Fact about me

Kau nasihat orang bukan main pandai

22:36 Unknown 1 Comments

Assalamualaikum and Hai!

So, beberapa hari ni sebenarnya aku ada beberapa topik yang aku rasa mau share. BUT, I always left my laptop downstairs then aku malas nak ambil, lalu beradu lah si sang puteri berkata-kata sendiri. Puteri ker? Macam Canopy adalah. huhu.

Hmm, "Kau nasihat orang bukan main pandai" . Benda ni aku selalu, sangat selalu aku cakap dengan diri aku sendiri. Reading all the topic that I have posted, and I was like " Is that you Liya?" , "wuuu Lai bukan main pandai kau bercakap kan, padahal kau sendiri pun pandai meroyan huh!" 

Ya iya lahhh , aku juga manusia dong. Kau ingat aku ni apa? boneka? kata Indonesia. (Hui, Bahasa Indonesia dengan Bahasa Sabah berbeza ok. Aku tumbuk siapa cakap sama) Aku dah pernah tulis dalam 1st topic on why I do blog. Sebab apa yang aku tulis sini ,adalah untuk menasihati diri aku dan mengingati diri aku juga selain boleh membantu orang lain. Serta , bagi membolehkan aku atau yang mengalami situasi sama dengan aku tahu bahawa, bukan kau seorang sahaja yang mengalami situasi macam tu, everyone does. You're not alone. Maybe orang yang duduk sebelah kau tu pun , pernah alami benda yang sama. Tapi diorang tak cerita , mereka lebih selesa berdiam diri tak macam aku. -.-

Actually , bila ada orang yang Private message or aku nampak orang tweet diorang ada baca blog aku. Aku rasa segan + malu. macam rasa nak cakap "boleh tak korang pura-pura tak bacaSebab aku rasa macam yang tulis blog tu bukan aku, it's like split personality you know. Tapi bukan mental lah.Lepas tu aku takut orang geli baca blog aku. Aku rasa macam aku mengada-ngada. Weh aku pun pandai insecure juga. Tapi aku rasa happy ,terharu + bangga , sebab at least aku boleh tahu yang blog aku tak lah geli-geli sangat. Then aku terharu , orang boleh suka cara aku tulis, even I know mungkin dalam 10 orang 8 orang yang uwek uwek baca blog aku, mungkin sebab they know me. In reality aku ,tak sama dengan cara aku tulis di dalam ni. But once again , I did read all my topic again, bila aku alami situasi, marah, sedih atau kecewa. Jadi umpama, aku menasihati diri aku balik .Jadi bila aku baca balik , aku boleh kata " Liya, ini kau yang kuat bulan lau, jadi sekarang kau pun boleh" 

Aku juga bangga, sebab mungkin aku tak boleh tolong orang. Maybe dengan baca blog ni , diorang akan lebih cool. That's why, I always mention to pray, pray & pray. Aku pun masih merangkak lagi bab-bab solat. Liat. Sangat Liat. Selain aku ingatkan orang lain Solat, pada masa yang sama aku pun ingat kan diri aku untuk Solat. 

Seriously, dalam blog ni ada benda yang pernah terjadi dengan aku. Aku elakkan dari tulis benda yang tengah terjadi pada aku , sebab aku takut aku menulis mengikut emosi tanpa berfikir dan lepas tu menyesal. Sebab aku dah janji dengan diri aku, untuk tulis benda-benda positif di dalam ni. Who's know anak-anak aku akan baca blog ni suatu hari nanti. Tak mustahil aku akan baca blog ni balik bila aku dah berkahwin. hehe. Angan-angan lettew. Anyways, Thank you so much siapa yang sudi baca. Be strong. Aku baru cakap dengan si cantik manis tadi, " Be Strong, biasalah tu perempuan insecure tiba-tiba datang. Lepas solat, tenang, tidur. Besok pagi boleh senyum balik. :) "

Seriously, nasihat tu pun untuk aku juga. sebab aku ni kuat lupa. 




You Might Also Like

1 comment:

  1. Macam I mula mula blogging. I was blushing when ppl told me they read my blog. I know that feel hahaha

    ReplyDelete