Up status Facebook

00:01 Unknown 0 Comments


Tiba-tiba teringat masa musim tengah hot update status facebook. It's kind of addictive, bila sekali kau dah terbiasa bersosial media, it's hard to stop. You don't even now why, even you know it's not important. haha. 

Masa tu, Facebook paling hotstuff. Handphone pun belum guna data, masih mengharap broandband & internet dekstop/laptop. Belum ada lagi, "click share" , post gambar pun leceh. Faham-faham jer lah masa umur-umur "baru nak up" . Semua pun nak bagitau, makan nak bagitau, orang terlanggar bahu engkau pun kau meroyan kan fb. Tu pun lepas kau balik bilik, buka laptop then taip kan keyboard. 😂

Tapi. Ada 1 tragedi yang jadi buat aku berhati-hati dalam meroyan 😂. Masa aku habis diploma, aku masuk kelas memandu. Nak ambil lesen lah katakan. Macam biasalah, masuk ceramah lepas tu ujian komputer, masuk bengkel dan lepas tu dapat tutor untuk ajar korang driving. 

Of course lah, belajar dengan tutor ada jam-jam nya, dan hari-harinya. ada 1 hari tu, terjadi miscommunication. Dia sebut "ok, jumpa sabtu" (kelas memandu) . Aku pun tunggulah kat rumah, dengan seluar tracksuit , kemeja berkolar , berkasut dan stokin (mematuhi etika berpakaian sangatt..) . 

Aku punyalah tunggu. punya tunggu. End up, aku tanya jadi atau tak. dia kata "sorry hari ni x dapat, hari isnin baru ok". there's no further explaination. so, aku ni sejenis wanita yang mengikut emosi. Aku pun benganglah, dalam hati slap kata "kau kenapa? kalau mau cancel cuba bagitau awal. 1-2 jam awal pun ndapa" (sabah version guys 🙄, I'm sabahan ok.) 

Dan dengan yakinnya aku menaip kat FB guna 0.facebook masa tu memang benda ni free lah. aku dah tak berapa ingat dah apa aku tulis. Tapi lebih kurang cam ni. 

"sekarang baru mau bagitau cancel, cubalah bagitau awal2 buat penat jak aku menunggu. kalau aku x tanya, x la kau bagitau kan? bikin panas, lawan bha kita  di lintas, racing" 

So, Isnin pun jumpa lah seperti biasa. dengan tenang dia suruh aku pindah kat tempat driver & suruh aku drive ke litar. tiba-tiba, dia bila sampai di bukit, sebelum dia keluar kereta. dia kata, 

"oke, kita jumpa di lintas" 

'hah?' (aku dengar 'kita jumpa di litar' 😂)

"kita jumpa di lintas" 

"lintas??" 

"ya, lintas. kau mau bawa racing kan??" 

masa tu aku rasa muka aku tebal, malu, speechless dan aku rasa nak memaki sepanjang bawa kereta. macam mana dia boleh tau?? aku xda add dia pun!  dia kat tepi jalan ketawa puas nampak aku malu gila masa tu. 

Rupanya ada seorang tutor kat sana , berkawan dengan aku kat fb. Bila nampak post aku, dia tanya kat tutor aku "ini bukan murid kau?" 

pap! checkmate. 

Nasib lah dia bukan jenis sentap. abang-abang lah katakan. tak apa katanya, bukan aku tujukan directly. (konon, ntah-ntah berapa guni makian dah dia bagi kat aku 😂)  Rupanya misunderstanding. 

Masa dia hantar aku tu dia sebut "ok kelas nanti hari Sabtu" , tapi dalam ingatan dia "Isnin". Sebenarnya dia nak maksud kan Isnin bkn sabtu. 

pengajarannya. jangan cepat meroyan kat sosial media, walaupun kau tak berkawan dengan dia. mungkin ada kawan dia yang berkawan dengan kau. Alah, dunia ni kecil. melainkan kau sengaja nak dia tahu kau meroyan. 😂

 kalau rasa nak ngumpat kat status, memang gagal. Memang kau tak payah tunggu merangkak cari dia kat padang mahsyar, sekarang ni juga kau merangkak malu rasa nak sembunyi muka dalam tong sampah. 😂😂

You Might Also Like

0 comments: