Love,

To those yang tak berani melepaskan

20:49 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum , halu!


Kau ada sejuta sebab untuk tinggalkan dia. Otak kau kata , 'lepaskan lah..jangan seksa diri kau lagi' . Hati kata , 'tapi dulu dia baik, dia sayang kau..bercinta bukan sekejap..dah lama.' Lalu kau pun bertahan , 'takpa ..beri dia 1 lagi peluang..' peluang yang ke seratus juta kali.. 'takpa ,aku boleh..' kau kata.

Dulu kau berikan had kepada diri kau , untuk mana-mana lelaki yang mahukan kau. 

'Sekali dia tipu aku , aku akan tinggalkan dia ..'

'Sekali dia buat aku macam tahi , aku tak akan pandang dia lagi..'

'Sekali dia curang , jangan harap dia layak untuk aku ..' 

Tapi hati ni degil , hanya dengan perasaan sayang dia boleh tutup mata kau dan biarkan kau diperlakukan sesuata yang kau tak layak dapat. Tapi sebab sayang ..kau rela hati kau sakit dari hilang dia. Sebab sayang ,kau paksa diri kau terima salah dia yang hancurkan hati kau asalkan dia tak pergi dari kau. Dan disebabkan orang kata cinta itu buta , kau terlalu sayang dengan orang sampai kau kehilangan diri kau sendiri. 

Menangis jadi rutin . Pergaduhan jadi aktiviti harian . Keyakinan diri semakin nipis dan kau? Kau sendiri tak kenal diri kau . Kau sendiri sakit hati dengan diri kau. Kau sendiri tak faham kenapa kau boleh jadi seperti diri kau sekarang , sedangkan dulu? Dulu kau kata kau tak akan jadi seperti ini. Seperti mayat hidup.

Kau sedarkah? Kau tak lagi mudah tersenyum? Kau sedarkah kesedihan kau makin menebal? Kau sedarkah bila dulu kau seorang yang gila-gila dan ceria? sekarang? Mana dia yang dulu? Hilang dalam lamunan , hilang dalam terlalu memikirkan cara untuk kembalikan si dia yang sayang kau dan terkejar-kejar kau seperti dulu. Akhirnya kau jadi seorang perempuan yang needy dan clingy. ya, bukan? kau dikatakan queen control , mengongkong. Even , cuma kau saja yang tahu betapa takutnya kau kehilangan dia. Biar kau hilang diri kau , tapi jangan sekali kau hilang dia kan? Tapi ya.. jauh disudut hati kau pilihan yang sangat terbaik adalah tinggalkan dia. Jauh disudut hati kau , kau tahu dia tak layak dapatkan kau dan kau tahu kau layak dapat yang jauh lebih baik. Tapi lucu bukan? realitinya apa yang terjadi , kau terhegeh-hegeh dengan 1 manusia umpama kau perempuan yang tak ada yang mau, tak laku. sedangkan orang yang sayang kau selalu ingatkan kau , you're worth it .lepaskanlah..

hmm.. apa kata sekarang ni kau ubah mindset kau? aku tahu ,kau masih mengharap ada sedikit harapan dia akan berubah. ok fine. aku tak minta kau lepaskan dia. Aku minta kau ,cari dirikau sendiri sekarang. Kembalikan diri kau yang dulu. Jadi cantik , jadi yakin ,jadi kuat. Build yourself now. Kau tak rindukah? dulu kau gembira ,kejap-kejap ketawa . Suara kau sumbang pun ,dengar lagu sikit dah menyanyi. annoying tapi happy.haha.

Bila sudah sampai 1 tahap , kau jumpa balik diri kau. Disana baru kau sedar adakah dia pilihan terbaik kau atau tidak. Waktu tu lah kau jumpa kekuatan kau untuk buat keputusan demi masa depan kau dan kebahagiaan kau. dan waktu itu lah , kau sedar yang kau berhak memilih.

You Might Also Like

0 comments: