lifestyle

How to be beautiful?

21:08 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum & Halu semua!

Ok post ni bukan la mengatakan aku ni cantik atau 'ok aku cantik, jadi hari ni aku nak share kecantikkan dengan korang!' wek. muntah. Aku sendiri belum rasa aku cukup cantik. TAPI kita boleh kearah cantik , kan? Semua perempuan cantik, tak ada yang tak cantik. I know it's sound cliche , but that's the truth. Aku masih ingat, masa aku diploma dulu masa tu aku semester 1. Ada seorang kawan lelaki aku pernah cakap dengan aku , 'kau mahu tahu, perempuan ni tak ada yang tak makin cantik. Setiap semester atau setiap tahun perempuan ni sentiasa bertambah cantik' but we don't realized it untill we looked back on our old pictures. haha. 

Salah satu punca utama yang boleh membunuh kecantikkan di diri kita iaitu INSECURITIES. Yes, insecurities is the worst enemy for beauty. Trust me. I have been there , it even can kill your personality & attractiveness.  So, aku pun rasa nak share beberapa tips yang aku rasa berkesan , dan aku harap tips ni boleh membantu korang. Muah!

1) Ringan mulut memuji
Bukan lah kalau kau puji semua perempuan ,tiba-tiba kau cantik. Tapi kalau dia betul cantik, tak perlulah kau cari buruk dia. Tak perlulah kau eww pemakaian dia. Pakaian tak melambangkan peribadi. Kita, perempuan ni memang cepat cemburu even 5% itu dikira cemburu. Kalau kau rasa jealous dengan kecantikkan dia apa kata kau ubah ayat kau dari "ish,perasan cantik! kau ingat kau cantik??" kepada "I like your outfit & makeup". Kalau kau nak maju, kau maju dengan berusaha sendiri, bukan dengan menjatuhkan orang lain. Same goes to this.

2) Be Brave

Benda ni aku selalu ingatkan kawan-kawan aku & family aku. berani! Kita ni sebenarnya malu nampak lain dari yang lain. Malu nak nampak menyerlah. Katanya , biar la biasa-biasa saja. Kau cuma berani guna pakaian warna gelap. Kau tak berani guna warna lain sebab kau rasa nanti kau akan jadi macam badut? Kau tak berani guna lipstick warna terang sikit sebab kau rasa nanti macam bibir berjalan. orangnya tertinggal di belakang. No.  As long as people see it match with you, it will be okay. Just be confident with yourself, if you feel beautiful, people will see you are beautiful. Memang mula-mula kau akan rasa pelik, seumur hidup tak pernah pakai gincu, tiba-tiba pakai gincu. memang rasa lain. Tapi percayalah itu cuma perasaan di permulaan jam.

3) Be confident to stand alone


Ok, untuk cantik dan rasa cantik bukan sahaja kena jaga luaran diri kita. Tapi juga dalaman diri kita. That's everybody talking about and it is the fact. Insecurities berpunca dari dalam hati dan fikiran kita. Cara paling utama untuk yakin ,ialah berani bergerak solo. Aku tak maksudkan kau tak perlu kawan atau kau tak perlukan sesiapa untuk teman & ceriakan hidup kau. Tapi bila kawan-kawan kau tak ada, adakah kau boleh hidup, adakah kau rasa lost? So, kau kena biasakan diri kau ,kau boleh hidup dimana-mana situasi pun, even kau kena berjalan sendiri tanpa teman. mungkin kawan kau masa tu tengah pergi dating, dan tak ada kawan yang boleh temankan kau pergi cafe beli makanan dan kau sanggup tak makan. zzz. 

Mungkin juga kau berjumpa dengan kawan yang opposite personality dari kau. Kau kena belajar bergaul,even kau malu-malu at least kau kena bergaul. ada beza antara malu dengan sombong ye kawan.A good personality can also make you beautiful.

4) Never ever make what man want as priority


The boy that you loved like you to wear shorts even you don't like it. The person that you loved like you when you cut your hair short. But when you did, they still flirt with other girls who have a long hair & wearing long pants. Dan aku pulak tanpa sedar, berspeaking english dengan korang sebab aku marah sorang-sorang. haha! Kalau diorang boleh terima setiap inci rupa kau masa diorang ngorat kau dulu, ertinya diorang boleh terima kau sekarang. Kau pulak, jangan pernah malas untuk berlawa-lawa. Ingat, diorang nak kau dulu sebab kau ada keyakinan diri, kau berdikari dan kau tak perlukan lelaki untuk buat kau gembira dan cantik. Never lost yourself for another men, pasangan kau adalah tempat kau share kegembiraan kau, bukan untuk buat kau gembiar dan tanpa dia kau mati. No. that kind of attitude making you ugly & not attractive.

5) Fight with yourself

Kalau kau rasa kau ada negative attitude, ubah. Kalau kau rasa rambut kau tak cantik, ubah. Kalau kau rasa badan kau tak cantik, work out dan try new things. Kita sebenarnya kena lawan dengan diri kita sendiri sebab semula jadinya kita ni seorang manusia yang pemalas. Pemalas untuk berubah, terutamanya untuk bersenam. (ehem ehem..aku yang menaip aku plak yang terasa.) Jadi kau kena cuba, sekali pun tak apa, sikit pun tak apa. sekurang-kurangnya kita mencuba. Bukan cuma tahu merungut dan bagi alasan.

 Aku ada seorang kawan, aku tahu dia akan baca ni. Dia memang kurang yakin berat badan ataupun bentuk badan dia. sampaikan dia tak minat shopping baju. Lepas tu, dia workout ,dia diet. She's doing it so hard and never give up. Sekarang, dia dah tambah cantik. Dari dulu dia memang cantik pun, tapi dia ada kata dia nak kurus. Bukan lah kurus macam victoria secret tu , tapi dia nak sihat. Dia nak dapat berat badan yang ideal untuk BMI dia. Suprisingly now , 3 guys chasing her like crazy. kesimpulannya, love yourself first & kalau kau syg diri kau & orang lain pun akan sayang kau juga.

6) Never forget GOD


Sentiasa bersyukur dan jangan pernah berhenti berdoa.Jangan pernah tinggi diri. Buat apa cantik rupa , kalau hati tak tenang. Jadi serajin-rajin kau jaga diri kau , kau pun kena paksa juga diri kau untuk jaga hubungan dengan Tuhan. Kunci utama untuk kau tenang dan kuat ialah SOLAT.  Kalau Kau ingat Tuhan, semuanya akan jadi lebih mudah untuk kau.Ingat, jangan pernah kau lupa Tuhan , nanti kau terduduk baru tahu!

0 comments:

Fact about me

Cincin di jari manis bermaksud sudah bertunang/kahwin?

19:31 Unknown 1 Comments

Assalamualaikum & Hai Semua!


Biasanya kalau bertunang atau bernikah , cincin emas dijadikan tanda untuk menunjukkan si perempuan tu legally berpunya. Kenapa aku cakap legally berpunya? sebab berpunya cuma atas dasar gf & bf itu illegally berpunya. Takda hitam putih & saksi secara sah. haha. Cincin merisik, cincin bertunang, cincin kahwin biasanya kita guna cincin emas. Tapi sekarang dah moden , mungkin ada yang minat dengan emas putih. 

So, nak diceritakan pasal cincin di jari manis ni. Aku pun pakai cincin. Lelaki ni sebenarnya kadang-kadang teliti juga , bukan pandang perempuan dari mata turun ke hati tapi dari mata direct tengok jari manis. Sebab mungkin malu nak bertanya dah di ambil orang atau tak curi-curi lah tengok jari dah bercincin atau belum. Faham-faham lah dik oi , kalau umur dah masuk 20an-30an ni bukannya boleh langgar ngorat perempuan kot kot nanti tetiba kena ambush oleh laki orang. Boleh perang C.O.C macam tu.

Orang yang baru kenal aku tak kira lelaki atau perempuan mesti akan tanya , 'kau sudah bertunang?' atau lebih polite lagi 'cincin tanda ka tu?'. Ada yang pernah lelaki tak berani nak begurau gedik dengan aku sebab dia ingat aku ni tunang orang. Selepas beberapa bulan kenal , dia beranikan diri tanya 'Liya, kau sudah bertunang?' & I looked at him with smile ' Nda lah!' (owh, 'nda' bermaksud TIDAK .). He laughed dan balik-balik cakap 'aku ingat Liya sudah bertunang!' .


Aku BELUM bertunang atau berkahwin & belum ada yang punya pun. Sebenarnya cincin ni Cincin tanda mama aku. Tak silap aku ini cincin tunang. Selepas aku dapat result SPM, aku kata dengan mama boleh tak aku beli cincin atau something aksesori emas sebagai kenangan yang aku dah habis SPM lah kononnya & mama aku bagi cincin tunang dia sebab cincin tu dah tak muat di jari dia. So, aku pakai lah sampai sekarang & aku takkan bagi orang pinjam cincin ni. haha. Pinjam setakat 5-10minit ok lah. Tapi kalau nak pinjam 1-2 hari. Sorry.

 Aku sangat suka benda-benda yang ada Sentimental Value ni. Bayangkan aku simpan semua hadiah & kad-kad yang dibagi oleh kawan-kawan dan cinta monyet ehem ehem sakit tekak plak. Looking at those gift make you smile & remember all those sweet memories.


1 comments:

Self motivation

Matang umur atau matang fikiran?

15:40 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum & Hai Semua!

Apa tu matang? 
1) Sudah cukup besar atau sudah cukup tua
2) Sudah banyak pengetahuan & pengalamannya ;
banyak mengetahui serta memahami sesuatu.

Wuu , Seriusnya topik hari ni. Mesti korang cakap 'eh, macam lah kau matang sangat ' ,aku  tak marah pun korang cakap macam tu sebab aku pun kata macam tu dengan diri sendiri 'kau belum layak cakap pasal matang weh, tapi lantaklah yang penting kau kena positif, mungkin apa yang kau tulis ni boleh dijadikan nasihat untuk diri kau sendiri satu hari nanti'  ngeh ngeh.

1) Matang Umur 
Sudah cukup besar atau sudah cukup tua. aku pun tah tahu mana yang besar. eh. Kalau lelaki , bila mak ayah kau dah nampak ko cukup besar masa tu lah diorang hantar kau pergi jumpa tok mudim. Tapi sekarang dah moden, campak je kau di hospital. hehe. Bila perempuan pulak, faham-fahamlah bulan tak selalunya penuh. haha. Selain tu, matang umur ni lain orang lain perspektif ada yang kata umur 20 baru matang, 30, 40 Bla bla. Itu matang umur.


2) Matang Fikiran
Ha, ini yang aku nak cerita. Bagi aku matang fikiran ni, bila kau matang dalam hadap situasi realiti hidup dengan kurang meroyan. Kita boleh jadi pandai, kita boleh jadi si bijak Dekan. Tapi bila in reality , kau keep rasa apabila pendapat atau lifestyle orang lain yang berbeza dengan kau , kau selalu bagi perspektif negatif, ertinya kau belum cukup memahami sesuatu. Ingat definisi matang di atas, 'Sudah banyak pengetahuan & pengalamannya ; banyak mengetahui serta memahami sesuatu.'  

Hidup kita ni penuh pengajaran. Di keliling kita ni semua ada pengajaran ,cuma tinggal kita letak handphone ke tepi, buka mata, buka hati, buka minda & cuba memahami. Contohnya, ada masa kita tak suka orang tanpa sebab yang kukuh, mungkin kita rasa dia menjauh dari kita, mungkin juga sebab cara hidup dia lain dengan kau & ,besar kemungkinan perangai & pendapat dia bercanggah dengan kau. mulalah kau kata 'aku bencilah dia' & semua yang dia buat semua buat kau sakit hati. Hmm, sama juga dengan yang bercinta tu. Bila bergaduh post sindir & sedih. I know , I've been there & done that. apa yang aku dapat cuma penyesalan & tambah mengeruhkan lagi keadaan.


Of course, mustahil lah kita tak termengumpat dan termengata. haha. kita pun manusia biasa, bab-bab dosa ni memang seronok lah terhasut syaitan. Tapi bila kita matang berfikir, showing at public how much we hate it isn't something to be proud of. Lebih baik, kau meluah dengan kawan paling rapat kau atau keluarga kau. Biar cerita tu terhenti disana.

Berfikiran matang ni sesuatu yang susah, sebab bila kau emosi tak stabil. Trust me, susah kau buat keputusan rasional. Jari ringan menaip, mulut ringan memaki. Kau rasa, bila kau hebahkan cerita ke semua orang  buat kau puas hati, yang buat rasa marah kau sampai kepada yang dituju. Tapi apa kau fikir selepas setahun. Malu. kau pun terfikir 'kenapalah aku buat macam tu,haha '


So, bila kau sudah befikiran sikit matang. kau akan penuhi otak kau dengan soalan , 'kalau aku buat mcm ni ok tak? ' , 'Salahkah kalau aku buat dia begini? tak memalukan?'  , Kau juga mula timbangkan sesuatu benda negatif terjadi tu dari sudut positif. . Kau berhati-hati membuat keputusan mengikut emosi. Kau mula mampu menahan marah, memilih untuk diam dan cuma mencari orang yang kau betul-betul percaya 200% untuk dijadikan tempat kau meluah , tempat kau menceritakan kemarahan & ketidakpuasan hati kau. Mula bertanggungjawab dengan apa keputusan kau buat. Sebab kau cuma mahu meluah ,bertanya pendapat & nasihat, kau juga berharap supaya cerita itu terhenti di lingkaran itu sahaja. Tidak tersebar oleh mulut yang bocor dan semua jadi ribut. So , berfikiran positiflah walaupun susah macam mana sekalipun.wink wink. ^_^

0 comments:

Cat Stories

Mama dah start suka kucing!

22:57 Unknown 0 Comments

Even mama tak minat kucing , mama yang beria-beria bawa aku beli barang-barang kucing , siap pilih cat carrier colour pink. Lepas Gegirl nampak sunyi, kami bawa kucing dari kampung & kami namakan 'Kicap'. Mula-mula diorang tak ngam , tapi bila seminggu lebih, manja bukan main.

Selepas beberapa bulan , kucing Zue (Boboy) mati sakit. huhu. Zue punya sedih & mama aku suggest bawa pergi SPCA KK. So kami pun pergi ,mama pun join sekali. Sampai disana kami terjumpa kucing nama Kingdom. Apa yang uniknya, kucing ni cuma ada 3 kaki. sebab dia pernah kemalangan masa dia mengandung, kaki hancur & anak dalam kandungan terpaksa dibuang. huhu.

Kingdom The King in the house

So,berbalik kepada Zue yang dia adopt 2 ekor anak kucing. aku dan mama terpikat dengan Kingdom. Lepas adopt Kingdom, mama aku siap ngaku 'ini kucing mama ok!' . Ada 1 malam , mama datang bilik aku & kata ' mama rasa mama start suka kucing lah (sambil gendong Kingdom dengan senyuman). Bermula dari sana , my mom is one of catlover. Setiap minggu adopt kucing dari SPCA, dan ada 1 masa untuk aku bela kucing cecah 20 lebih ekor dalam 1 masa. huh. 

Tapi malangnya, 6 ekor mati sebab virus kucing. Dalam masa beberapa hari, tiada sakit terus lemah.Tapi kami masih tak serik , serik sikitlah sebab dah mula slow adopt kucing. Dan sekarang kucing aku tinggal 18 ekor. (masih banyak erk?) 

Tapi walaupun kucing banyak ,ya kos penjagaan pun meningkat. Betullah kata orang Kucing ni pembawa rezeki. Walaupun ada masa sesak , tapi kami masih mampu. Dan betullah juga kata orang , pelihara binatang ni mengajar kau sejuta kesabaran . :)

Ini Queenie , one of 18 cats. Gambar semua kucing di lappy yang rosak.huhu.



0 comments:

Cat Stories

aku , mama & kucing

22:57 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum & Hai Semua!

Kucing. Aku sangat suka kucing dari aku kecil lagi. Dan dari aku kecil juga aku selalu pujuk mama aku untuk benarkan aku bela seekor kucing. Alasan mama aku sebab berbau, tahi kucing , berak merata & susah nak jaga. huhu. Tapi aku nak jugak , ada 1 masa aku harap hadiah hari jadi aku ialah kucing. End up , mama aku bawa pergi  Gaya Street, Kota Kinabalu dan belikan aku seekor arnab. Why mom? haha.

Tak silap a few times juga aku jaga arnab. Alasan mama , tahi arnab senang basuh. huhu. Sekali lagi ,bila tiba hari jadi aku dia belikan plak aku hamster. Yang penting berbulu dan bukan kucing. Every time I ask for a cat , alasan mama tetap sama & dia cakap dia tak minat kucing. Bila di kampung , mesti lah ada kucing. Mama dekat pun dengan kucing pun tak nak.

Bila aku di semester 5 diploma, mama kata mama benarkan aku bela kucing dengan syarat lepas habis diploma & aku kena fully responsible jaga kucing aku sebab mama aku tak mahu masuk campur pun. Tiba-tiba masa beberapa minggu sebelum study week semester 6 , aku ternampak post kawan aku di instagram acah-acah tanya siapa nak kucing dia. Of course lah aku pujuk dia bagi kucing tu dengan aku , masa pun kira nak habis diploma dah kira ngam timing lah ni. Lastly, kawan aku pun mengalah dengan kesungguhan & kedegilan aku memujuk. So , aku dengan bestfriend aku Zue decide ambil dua ekor. Seekor untuk aku & seekor untuk dia. Kami namakan Gegirl & Boboy.Kucing aku betina ,kucing Zue jantan. 

Nak diceritakan , masa tu aku dan Zue tinggal di dalam hostel. Mestilah korang tahu kan ,peraturan-peraturan hostel? haha. Aku dah tak sabar nak jaga kucing jadi aku decide ambil awal walaupun perjanjian sepatutnya aku ambil selepas aku final exam. ngeh. So, aku seludup lah dua ekor ni kedalam hostel. Bilik aku bilik berempat (maksudnya 4 orang dalam 1 bilik ) Nasib lah dapat roomate memang 1 kepala & sporting memang dah kenal lama. Selama almost 1 month aku dan Zue curi-curi jaga dua bulus ni di dalam bilik hostel. Bila habis final exam, masing-masing balik kerumah masing-masing,dengan kucing masing-masing (banyaknya masing-masing). 

Bila sampai rumah , mama masih endah tak endah dengan Gegirl.Tapi mama perasan Gegirl macam kehilangan. Ya lah , tiba-tiba takda kawan bermain. Mama aku suggest supaya ambil seekor kucing dari kampung untuk temankan gegirl. (wah, hint hint diterima ni)

You are awesome mom, love you!

0 comments:

Natural Beauty atau Makeup ?

12:55 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum & Hai Semua!

Natural Beauty atau makeup? Aku pernah jadi seorang yang malas bermakeup. Like for what? untuk buat lelaki pandang? I don't have time for that. Waktu aku diploma dulu , aku cuma pakai makeup untuk ke kelas & bila jalan-jalan.Tapi bila cuti semester 'NO MAKEUP MOOD ON!' Tapi korang tau apa yang selalu orang tanya aku , 'Lai, Kenapa kau pucat?' , 'Lai, Kau sihat?' & pernah sekali orang komen 'kau baru lepas beranak?'

Of course, bila kau tanya lelaki dia lebih prefer perempuan macam mana. Diorang akan kata diorang lebih suka perempuan yang simple, tak pakai makeup, bla bla bla. tapi belakang kau? semua gambar perempuan cantik bermakeup dia like. yang kau tak nampak? diorang tebalkan muka untuk private message perempuan tu untuk dapat attention. Ya, memang realitinya lelaki suka yang simple, tapi siapa tak suka & cair bila nampak yang cantik?

Action speak louder than words guys
Aku disini bukan untuk kata 'ok girls! bersiap & jom beli makeup!' NO! kau mesti pernah dengar lecturer or maybe bos kau kata 'please groom yourself , use makeup & use heel' Semua benda ni sepatutnya bukan kau buat untuk dapat perhatian lelaki. tapi untuk keyakinan diri kau sendiri. Too much makeup make you look FAKE , but without any makeup you look like you're sick. 


Makeup untuk kau nampak cantik, untuk kau rasa yakin & kurang kan insecure kau terhadap diri kau sendiri. Tapi jangan kau biar makeup itu priority untuk kau sampai kau rasa takut untuk keluar tanpa makeup, no no no. So, No matter what shaped your body like & what type of skin color you are. You are still beautiful as long as you confident with yourself & be brave. Love yourself more than anyone!

0 comments:

BUAT APA GUNA BLOG?

21:06 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum & Hello!

Selamat berkenalan semua! Hmm , ok mungkin ada yang akan kata ' Eh, kenapa buat blog?'  . Nak diceritakan , aku pernah ada blog sebelum ni. Ya, tahun 2008 masa tu blogspot.com ni kira hot stuff. haha. Aku minat dengan blog , buat blog bukan senang . Huh, complicated sungguh bermain dengan kod & HTML. Boleh jadi kau duduk depan laptop dari malam sampai ke pagi. Kau takkan puas hati selagi blog kau tak secantik yang kau idamkan. ngeh ngeh. 

'So, mana blog lama?' aku delete. Kenapa? blog aku di hacked. Salah aku sebab 'tinggalkan jejak' di blog orang & blog aku tak secure enough. Aku cuba sedaya upaya dapatkan balik blog aku , dari blog, email sampai ke Facebook akaun aku di hacked. Aku juga ada berhubung dengan Hacker. Yes, I am & akhirnya aku dapat balik akaun aku. Antara sebab aku delete , sebab privacy aku sudah diganggu. Kedua , terlalu banyak silap aku dalam berkata-kata & meluah disana. Budak belasan lah katakan. hehe.

Jadi, blog baru aku ini aku buat sebab aku sangat rindukan blog. Inshaallah, aku lebih berhati-hati & matang dalam menceritakan. Moga ada pengajaran & informasi yang positif kamu dapat! Amin.

0 comments: