Fact about me

Cincin di jari manis bermaksud sudah bertunang/kahwin?

19:31 Unknown 1 Comments

Assalamualaikum & Hai Semua!


Biasanya kalau bertunang atau bernikah , cincin emas dijadikan tanda untuk menunjukkan si perempuan tu legally berpunya. Kenapa aku cakap legally berpunya? sebab berpunya cuma atas dasar gf & bf itu illegally berpunya. Takda hitam putih & saksi secara sah. haha. Cincin merisik, cincin bertunang, cincin kahwin biasanya kita guna cincin emas. Tapi sekarang dah moden , mungkin ada yang minat dengan emas putih. 

So, nak diceritakan pasal cincin di jari manis ni. Aku pun pakai cincin. Lelaki ni sebenarnya kadang-kadang teliti juga , bukan pandang perempuan dari mata turun ke hati tapi dari mata direct tengok jari manis. Sebab mungkin malu nak bertanya dah di ambil orang atau tak curi-curi lah tengok jari dah bercincin atau belum. Faham-faham lah dik oi , kalau umur dah masuk 20an-30an ni bukannya boleh langgar ngorat perempuan kot kot nanti tetiba kena ambush oleh laki orang. Boleh perang C.O.C macam tu.

Orang yang baru kenal aku tak kira lelaki atau perempuan mesti akan tanya , 'kau sudah bertunang?' atau lebih polite lagi 'cincin tanda ka tu?'. Ada yang pernah lelaki tak berani nak begurau gedik dengan aku sebab dia ingat aku ni tunang orang. Selepas beberapa bulan kenal , dia beranikan diri tanya 'Liya, kau sudah bertunang?' & I looked at him with smile ' Nda lah!' (owh, 'nda' bermaksud TIDAK .). He laughed dan balik-balik cakap 'aku ingat Liya sudah bertunang!' .


Aku BELUM bertunang atau berkahwin & belum ada yang punya pun. Sebenarnya cincin ni Cincin tanda mama aku. Tak silap aku ini cincin tunang. Selepas aku dapat result SPM, aku kata dengan mama boleh tak aku beli cincin atau something aksesori emas sebagai kenangan yang aku dah habis SPM lah kononnya & mama aku bagi cincin tunang dia sebab cincin tu dah tak muat di jari dia. So, aku pakai lah sampai sekarang & aku takkan bagi orang pinjam cincin ni. haha. Pinjam setakat 5-10minit ok lah. Tapi kalau nak pinjam 1-2 hari. Sorry.

 Aku sangat suka benda-benda yang ada Sentimental Value ni. Bayangkan aku simpan semua hadiah & kad-kad yang dibagi oleh kawan-kawan dan cinta monyet ehem ehem sakit tekak plak. Looking at those gift make you smile & remember all those sweet memories.


You Might Also Like

1 comment:

  1. Saya berkenan dgn seorng perempaun ,tgok tngan dah bercincin,tpi tk thu la dah tunang ke,nk tnya malu plak, Ada cara lain ke?selain tnya lurus

    ReplyDelete