangkan sikit untuk korang total up the bajet , kan kita ni pemalas nak google everything. jadi kau google je lah,nama aku senang semua aku letak walaupun tak full detail sangat. yang penting, kalau salah korang jangan nak marah aku. Ini  blog, bukan official website tempat peranginan. tumbuk kang. 

Ok,enough membebel. Selepas ke Langkawi 2 malam , hari ke 3 kami memulakan perjalanan kami untuk pulang ke Kuala Perlis untuk pergi ke Padang Besar. Sesiapa nak tahu apa yang best kat Langkawi korang boleh klik SINI . Ada beberapa tempat aku tak pergi, salah satu nya Pantai Hitam , Langkawi. huhu.it's okay, next time. 

saja tunjuk konon-konon kat Thailand (sempadan pun jadi lah)

Langkawi - Kuala Perlis - Padang Besar

Seperti perjalanan sebelum ini di travel Journey (part 2) ,kami sekeluarga memilih untuk menaiki feri dari Kuala Perlis. So, dari langkawi juga kami turun di Kuala Perlis.

Kisah sedihnya, aku dengan mama dapat seat paling depan berhadapan dengan TV yang bersebelahan dengan TV ialah tandas.  Guess what apa jadi bila feri dah gerak. Air dalam Jamban pun dah berombak-ombak macam laut. Kau yang tak mabuk laut pun boleh mabuk dengan bau tandas yang terkeluar. Akhirnya ,aku dah tak tahan aku bawa mama pindah ke belakang cari tempat kosong, aku dah tak kisah kalau aku beku kat belakang tu kena aircond, yang penting aku tak sawan sebab bau busuk. Jadi ,guys jangan duduk seat dekat tandas & sila bawa sweater sebab aircond kat dalam tu sangat sejuk. 

Seribu sesalan, dari KL sorang satu bawa backpack, bila dari Langkawi extra dua luggage besar.haha.
Sampai kat Kuala Perlis, kami naik teksi untuk ke Padang Besar aku dah lupa berapa bayaran untuk ke Padang Besar dari Kuala Perlis. But don't worry, kau bawa perangai rajin baca signboard tu sekali dan di tempat perhentian teksi tu dia ada 1 papan kenyataan yang letak harga-harga perjalanan antaranya untuk ke Padang besar. Mungkin ada yang charge lebih sikit, kalau lebih sikit takpa lah kira sedekah. Kalau melebih sangat, tak payah. Lepas naik teksi tu,aku memang dah lena tidur. Aku dah tak dengar dah cerita pak cik teksi pasal zaman dulu-dulu dia kat Sabah , bangun-bangun ja dah sampai kat sempadan Padang Besar. 

Rasa nak borong - Padang Besar
fuh,kat Padang Besar memang macam-macam ada. untuk yang minat jersey, baju dan lain-lain nak beli yang kualiti sana memang ok. barang-barang Thailand kan kualiti baik. Tapi tu lah, seperti tempat lain, loghat juga adalah salah satu benda yang boleh influence harga yang di bagi pada kau, Disebabkan aku ni tak pandai cakap semenanjung (kalau menaip ok ler, cuba kalau depan-depan Sabah bah.) ,apatah lagi nak cakap bahasa pekat macam loghat Kedah. Memang tak ah. so, kami dapat diskaun pun siikiiitttt. huhu. masa ni ,kami tahan nafsu nak beli lebih-lebih, sebab dah tak larat nak bawa barang kesana kemari. 

Makanan kat sini, memang bukan makanan aku. Aku sejenis manusia yang suka pedas , dan bila sampai Padang Besar dah la lapar, makanan kat sini memang manis dan masam memang aku angkat tangan. hehe. Cuma belacan yang pedas. haha.

Belum ada kat Sabah - minuman ni pun boleh tahan masam jugak.

Padang Besar - Kuala Lumpur

Dari Padang Besar ke KL kami memang plan nak naik kereta api, rupanya kereta api bergerak jam 7:00pm dan dijangka sampai 4.30am . Jadi maknanya kena bermalam di keretaapi lah. Untuk korang yang travel nak rasa adventures sikit, aku prefer korang naik keretaapi. Lagipun jimat lah sikit, sebab naik kereta api & kau pilih yang ada tempat tidur harga RM42/bed  dan kau bermalam di keretaapi ,kau boleh jimat duit untuk hotel 1 malam. Faham tak maksud aku?

Ni lah gerabaknya, ini coach ekonomi RM42.00 ,selesa sangat. lagi best ambil katil kat atas.

Malam ni kau tidur kat keretaapi, jadi malam ni kau tak payah membazir check in hotel. Lagipun,tidur kan Coach tu selesa sangat. tak yah risau lah. Naik kereta api dan Sampai 4.30am ,kami terus check in ke hotel , disebabkan kami datang waktu subuh, diorang benarkan kami check-in awal dengan charge RM50.00 if I'm not mistaken.Dan Selepas tu, kami ada lagi dua malam di KL, dan kami berjalan-jalan dan seperti biasa kalau aku pergi KL mesti aku jumpa dengan kawan aku Nadhira (she is beauty blogger) , kebetulan pulak hotel aku cuma berdepan dengan College dia memang lah jumpa kan. haha. Jadi ,sampai situ lah cerita perjalanan aku yang tak seberapa itu. Harap membantu lah 10% pun takpa. hehehe.

Thank you kepada yang sudi membaca. hee. Bye! see you in next topic!


SIMILAR POSTS

Travel Journey (Part 3) : Pulau Langkawi

Assalamualaikum and Hai!

So selepas dari cerita travel Journey Part 1 dan Part 2 , Ini adalah part 3 cerita tentang keseluruhan percutian di Langkawi (3 hari 2 malam. Kalau korang nak tahu macam mana nak datang ke Langkawi menggunakan feri korang boleh baca di sini .

Since kami bercuti sekeluarga, kami decide untuk sewa kereta jalan-jalan di Langkawi. Masih menggunakan kaedah yang sama iaitu booking online hotel melalui booking.com .Disini kami ada buat kesilapan sedikit. haha. ye lah, ayah pernah pergi Langkawi pun masa dia masih study kat Perak (kahwin pun belum masa tu) aku dah umur 24, bayangkan lahhh berapa tahun yang lalu. Mama pulak, last ke Langkawi waktu aku sekolah rendah.

Jadi , booked hotel setakat tengok gambar apa yang ada di booking.com jer lah. Tup tup, bila dah sampai sana hotel indah khabar dari rupa. Rupanya hotel tu adalah hotel kerajaan. Aku dah lupa nama hotel tu , tapi sebenarnya hotel tu tak lah teruk sangat. Bersih memang bersih, Cuma persekitaran tu, agak rasa tak selamat lah. Mula-mula plan malam kedua pindah hotel. Tapi dah malas nak angkut barang, redha jer lah. lagipun tengok tempat tu kebanyakkan orang-orang yang ambil kursus tinggal kat sana. So, kalau korang nak cari hotel , cari hotel yang berdekatan dengan Pekan Kuah (di tengah bandar dan dekat dengan terminal Feri)


Hari pertama di Pulau Langkawi - Pantai Cenang , SkyCab & Beras Terbakar

Hari pertama , lepas check in rehat kejap lepas tu kami gerak mencari gerai makan. Hello, Perak & Kedah kalau bab makanan memang Superb! terutama untuk orang-orang yang suka makan pedas, this is your place. Heaven sangat dengan makanan-makanan kat sini. Ok, itu aku akan ceritakan lepas ni. 

Under Water World , Langkawi
Tempat pertama kami pergi ialah ke Under Waterworld ,Langkawi di Pantai Cenang. macam mana nak kesana? don't worry , kalau korang sewa kereta/motor map akan di sediakan. lagipun apa susah, sekarang kan teknologi dah maju, di handphone korang dah ada maps & GPS tak yah risau la, lagipun Pulau Langkawi tak buat sesat lah, sana sini tembus yang penting "RAJIN BACA SIGNBOARD & MAP" yes, aku capslock tu supaya korang rajin . 
 Lepas tu, Kami shopping chocolate sikit-sikit kat sana. TAKE NOTE : kalau nak beli chocolate, silalah beli kat Pantai Cenang, atau Zoo Langkawi atau mana-mana. Elakkan dari beli kat Terminal Feri sebab harga sana jauh lebih mahal dari di tempai lain di Langkawi. Masa tu kami expect di terminal harga chocolate akan lebih murah ,so kami cuma beli sikit kat tempat lain.bila dah nak balik, sekali tengok harga chocolate kat terminal sangat jauh tinggi dari tempat lain. Sesal tak sudah. 

