Quotes

Bila kau dapat , kau tak nak

09:06 Unknown 0 Comments


Manusia
Bakat semula jadi adalah berubah
Berubah jadi baik , berubah jadi jahat
Cepat atau lambat tetap akan berubah
Bukan semua boleh terima

Manusia
Sentiasa gigih berusaha untuk apa yang dia suka
Penat? Lelah? Payah?
Ah , itu semua buang ketepi
Yang penting kau dapat apa kau nak

Manusia
Bila dah dapat? Bila kau tahu dia tak lah sesempurna yang kau fikirkan
Kau mula malas , kau mula bosan
Setiap tingkahnya tak mempersona bagi kau
Kau mula acuh tak acuh
Tapi mulut masih kata sayang ,
tapi perangai umpama bayang-bayang

Manusia
Tak kira lah lelaki atau perempuan
20an atau 30an ,semua sama
Tak kira dari segi cinta  atau harta
Sama , semua sama
Aku tahu, aku juga manusia , aku pun sama

Sia-sia bukan?
Memang , kita lihat orang suka, kita pun suka
Kita tengok orang nak, kita pun nak
Kita harap apa yang kita dapat setanding dengan expectation
Tapi ingat, manusia, harta & benda ada baik ada buruk
Kalau kau mampu untuk butakan mata kau,
dengan kehodohan dan cacat- celanya yang cuma segilintir yang nampak
Perkataan bosan itu tak akan muncul dalam kamus hati dan fikiran kau
Cuma istimewanya di hati kau ,kunci kau bertahan dan tak bosan

0 comments:

Self motivation

Macam mana nak relakan hati untuk berhenti?

22:12 Unknown 0 Comments

Halu! 

Kita berjumpa lagi di episod terbaru. keching keching. So, topik hari ni ada berkait dengan topic sebelum ni. kira sambungan lah. Someone ask me about this?


Dia tanya, so macam mana relakan hati? ye lah , semua orang berusaha untuk dapatkan apa yang diorang nak. Of course la , diorang tak give up sebab they really really really want it. Tapi dah Tuhan kata itu bukan milik kau, takkan ada manusia pun boleh ubah keputusan tu. 

Ya, ok fine. Tapi hati aku ni sedih sebab tak dapat apa yang aku nak. aku usaha separuh mati, kau tau tak?

Ya ..ya. Aku faham. Tapi kau faham tak apa maksud REDHA? Kau faham tak step dia? Kau Usaha , Tawakal  & Redha . Sentiasa ingatkan diri kau dengan ayat cliche ni 'bukan semua yang kita nak, kita dapat ' . Macam aku katakan , mungkin apa yang kau nak , kau tak dapat sekarang. Tapi Tuhan simpan kan kau hikmah dan rezeki lagi besar dari ini. Sabar. 

Relakan hati kau untuk terima kekalahan dan kegagalan ,ya memang perlukan masa untuk kau move on dari kekecewaan tu. Tak kira lah , dari segi cinta, pelajaran , pekerjaan atau pertandingan. Sebelum kau sampai di stage 'merelakan' atau ' melepaskan dengan ikhlas' tu , kau kena guard diri kau dengan sejenis perangai yang bernama 'SABAR' . bonzer paling kuat.

Kau ingat kan lah diri kau berulang-ulang kali untuk bersabar. Bila kau dah penat sabar , kau dah penat nak fikir. Bila kau dah penat nak fikir , kau pun dah tak kisah . Bila kau dah tak kisah , kau dah rela dengan semua benda yang terjadi dan lama-kelamaan kau dah senang untuk melupakan.

Ingat Sabar dan masa adalah best friend. Kau cuma perlu jadi kuat ,sangat kuat untuk bersabar , bila tiba masa yang tepat , kau tetap akan mampu relakan hati kau. percayalah, cepat atau lambat , memang kau akan sampai ke tahap tu. 

0 comments:

Self motivation

Berhenti Bila Penat, jangan Berundur sebelum mencuba

18:10 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum & Hai!

Sorry lama sikit tak update. I have been so busy lately with work & weddings. Attending friends & Family wedding ofcourse .huhu.  Aku sebenarnya tak lah sibuk sangat sangatt , cuma banyak kerja & aktiviti sikit. So, aku terfikir topik apa aku nak membebel untuk kali ni. Here it's goes! Don't give up!
Jangan putus asa? Sampai bila? Sampai kau penat.

Ok, aku sebenarnya jenis keep trying to get what I want & what I love. Bila aku nak, aku nak dapatkan sedaya upaya. Tapi hidup ni bukan semua kita boleh dapat kan?  Tetapi macam mana nak tahu kita boleh dapat atau tak kalau kita tak mencuba?


Some goes to job application, study application , things that you want to buy or maybe fight for your love life. Whatever it is , even you know you have a high chances that you will failed and not get what you hope. Tak salah kau usaha dapatkan apa yang kau nak ,dengan apa cara semampu kau sehingga kau penat. 


Of course , kadang-kadang bila kau tetap mencuba even kau tahu keputusan yang akan keluar agak mustahil untuk terjadi seperti yang kau harapkan, orang akan labelkan kau seorang yang ' desprate' . Remember , everyone is desperate for a perfect ending. You're actually desparete in a good way as long as you doing it in positive way. Contoh , kau buat permohonan UPU then permohonan kau gagal. Tak salah ,kau jadi desperate klik portal rayuan , go to  Hal Ehwal pelajar atau cuba berurusan dengan pegawai pengambilan pelajar. Try it in every way, who knows nasib berpihak dengan kau atas usaha yang kau bagi. Letakkan ego kau tu di belakang, kalau kau rasa benda tu adalah yang terbaik untuk masa depan kau.



Aku pun sejenis manusia yang tebal muka untuk usaha apa yang aku mahu kalau aku yakin itu adalah yang terbaik untuk masa depan aku, dan aku yakin itu terbaik untuk aku. Let's get it straight , aku gagal dalam permohonan diploma. Kalau aku tak buat rayuan, aku takkan berada di tempat aku sekarang , as a bachelor holder soon.


Tak salah,bila kau gagal sekarang tak semestinya kau berputus asa dan berundur. Kau gagal sekarang , bermakna kau perlu tingkatkan usaha kau, bukan berhenti berusaha.Even  at the end, nasib tak berpihak dengan kau ,sekurang-kurangnya kau puas berusaha sedaya upaya kau, tak kurang sikit pun usaha kau bagi ,kau tetap akan puas hati. Kau takkan menyesal apa-apa dari berusaha , kau takkan rugi apa-apa kalau tak putus asa. Yang buat kau menyesal adalah ,kau tak buat apa yang sepatutnya kau buat. Masa tak boleh undur balik, elakkan dari 1 masa nanti kau katakan pada diri kau 'kalaulah aku tak putus asa dengan cepat dan usaha lagi sikit' . 

Orang yang kuat ada adalah orang yang berusaha, orang yang berjaya adalah orang cuba sebaik mungkin dan tak berundur selagi belum di akhir garisan. Usaha sampati penat , jangan putus asa sebelum mencuba. Berkat usaha dan sabar kau, akan Tuhan balas double. Insha allah.


0 comments:

Fact about me

Kalau dah rezeki,takkan kemana

12:27 Unknown 2 Comments

Assalamualaikum & Hai!

Bosanlah kan asyik-asyik topik berat-berat, topik serius & topik tips. hari ni aku nak cerita yang fun sikit. 

So! Mungkin topik ni dekat dengan kawan-kawan yang tengah cari tempat praktikal atau dengan kata lain latihan industri. Mestilah , aku dulu dari diploma berangan-angan bilalah sampai masa aku dapat praktikal ni. Sedihnya, masa aku diploma dulu kos aku takda praktikal. Dijadikan cerita, masa aku ijazah barulah ada latihan industri.

Semestinya lah, kau angan-angan nak jadi budak internship di syarikat besar, company yang famous dan ELAUN yang tinggi. kan? kan? kan?? macam tu lah aku dan kawan-kawan aku yang lain . Tapi bila tiba masanya lecturer kau kata kau dah boleh memohon internship. Memohon tu bukan satu benda yang kacang. Kau minta kau dapat. TIDAK! 

UiTM agak terkenal dengan peraturan yang agak ketat. ya, aku study di UiTM, dari diploma hingga ke ijazah. Insha allah , kalau ada rezeki dan jodoh aku ambil master di UiTM juga. Kalau UiTM nak kan aku lah. he he he. Untuk kos aku, kami cuma dibenar memohon DUA tempat sahaja. so , kalau 1 tak dapat, kau ada backup plan la.

So, aku memohon lah di dua tempat yang bagi aku agak dekat dengan rumah dan ya, company yang terkenal. Aku memohon di MAS & BSN. Guess what? aku seorang yang malang, permohonan aku kedua-duanya di tolak. Bodohnya aku apply internship masa MAS buat pembuangan pekerja. HA HA! belajar tak 4flat, ada hati nak apply BSN siap apply kat HQ.  Advisor aku pun benarkan aku memohon 1 lagi tempat, jadi aku masih lagi high demand, aku memohon di Sutera Harbour, Hotel ternama di Kota Kinabalu. Aku faculty Business Administration (Marketing) of course bekerja dalam office. Tapi aku masih tak bernasib baik, permohonan gagal. 

TIGA KALI aku gagal, aku naik panik dan Advisor kata aku cuma 1 lagi peluang terakhir untuk memohon. Advisor aku agak strict , jadi cuak jugak la. At the end aku redha, aku give up tapi masih mencuba. Aku dah tak kisah berapa elaun, aku tak kisah company apa. Kecuali, company tempat ayah aku kerja. he he he. Sebab aku tak nak di layan baik sebab 'owh ,dia anak si polan' ,mana-mana orang akan tanya 'kau anak si polan kan?' . It's awkward , aku taknak keistimewaan tu. 

Akhirnya , aku teringat kawan aku ada sebut 'Rumah kau dengan Kepayan kan? ada 1 company nama SEDIA , sana siap ada elaun lagi maybe dalam RM200-300 , dekat dengan tempat tinggal kau' Masa tu aku tak kisah dah dengan elaun tu, takda elaun pun takpa asal aku dapat tempat. Dah desprate sangat ,balik-balik kena reject. I have no clue where is the company is, what type of company are they, I don't have any single knowledge about the company. At the end, aku riding solo apply kat sana, Alhamdullilah, aku diterima.

Suprisingly , only on my first day internship aku baru tahu elaun internship rupanya lebih sikit dari yang diberitahu oleh kawan aku. Nampak tak rezeki tu? rupanya SEDIA adalah singkatan bagi Sabah Economic Development and Investment Authority. Senang cerita pembangunan Sabah lah. It's a half government company.

Apa yang aku harapkan bila dapat kerja, semua disana. Aku dari dulu harap yang aku dapat kerja yang banyak aktiviti atau outstation. Aku tak suka sampai pencen duduk dalam office. Bila aku diletakkan di Administration department lagi lah aku fikir, ' ok, duduk dalam office selamanya, fine..' nope, we are going to Keningau, Kimanis, go here and there. It's really tiring, seriously dengan kadang-kadang balik malam.But it's really fun and satisfying. 

Kerja Malam hoi. memang senyum keras sikit. he he.

Dengan all officemate are majority perempuan , jadi aku lagi selesa bekerja. Semua pekerja sana are very nice & friendly. Apa yang aku paling suka, diorang tak layan student internship ni macam student atau budak, tapi diorang layan kau as a potential person yang boleh diserap di company tu , even kau tak da rezeki di company tu , diorang bagi semampu ilmu yang diorang boleh bagi untuk kau mudah bekerja selepas tu. Ya, aku sangat bersyukur sebab apa yang jadi ada hikmahnya.


1 lagi aku nak bagitahu , akak-akak yang kerja sini cantik -cantik ok!
My point is kadang-kadang yang kita impikan tu bukan rezeki kita. Tapi ada rezeki lagi besar untuk kita yang Tuhan simpankan untuk kita. Yang penting kita jangan mudah mengalah, sebab rezeki tu ada dimana-mana dan tak disangka-sangka. So, aku dah selesai 6 bulan praktikal di SEDIA ,dan extending 6 month more that will end in this end of May so the total will be 1 year internship. ha ha. I still love this job btw. Kalau ada jodoh dengan SEDIA lagi lepas ni , aku masih sedia juga untuk berkhidmat. Selagi ada  rezeki Inshaallah. 

Ni plak, suprise birthday cake untuk aku dari akak-akak office. Sweet sangat!

Hah, ni antara kawan internship aku. Doakan jodoh kami kuat dengan SEDIA. hik hik.


2 comments:

Self motivation

How to deal with someone that secretly provoke you?

21:53 Unknown 0 Comments

Hello & Assalamualaikum!

How to deal with someone that secretly provoke you? atau dalam pemahaman yang mudah , bagaimana nak hadap dengan orang yang provoke kau secara halus sampai buat kau rasa nak mengamuk. But then, kau tahu bila kau mengamuk automatically all the blame will be put on you. Sebab, orang yang provoke tu akan cakap 

'aku tak tahu apa-apa, dia tiba-tiba meroyan' 

'post tu bukan untuk kau' 

'aku tak maksud kan kau, tapi kenapa kau terasa?'

'aku tak mention sesiapa pun, it could be for anyone else'

See, kau checkmate, umpama kau berperang tanpa senjata , even kau 100% tahu dia salah dan niat kau cuma untuk defend diri kau sendiri but failed. Everyone think you are the one who start the drama. 



Dia tahu apa yang boleh buat kau sakit hati dan marah. Tapi orang tak tahu benda tu buat kau marah. Kecuali kau dan dia. So, bila kau marah. Orang luar tak nampak sebab kenapa kau perlu marah, because they don't know. It's hard ,right? Kau rasa macam kau nak datang tepat depan muka dia dan tumbuk dia. Ambil kunci kereta, bawa kereta dengan kelajuan 140km/h dan langgar dia sebelum membiak. Tapi apa kan daya, kita pun insan lemah yang cuma mampu berkata-kata hebat. hahaha.

So, disebabkan kau dah terasa yang kau capai tahap fikiran dewasa kau. Kau pilih untuk berdiam diri dan bersabar. Katanya , ' biar orang buat kita, jangan kita buat orang' . Tapi mungkin kau terkena dengan orang yang tambah pijak kepala kau, bila kau bersabar umpama kau tak boleh bertukar jadi naga. Jadi apa nak buat?



Teruskan berdiam diri. Aku tahu, dah lebih 3 kali kau rasa nak tengking depan muka dia. Aku tahu betapa marahnya kau ,sakit hati nya kau. Dan kau berkali-kali fikir macam mana untuk buat dia rasa sakit hati , sama macam dia buat kau. Tapi, jangan buat keputusan ketika kau marah. Tanya pendapat kawan-kawan kau, tanya pendapat orang yang faham dengan situasi ko. Most of them will advice to stay silent & patience. Supaya kau tak menyesal dengan perbuatan kau sendiri.


Invisible kan dia dari hidup kau. Memang kau nampak apa dia buat ,memang kau rasa benda tu ditujukan untuk kau sakit hati. Tapi kau buat-buat buta, kau teruskan kegembiraan kau ,walaupun kau sakit hati sebab kau rasa dia sengaja sakitkan hati kau. Tak perlu respon dengan perbuatan dia, sebab bila orang provoke kita, dia memang mengharap kau marah ,itu yang dia mahu. Jadi biar kan, ignore umpama itu bukan untuk kau. Apa yang dia buat, biarkan. Jangan kau luangkan masa untuk bagi reaksi dengan perbuatan dia. Tak berbaloi. End up, orang akan pusing kesalahan kau juga. Protect yourself.


Be Selfish in positive way. Fikir pasal diri kau, fokus dengan diri kau. Ingat! Jangan biar orang negatif halang kau dari bahagia dan kuat. Ketepikan diorang, macam mana diorang ketepikan perasaan kau. Lupakan, lama-kelamaan diorang akan penat. Jangan biar orang yang negatif ganggu emosi kau. It's actually mentally abusive , don't let them win. Keep focusing on you & you're much more stronger because silent speak louder than words & the best revenge is by showing that their attitude won't stop you from being genuinely happy.  Bersuara bila perlu & pastikan kau cukup kuat jangan biar orang jatuhkan emosi kau.


One of my evil but good guy friend told me that,

'Hujungnya, Sudah-sudah lah. Pedulilah, Biarkan dia nak kata apa & buat apa. 
Yang penting hidup mu.'

0 comments: