Showing posts with label Love. Show all posts

Stalker?

First of all .. HAPPY NEW YEAR 2017! 

So, past few days my mom google-ing anaqeen shawl since she really love the material of the shawl , lembut and selesa di pakai. Then , she google image anaqeen and saw my selfie wearing the tudung. (@almarikecilwiwi repost my selfie for to promote the shawl) 

since the picture are taken from instagram, so I told my mom "stalkerr..." which I meant she's being stalker because she found my picture. But then , she become confused and asked me back what is stalker. 

"stalking..." I just a simple explanation. no, it's not explanation ,not helping at all. sorry mom. haha.

then she asked again , "stalking tu apa.."

I just answered , "ada laa..."

and out of nowhere, my mom suddenly chat to me sending picture of shawl and said....

"Ini ada stock ke tempat stalker tu?" 

I was laughing and feel bad. :'D 

mom I love you , but stalker means Pengendap. 

SIMILAR POSTS

Jaga Hati

Selalu kau kata "jangan cari lain" , "jangan pandang orang lain"
Atau dengan kata yang lebih mudah kau selalu pesan "Jangan Curang" 
Dan akhirnya benda yang kau tak suruh,akhirnya dia buat
Dan kau begitu kecewa sambil berkata " aku sudah berkali-kali pesan"

Kita selalu lupa, kata-kata itu satu doa. 
Kita pun tahu, manusia sudah lali dengan perkataan "Jangan"
setiap "jangan" itu umpama "buatlah" bagi kita
Aku tahu,siapa tak takut. Tapi apa kata kita belajar cakap yang baik-baik saja?
Walaupun betapa teruk kau befikiran buruk, Simpan lah dalam hati.
Luahkan apa yang baik-baik, supaya dia faham, supaya kau tenang

"Jaga hati" , " Jaga mata" , "Jaga diri" 
Mudah kan? mungkin ada yang tak sampai. 
Tapi kalau dia sayang kau,dia tahu kau betul-betul maksudkannya. Inshaallah.
Kadang-kadang , sifat manusia yang kalah dengan nafsu ni tak boleh di tahan dengan "jangan"
Kau halang lah macam mana sekali pun, kau marah lah sekuat mana pun.
Tapi kalau iman dia rapuh, hati dia lemah, dia kalah pada nafsu yang satu.

Kau tak boleh tahan dengan jantina mana dia hendak berkawan, berjalan, berjumpa
Kalau kau selongkar segalanya hingga ke lubang cacing pun,
kalau hati dia kata nak, dia tetap nak.
Kalau dia kata dia mahu berpaling, kau ikat dia macam mana sekalipun dia tetap akan berpaling

Jadi, doakan sajalah yang baik-baik
kata yang baik-baik. nasihat yang baik-baik. 
Kalau ada benda yang kau tak suka beritahu, dan jangan diungkit
Kalau ada benda yang buat kau marah, diam sekejap
Kau fikir dahulu dengan waras, adakah benda itu perlu di pergaduhkan
atau cuma perasaan kau yang mencari-cari salah?

Kadang ada benda yang buat kita terguris.
ambil masa untuk berfikiran positif.
Kadang ada benda yang buat kita terluka.
Berkatalah dengan baik.
Jangan pernah buat kata-kata "melepaskan" itu adalah sesuatu yang ringan disebut
Jadi kan perkara itu benda terakhir yang mampu kau buat.
Allah S.w.t  maha tahu. Kalau ada jodoh dia akan dekatkan dengan cara baik.
Inshaallah. ada pengajaran disebaliknya. 

SIMILAR POSTS

Berkat Sabar

Assalamualaikum dan Hai!

So, hari ni dah 4/7/2016 malam ni dah tengok anak bulan. Yeay raya! I'm really gonna miss you Ramadhan. Aku betul-betul bersyukur , Ramadhan tahun ini indah dari tahun sebelumnya. Even , most of the day aku berbuka seorang dirumah. Tak pun ,bertemankan mak cik aku cuma beli juadah di bazar. Ayah , mama and adik kau berbuka di surau. aku plak, on off. hehe. Tapi tahun ni seriously banyak perubahan. 

Aku dapat kawan baru, kawan lama kenal tapi baru sekarang rapat balik,suasana baru, aku yang baru , segalanya nya baru. Perasaan yang baru. Selama ni aku cuma habiskan masa aku mengejar sesuatu yang bukan untuk aku. Bila aku lepaskan semua yang aku memang sedar aku patut lepaskan , Alhamdullilah yang datang sekarang lebih baik dari sebelumnya. The most important things , kawan-kawan aku pun happy. Lepas ni kurang lah diorang dengar luahan sedih aku.haha.Inshaallah doakan kebahagiaan ni berterusan. Walaupun aku tahu sebahagia mana pun kita , tetap juga akan merasa sedih. 

Kalau aku tahu , melepaskan sesuatu yang sangat perlu dilepas kan tu adalah terbaik. mungkin dah lama aku buat. Tapi itu lah, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Allah S.W.T sentiasa ada. Moga yang terbaik sekarang adalah yang terbaik untuk masa akan datang juga. Semoga sayang yang aku rasa sekarang , akan berterusan tak pernah kurang. 

Aku sangat berterima kasih dengan all my girlssssss. Zue , Eka, Ned , Syera , Azie and the rest. Ned yang sentiasa ada di malam hari yang kol malam-malam becerita sampai dekat subuh. Zue n eka plak shift tengahari , yang sentiasa Online di whatsapp ,tapi cuma reply chat group. hahaha. Syera the one yang always 100% know what I felt. We are on the same shoes. We know how it feel that not everybody will understand how complicated it is. I am very happy for her , sebab dapat si Dia yang appreciate her. She deserve it. Serious. Azie , nasihat ibu-ibu dan isteri-isteri nasihat yang pedas tapi betul.haha. I know, nasihat kamu bukan aku dengar pun dah terlambat baru lah dengar tu pun sikit-sikit. hehehe. Tapi all the advice I really appreciated it. Sebab kamu lah , aku boleh bertahan and keraskan hati aku sampai aku dapat cari kebahagian aku sendiri , sampai aku sedar ' you deserve better'. 

Ramadhan tahun ni juga , aku kenal orang-orang yang baik. Kakak-kakak office yang bagi semangat aku untuk interview. Tolong recommend. Doakan aku. Sentiasa ingat aku bila ada makanan sedap.hehehe. Tolong aku macam-macam sampai aku naik kusut macam mana nak balas budi dorang. Tak terbalas budi dorang. huhu.Aku betul-betul bersyukur Allah bagi aku rezeki disini. Alhamdullilah, mana rezeki Allah bagi itu lah yang aku terima. Bila Allah sudah tulis sesuatu benda tu , tetap akan terjadi juga. Bersyukur dengan apa yang terjadi sekarang. Doakan aku supaya aku dapat jadi lebih baik, sebab aku tahu aku masih banyak kekurangan dan banyak keburukan. doakan aku sentiasa ingat Tuhan ya. :)

SIMILAR POSTS

To those yang tak berani melepaskan

Assalamualaikum , halu!


Kau ada sejuta sebab untuk tinggalkan dia. Otak kau kata , 'lepaskan lah..jangan seksa diri kau lagi' . Hati kata , 'tapi dulu dia baik, dia sayang kau..bercinta bukan sekejap..dah lama.' Lalu kau pun bertahan , 'takpa ..beri dia 1 lagi peluang..' peluang yang ke seratus juta kali.. 'takpa ,aku boleh..' kau kata.

Dulu kau berikan had kepada diri kau , untuk mana-mana lelaki yang mahukan kau. 

'Sekali dia tipu aku , aku akan tinggalkan dia ..'

'Sekali dia buat aku macam tahi , aku tak akan pandang dia lagi..'

'Sekali dia curang , jangan harap dia layak untuk aku ..' 

Tapi hati ni degil , hanya dengan perasaan sayang dia boleh tutup mata kau dan biarkan kau diperlakukan sesuata yang kau tak layak dapat. Tapi sebab sayang ..kau rela hati kau sakit dari hilang dia. Sebab sayang ,kau paksa diri kau terima salah dia yang hancurkan hati kau asalkan dia tak pergi dari kau. Dan disebabkan orang kata cinta itu buta , kau terlalu sayang dengan orang sampai kau kehilangan diri kau sendiri. 

Menangis jadi rutin . Pergaduhan jadi aktiviti harian . Keyakinan diri semakin nipis dan kau? Kau sendiri tak kenal diri kau . Kau sendiri sakit hati dengan diri kau. Kau sendiri tak faham kenapa kau boleh jadi seperti diri kau sekarang , sedangkan dulu? Dulu kau kata kau tak akan jadi seperti ini. Seperti mayat hidup.

Kau sedarkah? Kau tak lagi mudah tersenyum? Kau sedarkah kesedihan kau makin menebal? Kau sedarkah bila dulu kau seorang yang gila-gila dan ceria? sekarang? Mana dia yang dulu? Hilang dalam lamunan , hilang dalam terlalu memikirkan cara untuk kembalikan si dia yang sayang kau dan terkejar-kejar kau seperti dulu. Akhirnya kau jadi seorang perempuan yang needy dan clingy. ya, bukan? kau dikatakan queen control , mengongkong. Even , cuma kau saja yang tahu betapa takutnya kau kehilangan dia. Biar kau hilang diri kau , tapi jangan sekali kau hilang dia kan? Tapi ya.. jauh disudut hati kau pilihan yang sangat terbaik adalah tinggalkan dia. Jauh disudut hati kau , kau tahu dia tak layak dapatkan kau dan kau tahu kau layak dapat yang jauh lebih baik. Tapi lucu bukan? realitinya apa yang terjadi , kau terhegeh-hegeh dengan 1 manusia umpama kau perempuan yang tak ada yang mau, tak laku. sedangkan orang yang sayang kau selalu ingatkan kau , you're worth it .lepaskanlah..

hmm.. apa kata sekarang ni kau ubah mindset kau? aku tahu ,kau masih mengharap ada sedikit harapan dia akan berubah. ok fine. aku tak minta kau lepaskan dia. Aku minta kau ,cari dirikau sendiri sekarang. Kembalikan diri kau yang dulu. Jadi cantik , jadi yakin ,jadi kuat. Build yourself now. Kau tak rindukah? dulu kau gembira ,kejap-kejap ketawa . Suara kau sumbang pun ,dengar lagu sikit dah menyanyi. annoying tapi happy.haha.

Bila sudah sampai 1 tahap , kau jumpa balik diri kau. Disana baru kau sedar adakah dia pilihan terbaik kau atau tidak. Waktu tu lah kau jumpa kekuatan kau untuk buat keputusan demi masa depan kau dan kebahagiaan kau. dan waktu itu lah , kau sedar yang kau berhak memilih.

SIMILAR POSTS

How to move on?

Assalamualaikum dan hai semua!

hah! sebenarnya topik ni dah lama aku nak tulis, tapi disebabkan masa yang tak sesuai & untuk menjaga hati sesetengah pihak. Aku pendamkan niat aku. sebab aku nak ceritakan hal ni bukan untuk sindir atau apa. Tapi bukan semua orang faham niat kita kan? 


Move on benda paling susah.sangat susah. mandi tak basah, makan tak kenyang , seminit rasa macam sejam. kau ingat benda tu cuma di drama, tapi bila kau berada disituasi tu kau sendiri tak faham kenapa kau boleh down sampai macam tu. Siapa tak sedih, bila hubungan kau berhenti masa sayang kau masih kuat dengan si dia.Tapi kau tahu tak ada yang kau boleh buat selain melepaskan dan kau tahu jalan terbaik adalah putus. So , aku pun pernah rasa putus cinta & down. mungkin tips ni boleh bantu korang juga untuk move on.

1) Don't skip the grief phase

ko kena hadap semua benda tu. Jangan pernah lari dari kenyataan. Tak perlulah kau bersembunyi dalam bilik. Menghilang dari pandangan orang luar , delete semua sosial media kau, tak datang kelas atau kerja. Kau kena hadap semua benda tu sebab at the end kau tak boleh lari dari realiti hidup ,betul tak? apatah lagi kau dah bercinta dengan dia bertahun-tahun. Setiap inci tempat kau pernah pergi, kau ingat dia. Kalau kau betul-betul tak kuat. kau elak lah pergi tempat tu. Tapi kalau kau mampu, kau lawan perasaan kau. Sebab kenangan ni takkan boleh lari dari kau kecuali kau terima dan redha. Jadi ambil masa untuk kau habiskan rasa sedih kau. menangislah , bersendiri lah sementara .tapi jangan melampau. Tak apa, melepaskan kesedihan tu buat kau lebih senang untuk move on.

2) Jangan Meroyan

Kalau kau rasa kau nak marah, sedih  atau meraung. Pergi tempat kawan baik kau, adik beradik atau siapa saja yang kau sangat rapat. luahkan sampai kau bosan & penat. Jangan risau kawan yang baik , memang akan bertahan telinga dengar cerita kau ,walaupun sebenarnya telinga diorang dah naik berdarah dengar cerita ex kau. Tapi diorang sanggup tahan ,yang penting kau lega dan tak bertindak bodoh. Jangan meroyan di sosial media. Malu weh. Tak perlu kau post memburukkan bekas kekasih kau. Tak perlu dicanang di public siapa yang tinggalkan siapa. Jangan buang masa kau , mencari semua cara supaya orang nampak yang sebenarnya dia yang bersalah. Jangan buang masa , benda tu buat kau tambah bersalah dan lagi lambat untuk move on.

3) Don't jump into new relationship quickly

Kau baru putus dengan kekasih hari ni ,tiba-tiba minggu depan kau ada teman lelaki. Kau biar betul? dalam masa seminggu kau boleh hilang rasa sedih? Jangan tipu diri sendiri. Bagi masa diri kau habiskan rasa sedih tu. Bila sedih kau tu hilang , emosi kau mula stabil & bila kau betul-betul bersedia barulah kau bagi peluang untuk orang lain. Bukan apa , kesian dengan kekasih baru kau , jadi pak sanggup untuk jadi penghibur kau sedangkan hati kau bukan sepenuhnya untuk dia. Jangan terburu-buru. Kau boleh happy tanpa kekasih. cari kebahagian diri sendiri dulu, bila kau boleh happy sendiri ,masa tu lah kau boleh cari orang yang boleh share kebahagian kau dengan dia.

4) Have fun

Pergi keluar & jalan-jalan! buat aktiviti ,bercuti , spend time & lepak dengan kawan-kawan. Macam aku kata , kau tak perlukan kekasih untuk kau happy. Kawan-kawan sentiasa ada untuk kau. Masa ni lah untuk kau tambah kawan . belajar mengenai diri kau sendiri. Belajar dari kesilapan dan masa ni lah masa yang sesuai untuk kau matang dan berdiri sendiri tanpa bantuan yang bernama kekasih. Kau dah tak terikat dengan dia. Jadi , ambil masa ni appreciate it. Hargai masa single kau. 

Tapi jangan pernah kau tutup pintu hati kau untuk orang lain.Jangan kau pernah tutup jalan untuk orang lain. Have a date! One date won't hurt you. Tak perlu lah kau terus-terus in relationship. Tapi tak salah kenal hati masing-masing dulu.  A real relationship take time. 

5) Maafkan

Susah sangat susah. Lagi-lagi kalau dia yang tinggalkan kau. Tapi kau kena maafkan dia. Bukan untuk dia, tapi untuk diri kau sendiri. Selagi kau berdendam dengan dia ,simpan amarah kau dengan dia. selagi tu kau tak boleh move on. Kau takkan tenang dan kau takkan berhenti nak ambil tahu & cari kesalahan dia selagi kau tak maafkan dia. Kau kena ingat dalam relationship ni , bukan salah 1 pihak saja. Tapi salah kau dan dia. Tapi kau tak boleh lah terlalu menyalahkan diri sendiri , dan tak boleh kau terlalu menyalahkan dia. Anggap jak la salah kau ,ada lah pengjaran untuk kau supaya kau boleh jadi yang lebih baik. dan kau kena terima kesilapan dia , sebab tiada manusia yang sempurna. biar tuhan yang menilai dan menghukum.

6) Jangan jadi budak

Jangan buat perkara yang tak matang.Jangan memalukan dia di public terutama di sosial media. Tak kira secara direct atau indirect. Tapi sebolehnya jangan lah cerita pasal relationship buat seketika di media sosial. Kau tahu niat kau. Walaupun itu cuma quotes , tapi jauh di sudut hati kau adalah untuk ditujukan untuk dia. Ingat, marah macam mana pun kau. Sakit macam mana pun hati kau, satu kau kena ingat dia antara orang yang pernah ada ketika susah senang kau. Dia antara orang yang pernah buat kau happy ketika kau sedih. Dia luangkan masa dengan kau ,lebih banyak dari kawan kau luangkan masa dengan kau. Kau buka mata , dia text . Kau diam ,dia call. Sentiasa bertanya khabar kau dan hari-hari kau. Sesakit macam mana pun dia buat kau , ingatlah dia pernah buat kau bahagia walaupun cuma sekejap. jadi kau kena HORMAT perasaan dia & jaga air muka dia. Walaupun dia tak hormat kau.

Ingat Tuhan tu adil. Karma tu wujud. Setiap benda yang terjadi ada hikmahnya. mengajar kau lebih matang dan lebih dewasa. Ingat , kalau kau mahu bahagia ,kau kena move on tapi jangan pernah membenci. Bersabarlah , sesuatu yang lebih baik akan datang pada kau. Pilih untuk berdiam diri , sebab masa emosi kau tak stabil, hati kau terluka , sangat senang untuk mulut kau jadi setajam pisau. Maafkan dia dan diri kau , jangan pernah bertindak bodoh. Lebih banyak yang sayang kau ,cuma kadang-kadang mungkin kau terlepas pandang. Hargailah orang yang sayang kau, lebih dari diri kau sayang diri kau sendiri.

SIMILAR POSTS

Hamba Cinta Sosial Media

Assalamualaikum & Hai Semua!

In Relationship With? I love my boyfriend till jannah? Tag Post cinta sana sini? Been there, Done that.Honestly , there's no benefit that I get. Semua tu cuma sementara, tinggal menunggu masa tahap bosan & pergi tanpa rasa bersalah. All those memories will hurt you for months or maybe years. Kau pernah nampak orang yang bercinta dan achieve semua Relationship goal end up going nowhere? kawan kiri kanan diam-diam, relax-relax bercinta ,  bila sampai cuti sekolah, semua berebut naik pelamin. (aku cuma mampu like gambar diorang) Do you want to be in relationship till jannah? No.
Pengajaran besar yang aku dapat 
Tipulah aku atau kau tak cemburu dengan orang yang indah bercinta di mata sosial media. Aku pun pernah juga post something yang acah-acah cinta romeo juliet di zaman teknologi. Tapi bagi aku, benda tu buat kau lebih insecure dengan relationship kau. Post gambar gah mengalahkan gambar pre-wedding & newly-wed . Tapi bila boyfriend kau nak bawa kau nikah woi? Inshaallah, kalau ada jodoh memang takkan kemana, tapi kalau takda jodoh? Burn all the pictures. HAHA.

Bukan tak boleh post, you can post if you really want too ,but don't be too much. Selagi dia bukan betul-betul milik kau ,siapa-siapa pun boleh boleh ambil dia dari relationship kau. Jadi aku lebih suka kalau relationship slow & steady tak payah rush sangat bercinta tu there's more years to come jadi kau simpan sweet kau tu untuk tahun akan datang. Step by step , from A B C bukan A F Z (if you know what I meant.hehe) & lepas tu kau suprise kan diorang dengan majlis kau yang ala-ala fairytale yang kau bayangkan dari kau berhingus.

 it's not necessary to you accept my opinion. Tapi bagi aku, Biar lah cerita cinta tu kita sembunyikan sampai dia betul-betul serius untuk jadikan kita isteri dia, only your husband deserve to be shown to the world & you can proudly say that 'He's Mine!'. Jangan jadi hamba cinta yang belum pasti , hingga kau jadi seorang yang kau tak pernah impikan.

SIMILAR POSTS