Selepas dari under waterworld, kami pergi ke Langkawi Cable Car & Sky Bridge . Siapa tak datang , memang rugi. dan kalau nak datang , sila datang tengahari.rugi kalau datang petang , kat sana ada banyak aktiviti (of course tempat bergambar cantik-cantik) . Masa kitorang pergim dah petang, bila dah sampai sana, kami direct naik cable car & pergi Sky brigde. Bila dah turun , kedai-kedai kat bawah dah tutup. huhu. 
See, kalau korang ada banyak masa korang boleh naik beskal round-round kat sini
Harga Tiket untuk Cable Car(Basic Package) :

Mykad Holder : Adult (RM30.00) ,Children 2-11 Years Old (RM22.00)

Harga tiket juga ada disediakan dalam combo package A,B,C,D which is harga combo untuk fees entrance Cable Car + Skydome + Skyrex + 6D cinema/F1 Simulator/3D art museum . Tapi bagi aku, tak perlu kot. Sebab benda tu ada kat tempat lain jugak. Tapi kalau korang nak juga, tak salah. takda yang larang pun ,duit sendiri kan. haha. 

antara background kawasan bawah cable car
Skycab pulak kalau taknak naik yang basic gondola, korang boleh pilih yang Private , VIP or Glass Gondola . glass gondola of course lah yang transparent glass kat lantai. Kalau korang tak gayat cuba lah RM95/person . Untuk harga package lain-lain korang boleh tengok kat ---> Ticket Price

Owh ya,bila dah naik cable car, Confirm korang round-round kat Sky brigde. Cable car ni akan berhenti 2 tempat. 1st pitstop korang boleh pilih nak turun atau tak. kat sana korang boleh tengok pemandangan. 2nd pitstop pun sama, 2nd pitstop ialah puncak dimana letaknya sky bridge. Korang jangan ingat harga tiket tu sekali dengan entrance fees ke Skybridge. 

Skybridge guys!
Takda maknanya, dah kat atas kalau korang nak lalu kat skybridge ada entrance fees lagi kat sana. Korang boleh pilih antara nak naik ikut sky lift (aku dah lupa nama benda tu, tapi rupa macam lift la) atau korang nak naik turun tangga. TRUST ME, kau takkan larat naik tangga lepas korang jalan kat skybridge tu. 

Skybridge entrance Fees :
Using Lift : RM15/person
Tangga : RM5/Person

P/s : aku tak pasti lah betul atau tak harga ni sebab aku dah lupa. tapi agaknya harga tu around that lah. lagipun it worth the money tho. Korang dah penat-penat naik atas, rugi tak masuk skybridge.
(nampak tak marketing tu kat sana. ngehehe)

Entrance!
Lepas puas kat sana, kami bergerak mencari lokasi Beras Terbakar. Unfortunely, beras terbakar dah tutup. Tapak dan rumah masih ada, cuma beras terbakarnya cuma tinggal sisa. huhu. So, kami cuma makan di sana, sebab waktu tu dah petang jadi banyak lah gerai-gerai buka.

Waktu malamnya,kami cuma pergi makan di Restoran Jai Seafood & Western. Masa ni aku cuma google best restaurant in Pekan Kuah, dan restoran ni one of it. Senang, kalau korang first time kat tempat tu then korang tak tahu nak makan mana, you just google it and lepas tu search for direction. Come on, masa ni lah korang gunakan kemahiran google korang instead of stalking people. hahaha.


Hari Kedua - 
Pantai Cenang (again) , Makam Mahsuri ,Galeri Perdana & Langkawi Wildlife Park

First, misi pertama kami hari ni mencari tempat menjual Gamat /minyak Gamat. Siapa pergi Langkawi tak beli semua tu rugi lah, ye lah kalau tak pakai untuk ko at least ko rembat la sikit untuk ole-ole yang disana. hehe. Memandangkan kami nak ke Makam Mahsuri ,kami pergi ke kedai borong Gamat di Kedai Nasuntara. Minyak Gamat kat Sana Murah gila! RM10 untuk 12botol ada. Ada yang RM5 untuk 12 botol. Korang kena pandai cari tempat lah. Cream Gamat,Losyen Gamat, semua ada.

Lepas siap borong, kami bergerak ke Makam Mahsuri. Harga Tiket masuk seperti berikut :
Warganegara dengan Mykad
Dewasa : RM7
Kanak-kanak : RM3.50
Pelancong Asing
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM7
Telaga Mahsuri

Banyak lagi rumah-rumah kat sini

Belakang tu pulak makam Mahsuri

Lepas Ke Makam Mahsuri kami singgah kat Galeri Perdana, Kat sini kami cuma tengok dari luar. Tak masuk pun. Lepas tu kami singgah kat Ayer Hangat Village. Aku tak banyak cerita kat sini,sebab tak masuk pun. hahaha. 

Ayer Hangat
Selepas tu, Kami ke WildLife Park. Mulanya, kami plan nak ke Taman Ular ,Langkawi rupanya dah tutup yang ada hutan belantara(tapi kalau nak juga tengok ular  rasanya ada kot dalam hutan tu,tak payah bayar pun haha) . Mula-mula, kami berfikir nak masuk atau tak ke wildlife park ni sebab ya lah, Zoo, dalam bayangan macam zoo biasa kita cuma jalan-jalan dan tengok dari jauh.  rupanyaa...

nampak takkk!

so cute right!!
Tapi bila dah masuk serius sangat best, sebab kita boleh bagi makan kat binatang-binatang kat dalam tu.kau yang tua ni pun teruja bagi makan kat haiwan semua.

Harga Tiket :
Warganegara dengan Mykad
Dewasa — RM18
Kanak-kanak — RM12
Pelancong Asing
Dewasa — RM36
Kanak-kanak — RM20
(Korang Boleh beli online ticket kalau nak murah sikit)
Jinak sangat!
Food Bag for Animal -RM5-6/bag

Selesai semua , kami nak ke Cenang balik, sebab ada seluar cantik yang mama & aku nak beli. hehehe. Semalam tak puas lagi shopping. Lepas tu alang-alang dah kat sana, kami belum nampak lagi pantainya kat mana. huhu. mula-mula aku taknak, sebab waktu tu panas gila dah tak sanggup nak bejalan tapi dah alang-alang sampai Pantai cenang takkan tak tengok pantai, kan?


SERIOUSLY pantai ni sangat CANTIK! 1 penyesalan aku x sempat begambar kat sini.huhu.

Malam kedua kami kat sana, kami terjah ke pasar malam. Owh sebelum terlupa setiap pasar malam ada hari jadual. Jadual nya kat sini. Please,datang ke pasar malam sebab korang akan menyesal kalau tak beli makanan-makanan sana.

BilPasar malam/UptownLokasiHari & Waktu operasi
1Pasar malam Ulu Melaka
Ulu Melaka, Jalan Padang Matsirat
05000, Langkawi, Kedah
Isnin
6 p.m-10 p.m
2Pasar malam Padang MatsiratTempat Letak Kereta Beras Terbakar, Padang Matsirat,
Ahad
6 p.m-10 p.m
3Pasar malam Air HangatBerdekatan Bulatan Simpang 4, Ayer Hangat.
Jumaat
6 p.m-10 p.m
4Pasar Malam Padang WahidSimpang Tiga Dimat / Padang Wahid
Selasa
6 p.m-10 p.m
5Pasar Malam KuahDepan Hotel Baron, Kuah
Sabtu & Rabu
6 p.m-10 p.m

Done part 3, topik kali ni banyak gambar kan? haha. Aku tak tahu nak explain macam mana, jadi harap korang nampak gambar tu korang eksaitedd lah sikit nak pergi. hehe.  See you on Part 4! Perjalanan yang tak plan iaitu ke Padang Besar.  ---->Part 4

SIMILAR POSTS

Travel Journey (Part 2) : Perak - Kedah -Langkawi

Assalamualaikum dan Hai!

Sambungan dari Travel Journey : Part 1
(Part 2)
Day 2 : Ipoh Perak to Alor Star ,Kedah 
Dari Ipoh ke Alor Star Kami menaiki ETS sekali lagi. Masih lagi mengambil coach Platinum which is RM42 (without food) . Untuk Economy Coach aku tak pasti berapa harga , tapi yang pasti lebih murah dari Platinum lerrr.
On The Way To Kedah
Kat Kedah , erm tak berapa banyak tempat menarik. (or mungkin aku yang tak round habis. sebab cuma duduk kat sana 1 malam) Kami masih menggunakan Booking.com untuk booked hotel. dan tinggal di Star City Hotel. Bilik selesa dan besar. Tak banyak tempat kami pergi, since kami cuma duduk kat sana 1 malam (sebelum bergerak ke Langkawi) kami cuma sempat ke Pekan Rabu ,menara Alor Setar dan Shopping Mall berdekatan dengan Hotel tempat kami menginap.
Menara alor Setar, Kedah
Day 3 : Alor Setar - Kuala Perlis to Pulau Langkawi 
Mama as Tour Guide (since mama rajin google everything & keep nagging to me why I'm not using my phone to google everything rather than scrolling ig and fb ) hee. So, she decided to pilih menaiki feri dari Kuala Perlis. Sebab tak nak, lama dalam feri. 

Pergi ke Langkawi menaiki feri ada dua Option. 
Option 1 : Kuala Kedah - dekat dengan alor setar tapi lama duduk dalam feri
Option 2 : Kuala Perlis - Jauh dengan Alor setar tapi sekejap dalam feri (untuk yang jenis mabuk laut prefer option 2)
Harga tiket dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi ialah RM18.00 untuk tahun 2016 (faham-faham lah harga berubah semakin dekat 2020 ni kan. pfft.)


