Love
How to move on?
Assalamualaikum dan hai semua!
hah! sebenarnya topik ni dah lama aku nak tulis, tapi disebabkan masa yang tak sesuai & untuk menjaga hati sesetengah pihak. Aku pendamkan niat aku. sebab aku nak ceritakan hal ni bukan untuk sindir atau apa. Tapi bukan semua orang faham niat kita kan?
Move on benda paling susah.sangat susah. mandi tak basah, makan tak kenyang , seminit rasa macam sejam. kau ingat benda tu cuma di drama, tapi bila kau berada disituasi tu kau sendiri tak faham kenapa kau boleh down sampai macam tu. Siapa tak sedih, bila hubungan kau berhenti masa sayang kau masih kuat dengan si dia.Tapi kau tahu tak ada yang kau boleh buat selain melepaskan dan kau tahu jalan terbaik adalah putus. So , aku pun pernah rasa putus cinta & down. mungkin tips ni boleh bantu korang juga untuk move on.
1) Don't skip the grief phase
ko kena hadap semua benda tu. Jangan pernah lari dari kenyataan. Tak perlulah kau bersembunyi dalam bilik. Menghilang dari pandangan orang luar , delete semua sosial media kau, tak datang kelas atau kerja. Kau kena hadap semua benda tu sebab at the end kau tak boleh lari dari realiti hidup ,betul tak? apatah lagi kau dah bercinta dengan dia bertahun-tahun. Setiap inci tempat kau pernah pergi, kau ingat dia. Kalau kau betul-betul tak kuat. kau elak lah pergi tempat tu. Tapi kalau kau mampu, kau lawan perasaan kau. Sebab kenangan ni takkan boleh lari dari kau kecuali kau terima dan redha. Jadi ambil masa untuk kau habiskan rasa sedih kau. menangislah , bersendiri lah sementara .tapi jangan melampau. Tak apa, melepaskan kesedihan tu buat kau lebih senang untuk move on.
2) Jangan Meroyan
Kalau kau rasa kau nak marah, sedih atau meraung. Pergi tempat kawan baik kau, adik beradik atau siapa saja yang kau sangat rapat. luahkan sampai kau bosan & penat. Jangan risau kawan yang baik , memang akan bertahan telinga dengar cerita kau ,walaupun sebenarnya telinga diorang dah naik berdarah dengar cerita ex kau. Tapi diorang sanggup tahan ,yang penting kau lega dan tak bertindak bodoh. Jangan meroyan di sosial media. Malu weh. Tak perlu kau post memburukkan bekas kekasih kau. Tak perlu dicanang di public siapa yang tinggalkan siapa. Jangan buang masa kau , mencari semua cara supaya orang nampak yang sebenarnya dia yang bersalah. Jangan buang masa , benda tu buat kau tambah bersalah dan lagi lambat untuk move on.
3) Don't jump into new relationship quickly
Kau baru putus dengan kekasih hari ni ,tiba-tiba minggu depan kau ada teman lelaki. Kau biar betul? dalam masa seminggu kau boleh hilang rasa sedih? Jangan tipu diri sendiri. Bagi masa diri kau habiskan rasa sedih tu. Bila sedih kau tu hilang , emosi kau mula stabil & bila kau betul-betul bersedia barulah kau bagi peluang untuk orang lain. Bukan apa , kesian dengan kekasih baru kau , jadi pak sanggup untuk jadi penghibur kau sedangkan hati kau bukan sepenuhnya untuk dia. Jangan terburu-buru. Kau boleh happy tanpa kekasih. cari kebahagian diri sendiri dulu, bila kau boleh happy sendiri ,masa tu lah kau boleh cari orang yang boleh share kebahagian kau dengan dia.
4) Have fun
Pergi keluar & jalan-jalan! buat aktiviti ,bercuti , spend time & lepak dengan kawan-kawan. Macam aku kata , kau tak perlukan kekasih untuk kau happy. Kawan-kawan sentiasa ada untuk kau. Masa ni lah untuk kau tambah kawan . belajar mengenai diri kau sendiri. Belajar dari kesilapan dan masa ni lah masa yang sesuai untuk kau matang dan berdiri sendiri tanpa bantuan yang bernama kekasih. Kau dah tak terikat dengan dia. Jadi , ambil masa ni appreciate it. Hargai masa single kau.
Tapi jangan pernah kau tutup pintu hati kau untuk orang lain.Jangan kau pernah tutup jalan untuk orang lain. Have a date! One date won't hurt you. Tak perlu lah kau terus-terus in relationship. Tapi tak salah kenal hati masing-masing dulu. A real relationship take time.
5) Maafkan
Susah sangat susah. Lagi-lagi kalau dia yang tinggalkan kau. Tapi kau kena maafkan dia. Bukan untuk dia, tapi untuk diri kau sendiri. Selagi kau berdendam dengan dia ,simpan amarah kau dengan dia. selagi tu kau tak boleh move on. Kau takkan tenang dan kau takkan berhenti nak ambil tahu & cari kesalahan dia selagi kau tak maafkan dia. Kau kena ingat dalam relationship ni , bukan salah 1 pihak saja. Tapi salah kau dan dia. Tapi kau tak boleh lah terlalu menyalahkan diri sendiri , dan tak boleh kau terlalu menyalahkan dia. Anggap jak la salah kau ,ada lah pengjaran untuk kau supaya kau boleh jadi yang lebih baik. dan kau kena terima kesilapan dia , sebab tiada manusia yang sempurna. biar tuhan yang menilai dan menghukum.
6) Jangan jadi budak
Jangan buat perkara yang tak matang.Jangan memalukan dia di public terutama di sosial media. Tak kira secara direct atau indirect. Tapi sebolehnya jangan lah cerita pasal relationship buat seketika di media sosial. Kau tahu niat kau. Walaupun itu cuma quotes , tapi jauh di sudut hati kau adalah untuk ditujukan untuk dia. Ingat, marah macam mana pun kau. Sakit macam mana pun hati kau, satu kau kena ingat dia antara orang yang pernah ada ketika susah senang kau. Dia antara orang yang pernah buat kau happy ketika kau sedih. Dia luangkan masa dengan kau ,lebih banyak dari kawan kau luangkan masa dengan kau. Kau buka mata , dia text . Kau diam ,dia call. Sentiasa bertanya khabar kau dan hari-hari kau. Sesakit macam mana pun dia buat kau , ingatlah dia pernah buat kau bahagia walaupun cuma sekejap. jadi kau kena HORMAT perasaan dia & jaga air muka dia. Walaupun dia tak hormat kau.
Ingat Tuhan tu adil. Karma tu wujud. Setiap benda yang terjadi ada hikmahnya. mengajar kau lebih matang dan lebih dewasa. Ingat , kalau kau mahu bahagia ,kau kena move on tapi jangan pernah membenci. Bersabarlah , sesuatu yang lebih baik akan datang pada kau. Pilih untuk berdiam diri , sebab masa emosi kau tak stabil, hati kau terluka , sangat senang untuk mulut kau jadi setajam pisau. Maafkan dia dan diri kau , jangan pernah bertindak bodoh. Lebih banyak yang sayang kau ,cuma kadang-kadang mungkin kau terlepas pandang. Hargailah orang yang sayang kau, lebih dari diri kau sayang diri kau sendiri.
0 comments: