Life story

Kerja lama

21:53 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum dan Hai!

Lama aku tak update blog. Ada juga yang tegur " lama tak update blog, kenapa?". Aku pun jawab "erm, takda idea lagi nak cerita pasal apa" dan dijawab pulak , " ya lah , tengah bahagia" 

eh.

eh. 

Sikit la. haha. 

Sebenarnya nothing much going on , cuma August tahun ni tak berapa bertuah untuk aku. Handphone rosaklah , apa lah. Everything not going well. But, aku sentiasa pujuk diri aku "tak apa, cepat atau lambat tetap akan settle" and now everything settled. yipii. Bulan August ni jugak , Alhamdullilah rezeki Allah Swt bagi , aku dapat tawaran sambung master dan tawaran bekerja yang akan start pada bulan yang sama. which is , September. Tapi, end up aku buat keputusan untuk hold dulu master dan fokus dengan kerja dulu. 

Bukan apa , aku takut otak aku pecah berkecai jadi keping-keping setelah kau pergi. eh. ternyanyi plak. Aku kena sesuaikan diri dulu dengan kerja baru , manage masa dan bila aku dah boleh sesuaikan diri , Inshaallah aku sambung master. Aku tak nak lah jadi tamak , buat dua benda baru dalam masa yang sama. Biar step by step. kan?hee. 

So, Sekarang dah September. Aku pun dah mula bekerja di tempat baru. Tempat tu? biarlah rahsia. ceyh. Sekarang aku nak cerita pasal tempat kerja lama aku, sebenarnya tempat kerja lama dengan baru tu tak lah jauh. -.-'  aku je drama lebih. ngehehe. emosi senyap-senyap. sangat. Setahun lebih aku kerja di sana , macam aku selalu kata aku suka sangat kerja kat sana. Sebab department tu, bos je lelaki. haha. Jadi aku bekerja dengan akak-akak, mostly perempuan lah.(sebenarnya ada orang yang aku panggil kakak , tak lah kakak sangat. Tapi masa-masa aku mula masuk dulu , aku tak tahu umur diorang. Last-last aku main hentam panggil semua orang kakak. hahaha. Bila tengok I/C eh eh , tua 2 tahun ja pun. Jadi teruskan jak lah panggil kakak, kejap panggil nama kejap panggil kakak. hee)

Bila aku dah pindah kerja ni , aku baru perasan aku ada perangai baru. iaitu, cerewet. haha. Sebab ,ya lah perempuan ni kan suka kemas, bersih dan tersusun & teratur. Kalau salah sikit, sanggup buat balik. Jadi bila aku dah di tempat kerja baru ni , dan kawan bekerja aku lelaki. mungkin boleh di katakan team lah kan, faham-faham lah lelaki tak banyak songeh , semua ok. Tapi aku pulak yang cerewet sikit , semua nak cantik. haha. Maaflah , kira good habit lah kan. walaupun mungkin annoying. hehe. maaf. Aku baru perasan, yang aku dah pandai rimas tengok benda-benda yang tak teratur. Macam aku rasa nak susun semua benda even sebenarnya tak perlu pun. hahaha. But still it's a good habit, right? please say yes. hahaha.

Aku sebenarnya, banyak terhutang budi dengan akak-akak tempat aku kerja dulu. Diorang sangat- sangat baik. sangat baik , terutama bab makan diorang tak lupa aku. sekarang aku berisi pun sebab diorang lah ni suka bawa makan, bagi makanan. Dan cuma diorang yang cakap aku masih kurus , even orang lain banyak cakap aku dah gemuk. huh. Sebab tu aku sayang diorang , cuma diorang yang anggap aku kurus. kikiki.

Ya lah, memang lah bukan semua indah ada juga lah drama sana sini , but it's okay normal lah tu. Tapi still benda-benda yang baik jadi lagi banyakkk terjadi dari benda yang tak baik. Diorang, each of them banyakkk tolong aku. banyak sangat. Boleh tahan sabar diorang layan bodoh aku kadang-kadang. hahaha. Aku ni lambat faham sikit. hehe. 

Diorang juga lah yang beria-ria dan tumpang gembira bila aku dapat kerja. Kalau bukan sebab diorang , aku pun belum tentu dapat kerja ni kot. Thank you.  Yaaa.. sebenarnya tak lah berpisah sangat. Hari-hari pun boleh jumpa , hahaha. Tapi tu lah , perasaan duduk dalam office yang sama tu berbeza. Bersyukur sangat-sangat , Allah Swt bawakan aku dengan orang-orang yang baik. Sangat baik.  Thanks.

You Might Also Like

0 comments: