Pulau Mantanani , Kota Belud , Sabah

Assalamualaikum and halu! 

Aku tengah consider , wether should or not to put my blog link at my Ig bio. huehue.

Ok, the latest trip is aku pergi Pulau Mantanani. Sebenarnya ,benda ni tak plan pun. 

(erm.. jap. aku terfikir should I just keep writing in melayu semenanjung atau just cakap bahasa sabahan ja? Kita Cakap bahasa Sabah ja la kan. bukan banyak beza pun hehe.) 

Ok, first of all benda ni tidak plan pun. I meant a proper plan. Aku memang plan mau a short vacation. Because I really need a short vacay. Tapi tu lah , plan setakat plan. Belum tau mau kemana, dengan siapa. Aku tak kisah pun pergi dengan siapa , as long as ngam kepala.

Tiba-tiba , pada suatu hari. Aku buat something on my laptop, then the windows are all gone. Jadi aku kena tunggu window ni siap install semua and it took 1-2days. I get bored sitting on the table, Kerja semua pun x boleh buat. 

Masa tu lah , aku berimaginasi macam-macam dan aku keluar and cakap dengan officemate " Jom kita buat 1 night vacation?" , and the best part is diorang pun agreed with it. Bincang punya bincang , kami pun pilih Pulau Mantanani and decided untuk camping. Yep, camping. 

Kami buat preparation for 2 weeks. Tuhan ja tau macam mana susah cari camp site , sebab semua resort tak provide camp site. (mesti korang curious kan) . And then , last-last dapat juga camp site , Lodge tu cuma charge RM10/pax untuk campsite. Owner dia mat salleh. (nama lodge tu dirahsiakan sebab.. aku akan cerita tu di bawah ni nanti. )

Planning kami memang cheapskate vacation punya bajet. Thats why lah kami choose to camp site , disebabkan Pulau mantanani is a private island , jadi semua  diurus oleh the resort / lodge / travel agents itself. maksudnya diorang memang provide pakej pengangkutan boat sekali ,tempat tinggal , makan minum & Aktiviti. You have to pay for 1 pakej. 

Disebabkan kami cuma mahu ambil camp site than decide untuk cari pengangkutan sendiri. Kami pun dapat lah contact dari agent untuk harga pengangkutan dari Kota Kinabalu - Kota Belud by car + pengangkutan boat dari jeti Kota Belud - Pulau Mantanani for RM180 (Termasuk lunch + snorkeling acitivity)  --- Harga is based on seasons. kalau waktu tu peaked season, maybe harga beza lagi. kalau x , mungkin murah lagi. 


12 September 2017 (Saturday)

All are ready. Tent. Sleeping Bag. Food. Food.Food. Sunblock. musquito repellent (is a must) . Ready berkumpul di office jam 6 pagi . (owh ya , yang join trip ni 8 orang. 4 lelaki. 4 perempuan. NOPE, bukan bercouple couple. Officemate. ) 

Jam 6 kami berkumpul. All of us thought , the bus yang kena provide only for us. Rupanya it's tour bus. Barang kami punyalah banyak  , then kami kena kongsi bas dengan Korean tourist. So barang-barang kami dipindahkan ke tour bas yang besar. 

Dalam perjalanan ke Kota belud , Tour guide tu bagi kami briefing dan bagitahu apa tentatif hari ni . (yep, we don't have clue they have the tentative. we all like... 'ok semua plan terlari dari our own planning' but its okay)  Bila sampai di jeti Rampayan kota Belud , banyak sangat tourist dari China & Korea masa tu. Pasang life jacket , masuk boat then dalam boat di beri briefing keselamatan. 

*Masa ni memang musim hujan, seminggu sebelum kami jalan setiap hari hujan *

Bayangkan some of our parents don't let us go actually. Tapi last-last kena lepas juga. hehehe. Masa tu hujan lebat di KK. Sampai ada certain tempat banjir. Kami pun sebenarnya susah hati juga, takut waktu tu laut bergelora, ribut tengah laut. huhu.

So, Sampai ke Pulau Mantanani. Alhamdullilah panas terik. Selamat sampai . Seriously , Pulau tu SANGAT CANTIK. Air biru, jernih, cantik gila! 

 -- Snorkeling Activity
Sampai dekat pulau tu , rehat for few minutes. Lepas tu Tour guide panggil naik ke dalam boat , untuk acitivity snorkeling . Aktiviti snorkeling ni 40 minutes , ada 2 tempat. 40 minit untuk tempat pertama , 40 minit untuk tempat kedua. Di tengah laut weh. aku sudahlah x pandai berenang. 

Tapi ada life jacket dan ada orang guide. so okay, as long as I can selfie tengah laut. acewahh. 

Dengar 40 minit macam gantung tau masa tu. Tapi kami semua start exhausted. Rasa mau balik tepi pantai , tapi diorang bawa ke checkpoint no.2. Tapi penat-penat pun terjun jugak. hehe. Di checkpoint ke 2 , situasi snorkeling tu agak drama sikit. Bila waktu tu laut start bergelora, jadi kami x perasan kami terhanyut jauh dari boat. berenang laju macam mana pun , rasa macam belum bergerak. Apatah lagi aku yang x pandai berenang, kayuh punya kayuh , sekali tengok boat jauh lagi. sampai kata " kenapa boat tu tinggalkan kitaa'" padahal , berenang macam mana pun hanyut balik ke belakang. 

Last- last diorang tarik aku (selesa juga lah , x perlu berenang, hahaha. Tapi kesian oo diorang penat, im sorry) sedangkan yang pandia berenang pun payah kejar boat tu , apatah lagi aku .Akhirnya, semua selamat juga balik ke boat. Sampai darat, lunch provided. ada ketam , ada kerang , ada ikan,ada ayam. 

--Camping Time!

Drama time! -.- lepas kami siap makan , hari pun start petang , tengok langit macam malam mau hujan. Kami pun tanya guide , di mana letaknya G Lodge (bukan nama sebenar) . So, ada 2 org kg yang temankan kami kesana. yang sorang tu budak lagi darjah 6. Jarak dari tempat kami ke lodge tu dalam 500 meter rasanya. yang dua orang tu relaks x pakai selipar jalan. Kami ni..penat macam hmmm. 

Jalan punya jalan. kami start sudah merungut. "bila mau sampai niii..." , "dekat sudah ni .." , budak tu cakap. "dihujung ni jak.." kata budak tu. ermm. 

Perjalanan ke sana , nampak kuburan, Orang kg sana kubur dekat dengan rumah diorang ja. I mean dekat bawah rumah diorang. tepi rumah. *Semua senyap* 

Jalan lagi kedepan , lalu tanah perkuburan. Tanah perkuburan guyss.. jadi dimana lodge tu?? jangan tapak khemah tu sebelah kuburan sudah lah. -.-  Akhirnya sampai lodge tu, the owner layan kami baik, so kind. Kami ingat camp site tu cuma depan lodge dia. Tapi fikiran kami meleset. 

dia bawa kami 1 tapak lapang , kami assume tempat terbengkalai yang berhantu. -.- 
dikelilingi hutan . FYI pulau tu cuma bergantung dengan generator. Di kawasan yang kami kena bagi tu xda letrik tau. Kami memang rasa x selamat dengan tempat tu . dengan tandas yang jauh di belakang. pergh, adventure kalau malam. memang menangis. 

Nasiblah one of friend ada contact her uncle yang kerja di salah 1 resort di mantanani tu. (don't worry guys, we have backup plan since beginning) 

Unfortunately , resort tempat uncle dia tu jauh dari G lodge. So kena naik boat pergi ke resort tu.Nasib lah orang kampung dekat sana baik-baik. jadi guna boat diorang untuk ke resort , we have just to pay rm 10 if  I'm not mistaken. The owner of the lodge kinda offended sebab kami decide untuk pindah tempat ,tapi kami bayar ja lah berapa dia minta.

Thennn.. Sampai lah tempat yang dituju. we are so happy coz the place was look like a real place , if you know what I meant. hehe.

Lepas setup khemah semua , awan yang cerah. Pantai yang cantik. Tiba lepas maghrib , pergh hari start mendung dan hujan. Relaks , ada khemah kan. Tapi tiba-tiba bila nak ambil barang dalam khemah , khemah banjir! OMG!

Thank God , owner resort berbaik hati tumpangkan tempat tinggal. Macam-macam dugaan waktu tu , tapi kenangan tu memang x boleh dilupakan. Kebetulan , masa kami kesana waktu tu musim Meteor Rain or whatever. So , Around 11PM kami nampak meteor cantik gilaaa. Kami sakai sangat waktu tu , sedaya upaya taknak kelip mata takut terlepas pandang. haha.

Really miss that moment. :)








Being alone.

Hai girls and boys or women and man

Have you ever thought that you're actually afraid of being single , because you too comfortable with the idea of being in relationship? Trust me , the first answer that came into your mind is NO. 

Me too . I definitely say No.

Dude , everyone know that not being in relationship won't kill you. right?

But the reality is YES , you’re too comfortable with the idea of being in relationship. Especially me, I never realised that I’m too depending on courtship to feel confident , strong & secure until one of friend tell me that

 “you know what, I thought you were strong, actually you are strong enough to be alone, but you not trust yourself about it , you don’t really need relationship to feel strong, you are strong enough by your own & you just don’t realize it”

So, kata-kata tu buat aku terfikir. When is the last time I really being single. Tik tok tik tok. Semua orang tau setiap manusia sudah ditetapkan jodoh masing2. Tapi kau tau kah berapa lama lagi kau boleh betul2 nikmati zaman bujang kau? Mungkin sebulan, setahun, seminggu? Siapa tahu.

Di sana aku terfikir, why don’t I enjoy my life with my friends and family being crazy and fun because one day I will regret things that I don’t take.

I’m to commited in relationship that I don’t know how it will end. I wasting my energy and time to try being perfect partner and to have a happy ending relationship that I’ve dream. Sampai satu masa, aku terlalu berhati-hati , try so hard to become someone that they want until I’ve lost myself just to protect the relationship.

Maybe it’s too late to realise. But Now I know this is not the time for me to put that kind of effort in my life. I need to enjoy my life, loving myself more & find my myself until I really know what I want not what the guy want in me.

Like I said , “cari pengganti tu senang, tapi pertahankan relationship tu yang susah.  Terutama bila orang terpikat dengan kau cuma dari segi rupa & luaran. Bila ada masa kau hodoh, dia tawar hati. Bila ada masa kau hadapi masalah, dia lari. “

So, it’s okay to become choosy & single rather than get married & you end up divorce.

Just cherish the moment. Maybe this is the only time that you have to be on your own. To appreciate people who really love & care for you. You just don’t have to change yourself just to make someone love you. Someone who are really meant to you will come and think that your flaws make you perfect. 😊


Kau ingat kau boleh tentukan apa yang kau ingin kan

bila usia meningkat , kau rasa kau sudah cukup masak dengan perangai manusia
semua bersifat sementara. Sekejap kau nampak dia sayang, tiba-tiba dia hilang

Kau ingat kau kuat, kau bersedia dari awal.
Kau kawal tingkah laku kau. Kau jaga tutur kata kau.
Kau kata " kali ni, kalau sakit itu datang lagi , aku takkan rasa apa-apa"
Bila tiba ombak datang , kau cuma tinggal termenung, dan diam kaku

Bila benda yang paling kau takut , kembali pada kau.
Bila benda yang kau elak , masih kejar kau.
Bila kau merayu pada diri kau ,berhenti biarkan hati kau hancur.
Tapi kau lari macam mana pun , tetap berkecai hati kau.

Kalau boleh kau sakitkan orang yang sakitkan kau.
Kalau boleh kau benci sampai mati.
Tapi bila kau sudah terlalu penat.
Kau sebaliknya cuba untuk fahami orang yang menyakiti.

Pecah hati kau. Tapi kau masih memaafkan.
Terluka hati kau. Tapi kau masih kata " mungkin silap aku".
Benci hati kau. Tapi kau berlembut hati.
Marah hati kau . Tapi kau tahu, mungkin dia juga ada masalah sendiri.

Dulu dengan sekarang lain.
Dulu bila masalah datang, kau rasa kau paling malang.
Sekarang bila sedih datang, kau tahu orang lain pun begitu.
Entah apa perlu kau pilih, menangis tapi air mata hampir kering.
Marah? entah apa yang perlu di tengking.
Ungkit ? sedar diri yang diri sendiri pun buat silap.

Akhirnya, apa yang aku mampu. Sujud kepada Allah Swt.
Sampai 1 tahap , aku pun tak tahu nak minta apa.
Yang aku mahu , aku tak mahu rasa sakit yang sama.
Walaupun dari orang yang berbeza, tempat yang lain,
cara yang tak sama.
Tapi hancurnya tetap rasa sama.

Kau hitung dosa kau sendiri.
Kau kenang silap kau sendiri.
Kau janji kau tak jadi orang yang sama lagi.
Kau tahu kau akan sembuh dari luka.

Cuma sekarang kau cuma kuat untuk seketika.
Untuk hadap rasa yang kau tak ingin rasa.
Memang. Bukan semua orang sama.
Bukan semua lelaki sama.
Bukan semua percintaan sama.

Tapi tanpa kau sedar ,
kau lupa cara untuk tunjuk sayang kau.
mungkin kau takut , bila kau sayang ,
dia jadi bayang-bayang.
Mungkin otak kau sudah tetapkan,
sayang itu cuma sementara.

Apa yang kau mampu buat sekarang ,
Teruskan kehidupan,
Padamkan semua kenangan,
Sampai semua terbuang.
Anggap saja semua ini terjadi kifarah atas dosa yang kau pernah lakukan.

Polumpung Melangkap View Camp Site, Kota Belud , Sabah

Hello!

What a throwback story. haha. So, ni cerita april 2017 and now august 2017. jadi, ni cerita 4 bulan lalu lerr. hehehe. Orang kata , benda yang kita plan selalu tak jadi. Benda yang kita plan last minute plak selalu menjadi. 

dijadikan cerita this 1 night vacation kami plan seminggu sebelum jalan. hahaha. Mulanya, sorg kawan ni cuma main-main , tapi last-last terjadi jugak. aku plak waktu tu perlukan vacation  sangat , tapi bajet mmg la nak yang rendah kan. Search punya search , nampak tempat baru di buka, a camp site yang viral di sosial media. 

Polumpung Melangkap View Camp Site. 

This is my first road trip. (perjalanan dari Kota Kinabalu - Kota Belud tak lah jauh sangat , dalam 1 jam lebih- 2 jam) dan kami pergi ber-enam. Tapi sebenarnya , aku join group kawna-kawan makcik aku. So, aku tak kenal yang 4 orang tu , saja menyemak nak join. Alahh.. sampai sana nanti pandai-pandai lah bergaul kan? 

Kami plan sewa kereta . Sewa Kereta avanza RM120 (rasanya.. dah lupa.) Duit minyak plak , kami share bagi rm15/sorang. Makanan kalau tak silap kami bagi rm 30/ sorang. 

Kami begerak pagi , singgah breakfast di Tuaran. (Breakfast lah sangat , dah tghari dah. haha) 

Kami cuma gunakan waze nak kesana. The funny thing is , tempat tu adalah sungai. Tapi waze tunjuk naik ke atas bukit. Bayangkan kepercayaan ke atas waze tu tinggi  sampai jadi bodoh ikut waze naik ke bukit , padahal mana ada sungai atas bukit. hmm.  ( Tapi xpalah ,  sempat jugak kami sakai tengok rupa babi. HAHA!)

So, bila dah sampai sana. Kami tak expect , tempat tu di belakang rumah orang kampung. Kami siap pusing 3 kali di depan rumah tu sbeab tak yakin betul tak tempat tu atau salah tempat. 

Rupanya memang betul lah. Venue tu belakang rumah owner. Banyak cerita lucu masa kami kat sana. Masing-masing kononnya kena bawa telur rebus. Tapi yang lain bawa telur belum masak. haha. Siap bawa portable gas stove. Tapi kami tak bawa kuali pun. -.-' 

Tent plak , kami booked yang boleh muat 5-6 person. But it's small , and it's like only can fit 3-4 person i think. Tapi nasiblah badan kami, kebanyakkan macam mancis. muat jugak lah 6 orang. haha. 

The view a night, SANGAT SANGAT cantik . sampai rasa nak bentang tikar kat luar tent , nak tidur kat luar. Tapi disebabkan , kami semua perempuan x berani jugaklah. Korang dah biasa dengar orang tengok , sunset & sunrise , kan? Malam tu kami siap tengok Moon rise.. pergh! Tapi x dapat capture, sebab apalah sangat kamera hp. huhu. 

Korang boleh bayangkan tak , kitaorang tengok pemandangan gunung bercahayakan bulan. OMG. I so in love with it. Dengan bintang-bintang di langit. CANTIK SANGAT! memang tenang. memang best. oh, FYI line hp cuma ada MAXIS, yang lain zero. hehe. 

Perkara lucu + annoying jugak lah. Bila kami ada bawa gitar 1 and ukulele 1. but end up , tent sebelah pinjam gitar sampai jam 3 pagi. (nasib lah hujan, kalau tak sampai lusa lah dorang memekak.. hehehe . ) tapi tak lah marah, menyindir jer. hehehe. biasalah tu. 

Keesokkan paginya, kami bangun awal semangat nak tengok Gunung kinabalu. Sebab kalau dah 9pagi keatas takut gunung tertutup kabus. dah tak cantik nak POTD hehe. 

Tent- Tent yang lain semua belum bangun,. kami siap boleh semangat ketuk pintu rumah owner nak sewa pelampung besar. Jerit-jerit dekat sungai macam sungai tu kami punya. Orang pun hairan, macam mana kitaorang boleh tahan air sungai yang sejuk tu awal pagi. yes, AWAL PAGI. korang boleh tengok video kat bawah ni . 

Owh total percutian tak seberapa kami ialah RM150 /pax  termasuk sewa kereta, sewa tent , makan minum (bawa sendiri) , sewa pelampung, jaket, and fire-camp.. Bajet ker takk. hehe. apa pun, memang tak menyesal pergi sini!

Facebook : https://www.facebook.com/pmvcs/
Instagram :  https://www.instagram.com/officialpmvcs/

(It's not a paid review. but if the owner of PMVCS saw this, Aunty , kakak, uncle belanja one night vacation di sana ,boleh? :P )




Imaginasi pun boleh jadi satu doa

Assalamualaikum dan Hai!

Image result for annoying animated gif

I just saw a post , a wife yang terlalu obses baca page KRT di facebook sampai meragui husbandnya sendiri. KRT tu kisah rumah tangga lah. Siapa-siapa yang ada fb kalau baca cerita dekat page tu memang mostly meluah tentang masalah rumah tangga masing. Bila kau baca atau dengar masalah relationship orang, mesti kau share dengan pasangan kau sendiri kan. Perempuan , biasalah semua nak cerita even benda remeh. Then typical situation bila cerita-cerita , penghujung cerita tu memang kita warning partner kita jangan buat macam tu. "awas!" tu lah selalu di mulut. 

dia kata, sampai 1 tahap, dia terlalu masuk dalam hal rumah tangga orang , sampai takut dengan rumah tangga sendiri. Which is , her husband lah. dia juga kata kadang-kadang apa yang kita selalu fikir / imaginasi tu adalah 1 doa.

What I want to say is yes apa yang kita selalu imagine tu mungkin akan jadi 1 doa. Aku pernah sentiasa meragui someone yang dia akan curang and end up being caught at hotel. Yes, at the end benda tu terjadi. 

Aku pernah imagine benda semua akan baik-baik saja. bayangkan selalu aku akan lepas permohonan yang aku mahu. At the end, berkat rezeki Allah aku dapat apa yang aku bayangkan. 

Jadi kadang-kadang aku terfikir. Terjadinya sesuatu yang buruk ,kadang-kadang ada khilafnya dari kita juga. Doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik. Inshaallah Allah akan beri yang sebaiknya untuk kita. 

Aku sejenis manusia yang paranoid , have trust issue. Tapi makin hari aku makin terfikir , kenapa perlu aku habiskan masa dan ganggu emosi aku dengan fikirkan benda negatif yang belum terjadi? Aku tengah buang masa aku sendiri, aku tengah jatuhkan emosi aku sendiri. If you love yourself try to be positive. it's hard to be always positive, tapi cuba sedaya upaya untuk positif , even kadang-kadang kau x boleh kawal diri. 

Dengan berfikir positif, even kadang-kadang kau meragui mungkin instinct kau betul. Pegang kata-kata ni , kalau tuhan datangkan perkara buruk pada kau , anggapa saja itu ujian sebelum Dia beri hadiah lebih istimewa untuk kau. Yang penting kau sudah buat yang terbaik, Inshaallah kau akan lebih redha jika apa yang kau mahu , bukan kau punya, sebab kau akan lebih kuat dan yakin Allah itu sentiasa ada. Semua sudah tertulis. Doa yang baik-baik. Inshaallah.

Image result for if it meant to be it will