travel journey,

Travel Journey (Part 3) : Pulau Langkawi

17:39 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum and Hai!

So selepas dari cerita travel Journey Part 1 dan Part 2 , Ini adalah part 3 cerita tentang keseluruhan percutian di Langkawi (3 hari 2 malam. Kalau korang nak tahu macam mana nak datang ke Langkawi menggunakan feri korang boleh baca di sini .

Since kami bercuti sekeluarga, kami decide untuk sewa kereta jalan-jalan di Langkawi. Masih menggunakan kaedah yang sama iaitu booking online hotel melalui booking.com .Disini kami ada buat kesilapan sedikit. haha. ye lah, ayah pernah pergi Langkawi pun masa dia masih study kat Perak (kahwin pun belum masa tu) aku dah umur 24, bayangkan lahhh berapa tahun yang lalu. Mama pulak, last ke Langkawi waktu aku sekolah rendah.

Jadi , booked hotel setakat tengok gambar apa yang ada di booking.com jer lah. Tup tup, bila dah sampai sana hotel indah khabar dari rupa. Rupanya hotel tu adalah hotel kerajaan. Aku dah lupa nama hotel tu , tapi sebenarnya hotel tu tak lah teruk sangat. Bersih memang bersih, Cuma persekitaran tu, agak rasa tak selamat lah. Mula-mula plan malam kedua pindah hotel. Tapi dah malas nak angkut barang, redha jer lah. lagipun tengok tempat tu kebanyakkan orang-orang yang ambil kursus tinggal kat sana. So, kalau korang nak cari hotel , cari hotel yang berdekatan dengan Pekan Kuah (di tengah bandar dan dekat dengan terminal Feri)


Hari pertama di Pulau Langkawi - Pantai Cenang , SkyCab & Beras Terbakar

Hari pertama , lepas check in rehat kejap lepas tu kami gerak mencari gerai makan. Hello, Perak & Kedah kalau bab makanan memang Superb! terutama untuk orang-orang yang suka makan pedas, this is your place. Heaven sangat dengan makanan-makanan kat sini. Ok, itu aku akan ceritakan lepas ni. 

Under Water World , Langkawi
Tempat pertama kami pergi ialah ke Under Waterworld ,Langkawi di Pantai Cenang. macam mana nak kesana? don't worry , kalau korang sewa kereta/motor map akan di sediakan. lagipun apa susah, sekarang kan teknologi dah maju, di handphone korang dah ada maps & GPS tak yah risau la, lagipun Pulau Langkawi tak buat sesat lah, sana sini tembus yang penting "RAJIN BACA SIGNBOARD & MAP" yes, aku capslock tu supaya korang rajin . 
 Lepas tu, Kami shopping chocolate sikit-sikit kat sana. TAKE NOTE : kalau nak beli chocolate, silalah beli kat Pantai Cenang, atau Zoo Langkawi atau mana-mana. Elakkan dari beli kat Terminal Feri sebab harga sana jauh lebih mahal dari di tempai lain di Langkawi. Masa tu kami expect di terminal harga chocolate akan lebih murah ,so kami cuma beli sikit kat tempat lain.bila dah nak balik, sekali tengok harga chocolate kat terminal sangat jauh tinggi dari tempat lain. Sesal tak sudah. 

Selepas dari under waterworld, kami pergi ke Langkawi Cable Car & Sky Bridge . Siapa tak datang , memang rugi. dan kalau nak datang , sila datang tengahari.rugi kalau datang petang , kat sana ada banyak aktiviti (of course tempat bergambar cantik-cantik) . Masa kitorang pergim dah petang, bila dah sampai sana, kami direct naik cable car & pergi Sky brigde. Bila dah turun , kedai-kedai kat bawah dah tutup. huhu. 
See, kalau korang ada banyak masa korang boleh naik beskal round-round kat sini
Harga Tiket untuk Cable Car(Basic Package) :

Mykad Holder : Adult (RM30.00) ,Children 2-11 Years Old (RM22.00)

Harga tiket juga ada disediakan dalam combo package A,B,C,D which is harga combo untuk fees entrance Cable Car + Skydome + Skyrex + 6D cinema/F1 Simulator/3D art museum . Tapi bagi aku, tak perlu kot. Sebab benda tu ada kat tempat lain jugak. Tapi kalau korang nak juga, tak salah. takda yang larang pun ,duit sendiri kan. haha. 

antara background kawasan bawah cable car
Skycab pulak kalau taknak naik yang basic gondola, korang boleh pilih yang Private , VIP or Glass Gondola . glass gondola of course lah yang transparent glass kat lantai. Kalau korang tak gayat cuba lah RM95/person . Untuk harga package lain-lain korang boleh tengok kat ---> Ticket Price

Owh ya,bila dah naik cable car, Confirm korang round-round kat Sky brigde. Cable car ni akan berhenti 2 tempat. 1st pitstop korang boleh pilih nak turun atau tak. kat sana korang boleh tengok pemandangan. 2nd pitstop pun sama, 2nd pitstop ialah puncak dimana letaknya sky bridge. Korang jangan ingat harga tiket tu sekali dengan entrance fees ke Skybridge. 

Skybridge guys!
Takda maknanya, dah kat atas kalau korang nak lalu kat skybridge ada entrance fees lagi kat sana. Korang boleh pilih antara nak naik ikut sky lift (aku dah lupa nama benda tu, tapi rupa macam lift la) atau korang nak naik turun tangga. TRUST ME, kau takkan larat naik tangga lepas korang jalan kat skybridge tu. 

Skybridge entrance Fees :
Using Lift : RM15/person
Tangga : RM5/Person

P/s : aku tak pasti lah betul atau tak harga ni sebab aku dah lupa. tapi agaknya harga tu around that lah. lagipun it worth the money tho. Korang dah penat-penat naik atas, rugi tak masuk skybridge.
(nampak tak marketing tu kat sana. ngehehe)

Entrance!
Lepas puas kat sana, kami bergerak mencari lokasi Beras Terbakar. Unfortunely, beras terbakar dah tutup. Tapak dan rumah masih ada, cuma beras terbakarnya cuma tinggal sisa. huhu. So, kami cuma makan di sana, sebab waktu tu dah petang jadi banyak lah gerai-gerai buka.

Waktu malamnya,kami cuma pergi makan di Restoran Jai Seafood & Western. Masa ni aku cuma google best restaurant in Pekan Kuah, dan restoran ni one of it. Senang, kalau korang first time kat tempat tu then korang tak tahu nak makan mana, you just google it and lepas tu search for direction. Come on, masa ni lah korang gunakan kemahiran google korang instead of stalking people. hahaha.


Hari Kedua - 
Pantai Cenang (again) , Makam Mahsuri ,Galeri Perdana & Langkawi Wildlife Park

First, misi pertama kami hari ni mencari tempat menjual Gamat /minyak Gamat. Siapa pergi Langkawi tak beli semua tu rugi lah, ye lah kalau tak pakai untuk ko at least ko rembat la sikit untuk ole-ole yang disana. hehe. Memandangkan kami nak ke Makam Mahsuri ,kami pergi ke kedai borong Gamat di Kedai Nasuntara. Minyak Gamat kat Sana Murah gila! RM10 untuk 12botol ada. Ada yang RM5 untuk 12 botol. Korang kena pandai cari tempat lah. Cream Gamat,Losyen Gamat, semua ada.

Lepas siap borong, kami bergerak ke Makam Mahsuri. Harga Tiket masuk seperti berikut :
Warganegara dengan Mykad
Dewasa : RM7
Kanak-kanak : RM3.50
Pelancong Asing
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM7
Telaga Mahsuri

Banyak lagi rumah-rumah kat sini

Belakang tu pulak makam Mahsuri

Lepas Ke Makam Mahsuri kami singgah kat Galeri Perdana, Kat sini kami cuma tengok dari luar. Tak masuk pun. Lepas tu kami singgah kat Ayer Hangat Village. Aku tak banyak cerita kat sini,sebab tak masuk pun. hahaha. 

Ayer Hangat
Selepas tu, Kami ke WildLife Park. Mulanya, kami plan nak ke Taman Ular ,Langkawi rupanya dah tutup yang ada hutan belantara(tapi kalau nak juga tengok ular  rasanya ada kot dalam hutan tu,tak payah bayar pun haha) . Mula-mula, kami berfikir nak masuk atau tak ke wildlife park ni sebab ya lah, Zoo, dalam bayangan macam zoo biasa kita cuma jalan-jalan dan tengok dari jauh.  rupanyaa...

nampak takkk!

so cute right!!
Tapi bila dah masuk serius sangat best, sebab kita boleh bagi makan kat binatang-binatang kat dalam tu.kau yang tua ni pun teruja bagi makan kat haiwan semua.

Harga Tiket :
Warganegara dengan Mykad
Dewasa — RM18
Kanak-kanak — RM12
Pelancong Asing
Dewasa — RM36
Kanak-kanak — RM20
(Korang Boleh beli online ticket kalau nak murah sikit)
Jinak sangat!
Food Bag for Animal -RM5-6/bag

Selesai semua , kami nak ke Cenang balik, sebab ada seluar cantik yang mama & aku nak beli. hehehe. Semalam tak puas lagi shopping. Lepas tu alang-alang dah kat sana, kami belum nampak lagi pantainya kat mana. huhu. mula-mula aku taknak, sebab waktu tu panas gila dah tak sanggup nak bejalan tapi dah alang-alang sampai Pantai cenang takkan tak tengok pantai, kan?


SERIOUSLY pantai ni sangat CANTIK! 1 penyesalan aku x sempat begambar kat sini.huhu.

Malam kedua kami kat sana, kami terjah ke pasar malam. Owh sebelum terlupa setiap pasar malam ada hari jadual. Jadual nya kat sini. Please,datang ke pasar malam sebab korang akan menyesal kalau tak beli makanan-makanan sana.

BilPasar malam/UptownLokasiHari & Waktu operasi
1Pasar malam Ulu Melaka
Ulu Melaka, Jalan Padang Matsirat
05000, Langkawi, Kedah
Isnin
6 p.m-10 p.m
2Pasar malam Padang MatsiratTempat Letak Kereta Beras Terbakar, Padang Matsirat,
Ahad
6 p.m-10 p.m
3Pasar malam Air HangatBerdekatan Bulatan Simpang 4, Ayer Hangat.
Jumaat
6 p.m-10 p.m
4Pasar Malam Padang WahidSimpang Tiga Dimat / Padang Wahid
Selasa
6 p.m-10 p.m
5Pasar Malam KuahDepan Hotel Baron, Kuah
Sabtu & Rabu
6 p.m-10 p.m

Done part 3, topik kali ni banyak gambar kan? haha. Aku tak tahu nak explain macam mana, jadi harap korang nampak gambar tu korang eksaitedd lah sikit nak pergi. hehe.  See you on Part 4! Perjalanan yang tak plan iaitu ke Padang Besar.  ---->Part 4

You Might Also Like

0 comments: