Life story

Baru pakai tudung

21:22 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum dan Hai!

Hari ni adalah topik yang aku memang nak share , tapi disebabkan aku rasa terlalu awal jadi aku hold dan disebabkan aku mengantuk awal, jadi aku tidur awal. ngee. Baru pakai tudung, yup aku baru berhijab a.k.a bertudung. dan mungkin aku tersalah timing bila decide untuk bertudung masa heboh pasal kes Uqasha Senrose. err. Bila aku bertudung hari pertama dan beberapa hari lepas tu, orang keep tegur like, 

"eh, Uqasha"

"kau nak jadi Uqasha ka ni?

"Kau jangan jadi Uqasha" 

Uqasha here, Uqasha there and I'm just smiling. Disebabkan kan Uqasha seorang habis rosak tudung sekodi. 

First of all, aku sebenarnya dah lama dah memang berniat nak bertudung. Bertahun-tahun lama dah niat nak bertudung, tapi iman aku belum cukup kuat, aku belum cukup berani untuk berubah jadi baik.Sebab aku takut , aku buat silap yang sama. ya, lebih kurang silap Uqasha gak la, tapi aku tak famous jadi aku tak viral. -.- 

Aku pernah decide untuk bertudung masa aku sekolah menengah , but end up aku cuma bertudung for few days. Masa tu belum cukup matang lagi , bodoh bertudung kerana lelaki. faham? bila boyfriend cinta monyet kau ,yang berperasaan suci kata 

" bila nak pakai tudung?' 

" pakai lah tudung" 

Kau pun sebab suka, kau lembut hati ikut nasihat dia, walhal ibu ayah kau berbuih mulut tegur cara pakaian kau , tapi kau buat tak endah. Bila aku bertudung, si lelaki kononnya suci ni pulak kata 

" tengok gambar buka tudung, please"

and I was like, if you want me to see my hair when I wearing tudung , apa lah guna aku bertudung kalau aku masih tunjukkan rambut aku dengan kau? aku marah dengan situasi tu , dan aku decide tak pakai lagi. Kau nampak tak macam mana rapuh iman aku?

Second try, aku cuba decide pakai tudung bila cuti semester Diploma. Aku tak bagitahu aku niat nak bertudung pada siapa-siapa even mama pun aku x bagitau. Tup tup esok aku jalan bertudung. Guess what?  No, no one give me positive responds. 

"eh, ustazah sudah ko? " (it's not a positive comment bagi aku)

"kenapa kau pakai tudung? kau mimpi? 

"apa mimpi kau bertudung?"

"kau bertudung ni kenapa?"

The worst part is when I told someone I want to wear tudung, but someone said to me 

"aku bagi tempoh kau sebulan paling lama, percaya lah buka semester nanti kau tak pakai tudung" 

every comment I get I only said , "saja pakai tudung.." masa tu aku masih dua hati , masih sama iman aku seperti dulu. Dan betul, kata tu 1 doa , buka semester aku tak pakai tudung. The worst part is , aku tak sembahyang pun . I admit it. Focus on Dunya , forget about akhirat. Culture shock? yes. But aku still berbangga dengan diri aku , aku masih tak teguk arak, tak pernah pijak club  dan tak pernah hisap rokok. 

Yes, the evil part of me feel malu , bila orang tanya aku pernah clubbing and I said no, orang terkejut. Mungkin juga orang nampak aku ni social and seem know everything about the social life. Aku tahu, tapi aku tak pernah. well, what to do.  But huge part of me rasa bangga sebab masih berpegang pada pendirian dan rasa takut untuk buat semua tu masih tinggi.

Berbalik pada tudung. Aku memang lama berniat nak pakai tudung. Tapi lepas semua terjadi, aku nekad dengan diri aku , lepas ni bila aku nak pakai tudung aku akan pakai terus, DAN aku takkan pakai tudung sebab lelaki, sebab orang suruh, atau sebab influence from anyone. Aku nak pakai tudung sebab aku dan sebab Allah Swt. 

Tapi aku masih hold, since aku bercinta dengan non muslim. Bukan sebab dia aku tak nak pakai tudung , dia pun tak pernah halang dan tak juga pernah suruh. Semua keputusan dari aku. Mungkin  separuh hati juga aku masih belum puas untuk pakai apa aku suka. sama dengan , iman aku kosong. After everything happened, tiba-tiba Allah tarik semua kebahagiaan aku dan aku rasa betul-betul jatuh terduduk masa tu. Aku hilang diri aku , keyakinan aku, aku bukan lagi aku. Aku jadi orang yang aku taknak jadi. 

Masa tu lah, mungkin Allah Swt nak ingatkan aku yang aku dah lama lupakan dia. Start dari sana, aku nekad untuk kuatkan iman aku dulu, aku solat aku cari diri aku balik dan keyakinan aku. Makin lama, hati aku makin kuat untuk bertudung. Tapi aku masih tunda dan tunda. Mula-mula, aku plan lepas habis praktikal, bila dah habis aku masih fikir malu apa orang akan tegur. Aku plan bulan depan, lepas tu bulan depan lagi. atau mungkin azam tahun baru. 

Lain perasaannya, bila kau sentiasa teringat mati. Makin hari, makin kuat hati aku untuk bertudung dan masa tu aku rasa tak tenang selagi aku makbulkan niat aku. akhirnya ,aku tebalkan muka hari pertama aku lapor diri bekerja tempat baru , waktu tu aku bertudung. Masa tu aku masih duduk di tempat kerja lama. Aku tak bagitahu sesiapa pun mengenai keputusan aku. Seorang pun tak tahu. Sebab aku bertudung buat sebab sesiapa. 

Alhamdulillah , kali ni semua respons are positive. Ada juga yang negative, but not too negative. Saja bergurau. Aku pun rasa dah boleh berfikiran matang , dan tak endah sangat apa kata orang , sebab motto hidup aku sekarang " no matter what you did, people will eventually talk behind your back"  some comments are , 

"Alhamdullilah.."

tapi ada juga yang was-was dengan penampilan aku tu, sebab aku memang buka pakai tudung. bila kenduri atau majlis kahwin aku akan pakai tudung. yaaa, kau ingat neraka sekejap-sekejap? betul. Tapi aku manusia juga kan? bukan kau seorang sahaja yang syaitan bisik kat telinga hasut kau. Aku pun.  jadi ada kawan and kenalan yang tanya , 

"Kau betul-betul bertudung ni?"

"Ni selama-lamanya dah ni?"

I just smile and said , " Inshaallah , amin"

Bukan aku tak yakin ,aku yakin dengan keputusan aku. Tapi aku tak mahu terlalu yakin. Biar lah aku istiqomah, inshaallah. Aku akan kuatkan iman aku , Inshaallah. I will. I also get some comment like, 

"ala, kau masih muda " 

"awal bha bertudung .." 

dalam hati aku , aiii kau tau tak aku ni belum kuat lagi. kau ni aku siku kang. haha. Tapi aku tak lah take it personal, bagi aku biasalah tu awal-awal memang macam, tu mata diorang belum biasa lagi tengok penampilan aku macam tu. nanti lama-lama ok la tu, dah tak kisah dah. macam mana aku tulikan telinga orang tegur aku seksi , macam tu lah aku tulikan telinga sekarang. Bersyukur juga banyak yang memahami aku bertudung, semua orang pun ada first experience masa awal bertudung kan. semua respon pun sama, cuma dari diri kita untuk kuat atau termakan kata orang. 

kadang-kadang orang yang bercakap tu bukan serius sangat pun , kau sahaja yang terlalu sensitif. memang betul ,masa ni semua komen orang kau ambil dan kau judge sendiri untuk diri kau. Tapi bagi aku tak payah lah,senyum dan lupakan . Tak payah nak ambil kira , orang cakap tu sekejap jer.nanti semingu dua minggu ok lah tu. Kuat ok. Jangan terlampau fikir apa orang kata, diorang bukan berniat nak buat kau sampai betul-betul down pun. cuma cakap kosong. Kita pun macam tu juga kadang-kadang. 

Lepas bertudung ni , aku kurang dapat comment gatal dari lelaki. Syukur alhamdullilah.Dan aku plak dapat komen-komen dari perempuan, bagi pujian yang baik-baik. Dan on of the best parts is , bila lelaki nampak aku, dia tengok muka aku dulu instead of my body. Itu yang paling terbaik. ada juga seorang dua yang menjauh dan tak tegur aku bila nampak aku dah bertudung. Tapi ada 3-4 orang dah mula tegur aku bila aku bertudung. 

See? some people don't like to see you being a good person. let them , dunia diorang bukan untuk kau. jangan paksa.  Tapi masih banyak orang yang suka kau , bila kau cuba untuk jadi baik.  Teguhkan pendirian kau, jangan senang termakan komen orang. Semua orang pun akan judge orang , termasuk kau pun pandai judge orang kan? jadi ,tabah  lah sikit.  ok? kejap ja tu. 

Doakan aku juga sentiasa kuat dan teruskan Istiqomah. Amin.

You Might Also Like

0 comments: