Cat Stories
Mama dah start suka kucing!
Even mama tak minat kucing , mama yang beria-beria bawa aku beli barang-barang kucing , siap pilih cat carrier colour pink. Lepas Gegirl nampak sunyi, kami bawa kucing dari kampung & kami namakan 'Kicap'. Mula-mula diorang tak ngam , tapi bila seminggu lebih, manja bukan main.
Selepas beberapa bulan , kucing Zue (Boboy) mati sakit. huhu. Zue punya sedih & mama aku suggest bawa pergi SPCA KK. So kami pun pergi ,mama pun join sekali. Sampai disana kami terjumpa kucing nama Kingdom. Apa yang uniknya, kucing ni cuma ada 3 kaki. sebab dia pernah kemalangan masa dia mengandung, kaki hancur & anak dalam kandungan terpaksa dibuang. huhu.
Kingdom The King in the house |
So,berbalik kepada Zue yang dia adopt 2 ekor anak kucing. aku dan mama terpikat dengan Kingdom. Lepas adopt Kingdom, mama aku siap ngaku 'ini kucing mama ok!' . Ada 1 malam , mama datang bilik aku & kata ' mama rasa mama start suka kucing lah (sambil gendong Kingdom dengan senyuman). Bermula dari sana , my mom is one of catlover. Setiap minggu adopt kucing dari SPCA, dan ada 1 masa untuk aku bela kucing cecah 20 lebih ekor dalam 1 masa. huh.
Tapi malangnya, 6 ekor mati sebab virus kucing. Dalam masa beberapa hari, tiada sakit terus lemah.Tapi kami masih tak serik , serik sikitlah sebab dah mula slow adopt kucing. Dan sekarang kucing aku tinggal 18 ekor. (masih banyak erk?)
Tapi walaupun kucing banyak ,ya kos penjagaan pun meningkat. Betullah kata orang Kucing ni pembawa rezeki. Walaupun ada masa sesak , tapi kami masih mampu. Dan betullah juga kata orang , pelihara binatang ni mengajar kau sejuta kesabaran . :)
Ini Queenie , one of 18 cats. Gambar semua kucing di lappy yang rosak.huhu. |
0 comments: