Showing posts with label Fact about me. Show all posts

Kau nasihat orang bukan main pandai

Assalamualaikum and Hai!

So, beberapa hari ni sebenarnya aku ada beberapa topik yang aku rasa mau share. BUT, I always left my laptop downstairs then aku malas nak ambil, lalu beradu lah si sang puteri berkata-kata sendiri. Puteri ker? Macam Canopy adalah. huhu.

Hmm, "Kau nasihat orang bukan main pandai" . Benda ni aku selalu, sangat selalu aku cakap dengan diri aku sendiri. Reading all the topic that I have posted, and I was like " Is that you Liya?" , "wuuu Lai bukan main pandai kau bercakap kan, padahal kau sendiri pun pandai meroyan huh!" 

Ya iya lahhh , aku juga manusia dong. Kau ingat aku ni apa? boneka? kata Indonesia. (Hui, Bahasa Indonesia dengan Bahasa Sabah berbeza ok. Aku tumbuk siapa cakap sama) Aku dah pernah tulis dalam 1st topic on why I do blog. Sebab apa yang aku tulis sini ,adalah untuk menasihati diri aku dan mengingati diri aku juga selain boleh membantu orang lain. Serta , bagi membolehkan aku atau yang mengalami situasi sama dengan aku tahu bahawa, bukan kau seorang sahaja yang mengalami situasi macam tu, everyone does. You're not alone. Maybe orang yang duduk sebelah kau tu pun , pernah alami benda yang sama. Tapi diorang tak cerita , mereka lebih selesa berdiam diri tak macam aku. -.-

Actually , bila ada orang yang Private message or aku nampak orang tweet diorang ada baca blog aku. Aku rasa segan + malu. macam rasa nak cakap "boleh tak korang pura-pura tak bacaSebab aku rasa macam yang tulis blog tu bukan aku, it's like split personality you know. Tapi bukan mental lah.Lepas tu aku takut orang geli baca blog aku. Aku rasa macam aku mengada-ngada. Weh aku pun pandai insecure juga. Tapi aku rasa happy ,terharu + bangga , sebab at least aku boleh tahu yang blog aku tak lah geli-geli sangat. Then aku terharu , orang boleh suka cara aku tulis, even I know mungkin dalam 10 orang 8 orang yang uwek uwek baca blog aku, mungkin sebab they know me. In reality aku ,tak sama dengan cara aku tulis di dalam ni. But once again , I did read all my topic again, bila aku alami situasi, marah, sedih atau kecewa. Jadi umpama, aku menasihati diri aku balik .Jadi bila aku baca balik , aku boleh kata " Liya, ini kau yang kuat bulan lau, jadi sekarang kau pun boleh" 

Aku juga bangga, sebab mungkin aku tak boleh tolong orang. Maybe dengan baca blog ni , diorang akan lebih cool. That's why, I always mention to pray, pray & pray. Aku pun masih merangkak lagi bab-bab solat. Liat. Sangat Liat. Selain aku ingatkan orang lain Solat, pada masa yang sama aku pun ingat kan diri aku untuk Solat. 

Seriously, dalam blog ni ada benda yang pernah terjadi dengan aku. Aku elakkan dari tulis benda yang tengah terjadi pada aku , sebab aku takut aku menulis mengikut emosi tanpa berfikir dan lepas tu menyesal. Sebab aku dah janji dengan diri aku, untuk tulis benda-benda positif di dalam ni. Who's know anak-anak aku akan baca blog ni suatu hari nanti. Tak mustahil aku akan baca blog ni balik bila aku dah berkahwin. hehe. Angan-angan lettew. Anyways, Thank you so much siapa yang sudi baca. Be strong. Aku baru cakap dengan si cantik manis tadi, " Be Strong, biasalah tu perempuan insecure tiba-tiba datang. Lepas solat, tenang, tidur. Besok pagi boleh senyum balik. :) "

Seriously, nasihat tu pun untuk aku juga. sebab aku ni kuat lupa. 




SIMILAR POSTS

Kalau dah rezeki,takkan kemana

Assalamualaikum & Hai!

Bosanlah kan asyik-asyik topik berat-berat, topik serius & topik tips. hari ni aku nak cerita yang fun sikit. 

So! Mungkin topik ni dekat dengan kawan-kawan yang tengah cari tempat praktikal atau dengan kata lain latihan industri. Mestilah , aku dulu dari diploma berangan-angan bilalah sampai masa aku dapat praktikal ni. Sedihnya, masa aku diploma dulu kos aku takda praktikal. Dijadikan cerita, masa aku ijazah barulah ada latihan industri.

Semestinya lah, kau angan-angan nak jadi budak internship di syarikat besar, company yang famous dan ELAUN yang tinggi. kan? kan? kan?? macam tu lah aku dan kawan-kawan aku yang lain . Tapi bila tiba masanya lecturer kau kata kau dah boleh memohon internship. Memohon tu bukan satu benda yang kacang. Kau minta kau dapat. TIDAK! 

UiTM agak terkenal dengan peraturan yang agak ketat. ya, aku study di UiTM, dari diploma hingga ke ijazah. Insha allah , kalau ada rezeki dan jodoh aku ambil master di UiTM juga. Kalau UiTM nak kan aku lah. he he he. Untuk kos aku, kami cuma dibenar memohon DUA tempat sahaja. so , kalau 1 tak dapat, kau ada backup plan la.

So, aku memohon lah di dua tempat yang bagi aku agak dekat dengan rumah dan ya, company yang terkenal. Aku memohon di MAS & BSN. Guess what? aku seorang yang malang, permohonan aku kedua-duanya di tolak. Bodohnya aku apply internship masa MAS buat pembuangan pekerja. HA HA! belajar tak 4flat, ada hati nak apply BSN siap apply kat HQ.  Advisor aku pun benarkan aku memohon 1 lagi tempat, jadi aku masih lagi high demand, aku memohon di Sutera Harbour, Hotel ternama di Kota Kinabalu. Aku faculty Business Administration (Marketing) of course bekerja dalam office. Tapi aku masih tak bernasib baik, permohonan gagal. 

TIGA KALI aku gagal, aku naik panik dan Advisor kata aku cuma 1 lagi peluang terakhir untuk memohon. Advisor aku agak strict , jadi cuak jugak la. At the end aku redha, aku give up tapi masih mencuba. Aku dah tak kisah berapa elaun, aku tak kisah company apa. Kecuali, company tempat ayah aku kerja. he he he. Sebab aku tak nak di layan baik sebab 'owh ,dia anak si polan' ,mana-mana orang akan tanya 'kau anak si polan kan?' . It's awkward , aku taknak keistimewaan tu. 

Akhirnya , aku teringat kawan aku ada sebut 'Rumah kau dengan Kepayan kan? ada 1 company nama SEDIA , sana siap ada elaun lagi maybe dalam RM200-300 , dekat dengan tempat tinggal kau' Masa tu aku tak kisah dah dengan elaun tu, takda elaun pun takpa asal aku dapat tempat. Dah desprate sangat ,balik-balik kena reject. I have no clue where is the company is, what type of company are they, I don't have any single knowledge about the company. At the end, aku riding solo apply kat sana, Alhamdullilah, aku diterima.

Suprisingly , only on my first day internship aku baru tahu elaun internship rupanya lebih sikit dari yang diberitahu oleh kawan aku. Nampak tak rezeki tu? rupanya SEDIA adalah singkatan bagi Sabah Economic Development and Investment Authority. Senang cerita pembangunan Sabah lah. It's a half government company.

Apa yang aku harapkan bila dapat kerja, semua disana. Aku dari dulu harap yang aku dapat kerja yang banyak aktiviti atau outstation. Aku tak suka sampai pencen duduk dalam office. Bila aku diletakkan di Administration department lagi lah aku fikir, ' ok, duduk dalam office selamanya, fine..' nope, we are going to Keningau, Kimanis, go here and there. It's really tiring, seriously dengan kadang-kadang balik malam.But it's really fun and satisfying. 

Kerja Malam hoi. memang senyum keras sikit. he he.

Dengan all officemate are majority perempuan , jadi aku lagi selesa bekerja. Semua pekerja sana are very nice & friendly. Apa yang aku paling suka, diorang tak layan student internship ni macam student atau budak, tapi diorang layan kau as a potential person yang boleh diserap di company tu , even kau tak da rezeki di company tu , diorang bagi semampu ilmu yang diorang boleh bagi untuk kau mudah bekerja selepas tu. Ya, aku sangat bersyukur sebab apa yang jadi ada hikmahnya.


1 lagi aku nak bagitahu , akak-akak yang kerja sini cantik -cantik ok!
My point is kadang-kadang yang kita impikan tu bukan rezeki kita. Tapi ada rezeki lagi besar untuk kita yang Tuhan simpankan untuk kita. Yang penting kita jangan mudah mengalah, sebab rezeki tu ada dimana-mana dan tak disangka-sangka. So, aku dah selesai 6 bulan praktikal di SEDIA ,dan extending 6 month more that will end in this end of May so the total will be 1 year internship. ha ha. I still love this job btw. Kalau ada jodoh dengan SEDIA lagi lepas ni , aku masih sedia juga untuk berkhidmat. Selagi ada  rezeki Inshaallah. 

Ni plak, suprise birthday cake untuk aku dari akak-akak office. Sweet sangat!

Hah, ni antara kawan internship aku. Doakan jodoh kami kuat dengan SEDIA. hik hik.


SIMILAR POSTS

Favorite song?

Assalamualaikum & Hai!


Semua orang ada lagu favorite kan? Ada orang suka lagu rock ,balada,jazz ,lagu Melayu , English & Indonesia . Kan kan kan? Ada juga orang suka dengar lagu ikut current mood. Lagu Sedih bila putus cinta , lagu Happy bila rasa Bahagia. Ngaku lahhh . Tu pun nak malu.

Aku pun suka dengar lagu. Walaupun suara aku sumbang dan memang bukan ahli karaoke. Tapi aku suka dengar lagu. Sometimes aku menghayati lirik & sometimes aku suka dengar muzik lagu tu. Aku ada sejenis penyakit. Dari blog aku dulu sampai sekarang , aku akan set 1 lagu yang aku sangat suka dengar waktu tu di dalam blog dan set 'Auto Play'. Aku takkan tukar lagu blog tu sampai aku sendiri benci uwek uwek dengar lagu tu. ha ha ha. Contohnya lagu latest blog aku. New Soul by Yael Naim. Lirik dia motivated aku untuk lebih bersemangat dan jauhi dari fikir masalah. Oh, sekarang aku tak letak lagu dalam blog aku dah. Sebab Telinga aku sendiri dah berdarah dengar. Ngee.


Selain tu, bila aku sedih ,kecewa atau putus cinta. Aku tak suka dengar lagu sedih. Aku sedaya upaya takkan dengar lagu sedih , sebab aku tahu aku akan layan perasaan siap berimaginasi aku menangis di tengah padang disertai hujan yang lebat dan berpakaian Saree. Eh. 

Aku suka dengar lagu yang buat aku rasa 'Whatever!' . Contoh, Hantu atau buaya. Ha ha ha. Tapi aku lebih layan lagu English sebab kebanyakkan lagu melayu banyak yang sedih lirik terkena sangat dekat hati. hu hu. Jadi aku lebih suka layan lagu seperti  When I'm Gone by Anna Kendrick dan aku lebih suka lagu yang boleh motivate diri aku untuk lebih kuat dan buat aku rasa dengan diri aku 'hey bitch , you're are worth it' - Sit Still Look Pretty



Kadang-kadang aku minat dengar lagu tu even lirik dia jahat dan hmm. Kadang-kadang aku tak perasaan pun lirik dia pasal xxx dah seronok dengar siap goyang-goyang kepala , menari-nari sambil driving ke office. Memang Layan habis lah. ha ha. Terutama lagu Love Yourself by Justin Bieber. Jahat betul lah lirik tu dan lagu terbaru memang layan lah.


Dan bila aku terlebih keyakinan diri bila mood ' I don't care' datang. Aku mulalah dengar lagu-lagu lirik jahat. lirik sindir. lirik marah. haha! kawan aku kata aku ni pengkaji lirik. Suka betul tengok lirik lagu. Ya lah, kadang-kadang kau nak meluah , nak marah. Tapi kalau meroyan di post orang kata gila. Contoh , Mulut Tempayan - Hani & Zue .


Dengar lagu ni baik , dia ni umpama therapy untuk kau yang tengah otak kusut. Terutama bila hati  kau berbunga-bunga, kau tambah suka dengar lagu cinta. hahaha.


Kalau aku lagu-lagu macam ni lah aku minat. Tapi lain orang lain minat kan . Jadi, nak tanya sikit. Korang minat lagu apa?

SIMILAR POSTS

Cincin di jari manis bermaksud sudah bertunang/kahwin?

Assalamualaikum & Hai Semua!


Biasanya kalau bertunang atau bernikah , cincin emas dijadikan tanda untuk menunjukkan si perempuan tu legally berpunya. Kenapa aku cakap legally berpunya? sebab berpunya cuma atas dasar gf & bf itu illegally berpunya. Takda hitam putih & saksi secara sah. haha. Cincin merisik, cincin bertunang, cincin kahwin biasanya kita guna cincin emas. Tapi sekarang dah moden , mungkin ada yang minat dengan emas putih. 

So, nak diceritakan pasal cincin di jari manis ni. Aku pun pakai cincin. Lelaki ni sebenarnya kadang-kadang teliti juga , bukan pandang perempuan dari mata turun ke hati tapi dari mata direct tengok jari manis. Sebab mungkin malu nak bertanya dah di ambil orang atau tak curi-curi lah tengok jari dah bercincin atau belum. Faham-faham lah dik oi , kalau umur dah masuk 20an-30an ni bukannya boleh langgar ngorat perempuan kot kot nanti tetiba kena ambush oleh laki orang. Boleh perang C.O.C macam tu.

Orang yang baru kenal aku tak kira lelaki atau perempuan mesti akan tanya , 'kau sudah bertunang?' atau lebih polite lagi 'cincin tanda ka tu?'. Ada yang pernah lelaki tak berani nak begurau gedik dengan aku sebab dia ingat aku ni tunang orang. Selepas beberapa bulan kenal , dia beranikan diri tanya 'Liya, kau sudah bertunang?' & I looked at him with smile ' Nda lah!' (owh, 'nda' bermaksud TIDAK .). He laughed dan balik-balik cakap 'aku ingat Liya sudah bertunang!' .


Aku BELUM bertunang atau berkahwin & belum ada yang punya pun. Sebenarnya cincin ni Cincin tanda mama aku. Tak silap aku ini cincin tunang. Selepas aku dapat result SPM, aku kata dengan mama boleh tak aku beli cincin atau something aksesori emas sebagai kenangan yang aku dah habis SPM lah kononnya & mama aku bagi cincin tunang dia sebab cincin tu dah tak muat di jari dia. So, aku pakai lah sampai sekarang & aku takkan bagi orang pinjam cincin ni. haha. Pinjam setakat 5-10minit ok lah. Tapi kalau nak pinjam 1-2 hari. Sorry.

 Aku sangat suka benda-benda yang ada Sentimental Value ni. Bayangkan aku simpan semua hadiah & kad-kad yang dibagi oleh kawan-kawan dan cinta monyet ehem ehem sakit tekak plak. Looking at those gift make you smile & remember all those sweet memories.


SIMILAR POSTS