I'm Ugly ,Tired and Look Fat here - Terminal Langkawi

Tiba di Langkawi 

Sampai Langkawi , You don't need to worry pasal nak sewa kereta atau sewa motor. Sebab, bila korang dah sampai terminal Langkawi akan ada penyewa-penyewa kereta menyambut kedatangan korang sambil menghulurkan Business Card diorang. So, Korang boleh pilih-pilih lah mana korang nak, korang boleh juga direct ke Kaunter sewa kereta. Ingat , kalau orang hulur business card tu bukan suruh korang window shopping. NO. Once korang ambil, diorang akan ikut korang and assume that korang memang dah berminat menyewa dengan diorang.

So next, aku akan ceritakan percutian kami di Pulau Langkawi di ---> Travel Journey : Part 3

SIMILAR POSTS

Travel Journey (Part 1) : KL-Perak (Using KTM-ETS)

Assalamualaikum and Hai!

Ok, hari ni aku nak share travel Journey. It might not the best tips ever , since I'm also first time going there. Tapi yeah, maybe bermanfaat untuk orang lain,jadi korang boleh dapat idea sikit-sikit untuk yang pertama kali datang.  Perjalanan kali ni banyak pitstop , since my father ada buat reunion with his classmate untuk Politeknik Ungku Omar, Perak. First,diorang buat gathering at one of their friend house di Puchong. Lepas tu,kami sekeluarga plan untuk pergi ke Perak untuk mengimbau kenangan zaman sekolah ayah ku.ngeh. So, Aku akan start cerita perjalanan aku dari KL Sentral , singgah di Perak, and then Alor Star, Kedah ,dannn lepas tu langkawi to Padang Besar.

Day 1 - KL Sentral to Ipoh,Perak 

So, kami naik keretaapi dari KL Sentral. Since waktu tu, kami pun pertama kali menaiki keretaapi dan unfortunely masa tu tiket dah habis sebab waktu jatuh pada hari ahad (of course lah, banyak orang balik dari kampung , atau dah mula kebandar untuk working days) .

Kami beli tiket Platinum-ETS dengan harga RM62 untuk tiket dari KL Sentral - Ipoh. Agak mahal, since it's first class coach. Tapi sangat selesa dan berbaloi, kerusi yang luas, makanan dan minuman pun disediakan, siap ada ala-ala pramugari kat dalam tu buat ko tiba-tiba terasa dalam kapal MAS pulak. Tapi kalau korang nak jimat korang boleh pilih Ekonomi Coach RM28.00 untuk KL Sentral -Ipoh. 

KL Sentral - Ipoh, Perak (ETS)
Platinum : RM62 /seat
Economy : RM28/seat
(30 minit macam tu dah sampai destinasi, ETS laju woo)

KTMB Ipoh ETS, Ipoh Perak
Sampai Perak, kami makan di Restoran Nasi Vanggey. Perghhh. SEDAP! tapi pedas. Cara dia serve macam kartun, cepat gila. You guys should try it kalau datang sana. Seperti diketahui, Ipoh bukan lah bandar besar tapi cukup aman & selesa. (Rumah-rumah pun besar..wuu orang kaya. hik hik) Bandar tu tenang, aman & damai. No Stress.

Restoran Nasi Vanggey
We decided to stay at Lost World of Tambun Hotel , since konon-konon nak spend 24 hours dekat Lost World of Tambun. (Tapi kami x dapat pergi acara waktu malam, since we had a reunion dinner again with my father friends) Facilities di hotel tu memang tip top. Aku prefer supaya booked hotel melalui Booking.com ,sebab kita cuma booked then bila dah sampai hotel barulah buat payment , so tak lah leceh nak refund online kalau kita terpaksa cancel booked atau tukar tarikh. 

Lost World Of Tambun
For lost world of Tambun Theme Park plak , it's worth the money since tempat tu sangat cantik & relaxing. You can google it the entrance fees , tapi diorang akan buat promotion juga bila musim cuti atau perayaan. BUT, please jaga barang korang even SELIPAR. yes, SELIPAR. My mom lost her sandle kat sana. kalau kat KK setakat sandle memang orang tak pandang. huhu. Terpaksa lah si ibu berkaki ayam balik ke hotel.kikiki. Kami bermalam 1 malam d Tambun,Perak dan keesokkannya kami bergerak ke Kedah. 

Travel Journey (Part 2) : Perak to Kedah & Kedah To Langkawi ---> Travel Journey ( Part 2)

SIMILAR POSTS