lifestyle
How to be beautiful?
Assalamualaikum & Halu semua!
Ok post ni bukan la mengatakan aku ni cantik atau 'ok aku cantik, jadi hari ni aku nak share kecantikkan dengan korang!' wek. muntah. Aku sendiri belum rasa aku cukup cantik. TAPI kita boleh kearah cantik , kan? Semua perempuan cantik, tak ada yang tak cantik. I know it's sound cliche , but that's the truth. Aku masih ingat, masa aku diploma dulu masa tu aku semester 1. Ada seorang kawan lelaki aku pernah cakap dengan aku , 'kau mahu tahu, perempuan ni tak ada yang tak makin cantik. Setiap semester atau setiap tahun perempuan ni sentiasa bertambah cantik' but we don't realized it untill we looked back on our old pictures. haha.
Salah satu punca utama yang boleh membunuh kecantikkan di diri kita iaitu INSECURITIES. Yes, insecurities is the worst enemy for beauty. Trust me. I have been there , it even can kill your personality & attractiveness. So, aku pun rasa nak share beberapa tips yang aku rasa berkesan , dan aku harap tips ni boleh membantu korang. Muah!
1) Ringan mulut memuji
Bukan lah kalau kau puji semua perempuan ,tiba-tiba kau cantik. Tapi kalau dia betul cantik, tak perlulah kau cari buruk dia. Tak perlulah kau eww pemakaian dia. Pakaian tak melambangkan peribadi. Kita, perempuan ni memang cepat cemburu even 5% itu dikira cemburu. Kalau kau rasa jealous dengan kecantikkan dia apa kata kau ubah ayat kau dari "ish,perasan cantik! kau ingat kau cantik??" kepada "I like your outfit & makeup". Kalau kau nak maju, kau maju dengan berusaha sendiri, bukan dengan menjatuhkan orang lain. Same goes to this.
2) Be Brave
Benda ni aku selalu ingatkan kawan-kawan aku & family aku. berani! Kita ni sebenarnya malu nampak lain dari yang lain. Malu nak nampak menyerlah. Katanya , biar la biasa-biasa saja. Kau cuma berani guna pakaian warna gelap. Kau tak berani guna warna lain sebab kau rasa nanti kau akan jadi macam badut? Kau tak berani guna lipstick warna terang sikit sebab kau rasa nanti macam bibir berjalan. orangnya tertinggal di belakang. No. As long as people see it match with you, it will be okay. Just be confident with yourself, if you feel beautiful, people will see you are beautiful. Memang mula-mula kau akan rasa pelik, seumur hidup tak pernah pakai gincu, tiba-tiba pakai gincu. memang rasa lain. Tapi percayalah itu cuma perasaan di permulaan jam.
3) Be confident to stand alone
Ok, untuk cantik dan rasa cantik bukan sahaja kena jaga luaran diri kita. Tapi juga dalaman diri kita. That's everybody talking about and it is the fact. Insecurities berpunca dari dalam hati dan fikiran kita. Cara paling utama untuk yakin ,ialah berani bergerak solo. Aku tak maksudkan kau tak perlu kawan atau kau tak perlukan sesiapa untuk teman & ceriakan hidup kau. Tapi bila kawan-kawan kau tak ada, adakah kau boleh hidup, adakah kau rasa lost? So, kau kena biasakan diri kau ,kau boleh hidup dimana-mana situasi pun, even kau kena berjalan sendiri tanpa teman. mungkin kawan kau masa tu tengah pergi dating, dan tak ada kawan yang boleh temankan kau pergi cafe beli makanan dan kau sanggup tak makan. zzz.
Mungkin juga kau berjumpa dengan kawan yang opposite personality dari kau. Kau kena belajar bergaul,even kau malu-malu at least kau kena bergaul. ada beza antara malu dengan sombong ye kawan.A good personality can also make you beautiful.
4) Never ever make what man want as priority
The boy that you loved like you to wear shorts even you don't like it. The person that you loved like you when you cut your hair short. But when you did, they still flirt with other girls who have a long hair & wearing long pants. Dan aku pulak tanpa sedar, berspeaking english dengan korang sebab aku marah sorang-sorang. haha! Kalau diorang boleh terima setiap inci rupa kau masa diorang ngorat kau dulu, ertinya diorang boleh terima kau sekarang. Kau pulak, jangan pernah malas untuk berlawa-lawa. Ingat, diorang nak kau dulu sebab kau ada keyakinan diri, kau berdikari dan kau tak perlukan lelaki untuk buat kau gembira dan cantik. Never lost yourself for another men, pasangan kau adalah tempat kau share kegembiraan kau, bukan untuk buat kau gembiar dan tanpa dia kau mati. No. that kind of attitude making you ugly & not attractive.
5) Fight with yourself
Kalau kau rasa kau ada negative attitude, ubah. Kalau kau rasa rambut kau tak cantik, ubah. Kalau kau rasa badan kau tak cantik, work out dan try new things. Kita sebenarnya kena lawan dengan diri kita sendiri sebab semula jadinya kita ni seorang manusia yang pemalas. Pemalas untuk berubah, terutamanya untuk bersenam. (ehem ehem..aku yang menaip aku plak yang terasa.) Jadi kau kena cuba, sekali pun tak apa, sikit pun tak apa. sekurang-kurangnya kita mencuba. Bukan cuma tahu merungut dan bagi alasan.
Aku ada seorang kawan, aku tahu dia akan baca ni. Dia memang kurang yakin berat badan ataupun bentuk badan dia. sampaikan dia tak minat shopping baju. Lepas tu, dia workout ,dia diet. She's doing it so hard and never give up. Sekarang, dia dah tambah cantik. Dari dulu dia memang cantik pun, tapi dia ada kata dia nak kurus. Bukan lah kurus macam victoria secret tu , tapi dia nak sihat. Dia nak dapat berat badan yang ideal untuk BMI dia. Suprisingly now , 3 guys chasing her like crazy. kesimpulannya, love yourself first & kalau kau syg diri kau & orang lain pun akan sayang kau juga.
6) Never forget GOD
Sentiasa bersyukur dan jangan pernah berhenti berdoa.Jangan pernah tinggi diri. Buat apa cantik rupa , kalau hati tak tenang. Jadi serajin-rajin kau jaga diri kau , kau pun kena paksa juga diri kau untuk jaga hubungan dengan Tuhan. Kunci utama untuk kau tenang dan kuat ialah SOLAT. Kalau Kau ingat Tuhan, semuanya akan jadi lebih mudah untuk kau.Ingat, jangan pernah kau lupa Tuhan , nanti kau terduduk baru tahu!
0 comments: