Cat Stories
aku , mama & kucing
Assalamualaikum & Hai Semua!
Kucing. Aku sangat suka kucing dari aku kecil lagi. Dan dari aku kecil juga aku selalu pujuk mama aku untuk benarkan aku bela seekor kucing. Alasan mama aku sebab berbau, tahi kucing , berak merata & susah nak jaga. huhu. Tapi aku nak jugak , ada 1 masa aku harap hadiah hari jadi aku ialah kucing. End up , mama aku bawa pergi Gaya Street, Kota Kinabalu dan belikan aku seekor arnab. Why mom? haha.
Tak silap a few times juga aku jaga arnab. Alasan mama , tahi arnab senang basuh. huhu. Sekali lagi ,bila tiba hari jadi aku dia belikan plak aku hamster. Yang penting berbulu dan bukan kucing. Every time I ask for a cat , alasan mama tetap sama & dia cakap dia tak minat kucing. Bila di kampung , mesti lah ada kucing. Mama dekat pun dengan kucing pun tak nak.
Bila aku di semester 5 diploma, mama kata mama benarkan aku bela kucing dengan syarat lepas habis diploma & aku kena fully responsible jaga kucing aku sebab mama aku tak mahu masuk campur pun. Tiba-tiba masa beberapa minggu sebelum study week semester 6 , aku ternampak post kawan aku di instagram acah-acah tanya siapa nak kucing dia. Of course lah aku pujuk dia bagi kucing tu dengan aku , masa pun kira nak habis diploma dah kira ngam timing lah ni. Lastly, kawan aku pun mengalah dengan kesungguhan & kedegilan aku memujuk. So , aku dengan bestfriend aku Zue decide ambil dua ekor. Seekor untuk aku & seekor untuk dia. Kami namakan Gegirl & Boboy.Kucing aku betina ,kucing Zue jantan.
Nak diceritakan , masa tu aku dan Zue tinggal di dalam hostel. Mestilah korang tahu kan ,peraturan-peraturan hostel? haha. Aku dah tak sabar nak jaga kucing jadi aku decide ambil awal walaupun perjanjian sepatutnya aku ambil selepas aku final exam. ngeh. So, aku seludup lah dua ekor ni kedalam hostel. Bilik aku bilik berempat (maksudnya 4 orang dalam 1 bilik ) Nasib lah dapat roomate memang 1 kepala & sporting memang dah kenal lama. Selama almost 1 month aku dan Zue curi-curi jaga dua bulus ni di dalam bilik hostel. Bila habis final exam, masing-masing balik kerumah masing-masing,dengan kucing masing-masing (banyaknya masing-masing).
0 comments: