Kerja baru
Assalamualaikum dan hai!
Makin lama makin jarang update blog kan? kesian. Sekarang balik rumah , spend time kejap di ruang tamu , lepas tu naik bilik tidur. hehe. (of course mandi & makan dulu. engkau ni) Yeay , september kerja baru! a few days lagi genap la sebulan aku kerja sini. (tempat? rahsia, nanti kau datang office aku. ceyh haha)
Aku nak cerita pasal , tempat kerja baru aku. aku pernah tengok 1 movie ni (bukan drama melayu) ,ada satu babak tu dia kata " kalau kau minta dengan tuhan kesabaran, Tuhan tak datangkan kesabaran tapi Tuhan datangkan kau bagaimana nak sabar. Kalau kau minta kekuatan , Tuhan tak datangkan kekuatan tu sendiri ,tapi Tuhan datangkan kau sekali dengan cara untuk kuat" get it?
Setiap orang ada tujuan hidup masing-masing, demand masing-masing. Aku pulak, dulu nak kerja jadi pegawai bank , sampai masuk diploma in banking di UiTM , tapi lepas tu aku dah tak sanggup dengan nombor dan aku dapat bayangan macam mana susah nya kerja bank. Aku decide degree aku ambil kos Marketing dan bukan Finance. Tapi bila praktikal aku bahagian admin pulak. haha. betul lah kata orang, belajar pasal lain, kerja pasal lain. Tapi at least aku tak lah jauh terpesong sangat dari apa yang aku belajar.
So, dulu-dulu aku selepas angan-anganku untuk jadi pegawai bank hambar. Aku memang dari sekolah nak kerja yang tak duduk dalam office sahaja. Aku nak yang banyak outstation, dealing with people, seeing new people & going to many place tak kira pedalaman atau tidak. For me, masa ni lah aku pergi tempat yang mungkin aku tak akan pergi hanya untuk alasan bercuti dan bila lagi dapat pergi macam-macam tempat dengan makan minum, tempat tinggal free. eh . eh. realiti.
Masa aku praktikal aku Allah kabulkan permintaan aku, dan masa aku kerja ni Allah tambah makbulkan permintaan aku. Alhamdulillah. :)
Tapi Allah tak bagi sesuatu tu semuanya benda yang kau suka, nanti kau lupa diri. Aku sebenarnya tak tahu bila mula timbul perasaan ni, tapi aku tak suka lelaki.BUKAN lesbian. maksud aku, aku tak suka deal with lelaki. aku selesa masa praktikal dulu, 95% aku cuma bekerja dengan perempuan. Tapi tu lah orang kata, jangan terlampau tak suka, nanti dapat baru tahu.
Di tempat kerja aku ni , bekerja di cawangan Sabah cuma 3 orang. Aku seorang, dan guess what dua lelaki. yes. Oh, ni juga salah satu antara sebab aku decide bertudung sekarang, sebab aku fikirkan kalau aku terpaksa keluar berdua atau apa jadi tak lah aku ni nampak macam too sexy ke apa ntah , lagi sopan kalau aku bertudung berjalan dengan lelaki or berjumpa lelaki atas urusan kerja nampak formal sikit rasanya, sebab muka aku ni biatch sangat kena-kena ada pernah kawan lelaki cakap muka ni muka sosial dan muka berskandal, duhhhh bro , jadi bertudung lah supaya keluar sikit nur kebaikan tu mengelak dari fitnah dan salah faham. Lagipun aku terfikir juga, manatau lah apa jadi dengan aku masa aku bekerja atau apa-apa dan ditemui tidak menutup aurat. uhh pedih dah lah aku ni banyak dosa.
bukan aku tak suka bekerja dengan lelaki, tapi aku tak tahu macam mana nak bergaul , dengan kawan-kawan ok la. kalau dengan perempuan , ok la kau bermanja-manja. Takkan dengan bos lelaki kau nak bermanja-manja. haha. Kena ikut rentak lelaki juga. gagah sikit. haha.
Tapi bila dah bekerja di sini, for me tak ada yang buruk pun. aku selesa bekerja dengan diorang, aku masih membiasakan diri panggil bos sebagai bos. sebab aku agak awkward panggil orang bos. hahaha. dan aku sebenarnya tak suka panggil lelaki "abang" sebab aku rasa geli dan gedik. hahaha. belum ada seorang pun pekerja lelaki aku panggil abang , even umur dia maybe 40+ . mungkin agak kuang hajo aku panggil nama, tapi dari aku panggil ui ui. mana ko nak? hehe.
Cuma di UiTM dulu , aku panggil abang bas, abang guard, abang koperasi, abang cafe . mungkin semua keliling student panggil abang, jadi agak tidak awkward. hahaha. Aku tak tahu kenapa aku macam tu, mungkin sebab aku tak ada abang , dan masa kecil aku dikelilingi majoriti perempuan dan kakak-kakak.
So far, tempat kerja aku sekarang ni bagi aku it's fun. but reaaalllyy tiring. Tapi it's not big deals , ada sekali aku balik dekat jam 8 malam, no more balik jam 5 petang or 4.30 petang hew hew. Tapi I'm enjoying working here, walaupun banyak kerja tapi tu bukan masalah. I like it. Especially part outstation tengok ragam manusia , I really love it. hahaha.
Jadi tempat kerja dulu dan sekarang tak ada masalah, orang-orang dia baik. Tapi sekarang aku kena berdikari lebih sikit lah. Tak boleh manja macam dulu. Semoga lepas ni banyak banyak banyaaakk lagi outstation. kihkihkih.
0 comments: