Fact about me

Kalau dah rezeki,takkan kemana

12:27 Unknown 2 Comments

Assalamualaikum & Hai!

Bosanlah kan asyik-asyik topik berat-berat, topik serius & topik tips. hari ni aku nak cerita yang fun sikit. 

So! Mungkin topik ni dekat dengan kawan-kawan yang tengah cari tempat praktikal atau dengan kata lain latihan industri. Mestilah , aku dulu dari diploma berangan-angan bilalah sampai masa aku dapat praktikal ni. Sedihnya, masa aku diploma dulu kos aku takda praktikal. Dijadikan cerita, masa aku ijazah barulah ada latihan industri.

Semestinya lah, kau angan-angan nak jadi budak internship di syarikat besar, company yang famous dan ELAUN yang tinggi. kan? kan? kan?? macam tu lah aku dan kawan-kawan aku yang lain . Tapi bila tiba masanya lecturer kau kata kau dah boleh memohon internship. Memohon tu bukan satu benda yang kacang. Kau minta kau dapat. TIDAK! 

UiTM agak terkenal dengan peraturan yang agak ketat. ya, aku study di UiTM, dari diploma hingga ke ijazah. Insha allah , kalau ada rezeki dan jodoh aku ambil master di UiTM juga. Kalau UiTM nak kan aku lah. he he he. Untuk kos aku, kami cuma dibenar memohon DUA tempat sahaja. so , kalau 1 tak dapat, kau ada backup plan la.

So, aku memohon lah di dua tempat yang bagi aku agak dekat dengan rumah dan ya, company yang terkenal. Aku memohon di MAS & BSN. Guess what? aku seorang yang malang, permohonan aku kedua-duanya di tolak. Bodohnya aku apply internship masa MAS buat pembuangan pekerja. HA HA! belajar tak 4flat, ada hati nak apply BSN siap apply kat HQ.  Advisor aku pun benarkan aku memohon 1 lagi tempat, jadi aku masih lagi high demand, aku memohon di Sutera Harbour, Hotel ternama di Kota Kinabalu. Aku faculty Business Administration (Marketing) of course bekerja dalam office. Tapi aku masih tak bernasib baik, permohonan gagal. 

TIGA KALI aku gagal, aku naik panik dan Advisor kata aku cuma 1 lagi peluang terakhir untuk memohon. Advisor aku agak strict , jadi cuak jugak la. At the end aku redha, aku give up tapi masih mencuba. Aku dah tak kisah berapa elaun, aku tak kisah company apa. Kecuali, company tempat ayah aku kerja. he he he. Sebab aku tak nak di layan baik sebab 'owh ,dia anak si polan' ,mana-mana orang akan tanya 'kau anak si polan kan?' . It's awkward , aku taknak keistimewaan tu. 

Akhirnya , aku teringat kawan aku ada sebut 'Rumah kau dengan Kepayan kan? ada 1 company nama SEDIA , sana siap ada elaun lagi maybe dalam RM200-300 , dekat dengan tempat tinggal kau' Masa tu aku tak kisah dah dengan elaun tu, takda elaun pun takpa asal aku dapat tempat. Dah desprate sangat ,balik-balik kena reject. I have no clue where is the company is, what type of company are they, I don't have any single knowledge about the company. At the end, aku riding solo apply kat sana, Alhamdullilah, aku diterima.

Suprisingly , only on my first day internship aku baru tahu elaun internship rupanya lebih sikit dari yang diberitahu oleh kawan aku. Nampak tak rezeki tu? rupanya SEDIA adalah singkatan bagi Sabah Economic Development and Investment Authority. Senang cerita pembangunan Sabah lah. It's a half government company.

Apa yang aku harapkan bila dapat kerja, semua disana. Aku dari dulu harap yang aku dapat kerja yang banyak aktiviti atau outstation. Aku tak suka sampai pencen duduk dalam office. Bila aku diletakkan di Administration department lagi lah aku fikir, ' ok, duduk dalam office selamanya, fine..' nope, we are going to Keningau, Kimanis, go here and there. It's really tiring, seriously dengan kadang-kadang balik malam.But it's really fun and satisfying. 

Kerja Malam hoi. memang senyum keras sikit. he he.

Dengan all officemate are majority perempuan , jadi aku lagi selesa bekerja. Semua pekerja sana are very nice & friendly. Apa yang aku paling suka, diorang tak layan student internship ni macam student atau budak, tapi diorang layan kau as a potential person yang boleh diserap di company tu , even kau tak da rezeki di company tu , diorang bagi semampu ilmu yang diorang boleh bagi untuk kau mudah bekerja selepas tu. Ya, aku sangat bersyukur sebab apa yang jadi ada hikmahnya.


1 lagi aku nak bagitahu , akak-akak yang kerja sini cantik -cantik ok!
My point is kadang-kadang yang kita impikan tu bukan rezeki kita. Tapi ada rezeki lagi besar untuk kita yang Tuhan simpankan untuk kita. Yang penting kita jangan mudah mengalah, sebab rezeki tu ada dimana-mana dan tak disangka-sangka. So, aku dah selesai 6 bulan praktikal di SEDIA ,dan extending 6 month more that will end in this end of May so the total will be 1 year internship. ha ha. I still love this job btw. Kalau ada jodoh dengan SEDIA lagi lepas ni , aku masih sedia juga untuk berkhidmat. Selagi ada  rezeki Inshaallah. 

Ni plak, suprise birthday cake untuk aku dari akak-akak office. Sweet sangat!

Hah, ni antara kawan internship aku. Doakan jodoh kami kuat dengan SEDIA. hik hik.


You Might Also Like

2 comments:

  1. Ok, seronok membacanya,isu kandungan senang nak faham, teruskanlah yer

    ReplyDelete
  2. sis macamana apply di sana?

    ReplyDelete