Insecurities

10:16 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum dan Hai!

Every single human know that NO ONE IS PERFECT. Tapi terima atau tidak , percaya atau tidak , logik atau tidak setiap orang tak rasa diri dia sempurna. Even the beautiful miss world pun masih rasa diri dia belum perfect. "rasa diri macam bagus sangat" for me, ada orang yang rasa diri dia bagus ni mungkin dari segi attitude or achievement in life dia. Tapi susah nak cari manusia yang berpuas hati dengan fizikal dia. which is , badan lah. kan? 

You know what, cara paling senang untuk hilangkan keyakinan diri orang dengan kau hina kekurangan rupa atau fizikal dia. So, don't. Mungkin ko nampak orang tu dah perfect dah , ntah tang mana yang tak perfect aku pun tak tahu. Tapi mungkin dia rasa dia terlebih tinggi atau rendah. ntah lah. 

Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal jenis-jenis insecurity. Tapi aku nak cerita kepada jenis manusia yang rasa diri dia perfect, padahal dia sedar dia pun buruk. Mungkin dengan down kan rupa paras orang, boleh naikkan self-esteem dia. Who knows. Jealous atau tak puas hati? maybe. 

Jenis-jenis manusia yang kutuk rupa. Contohnya, " woi, ketiak kau hitam!" , " fuh, dah macam kaki gajah" , "telinga macam antena" , "hidung besar" , "mata lari alignment" . Did you know it hurt their feeling? mungkin boleh terima kot, kalau kau cakap depan-depan dia. even dia sakit hati , dia boleh lupa kan masa tu jugak. Tapi bila kau tegur di khalayak ramai, on FB comment or IG comment anywhere on social media. 

Weh, Kau ingat dia tak malu ? bukan dia je baca. Banyak friends and follower dia baca komen biadap kau. atau kau memang nak, semua orang tahu kehodohan dia , sebab ko cemburu dengan attention yang dia dapat? Attitude macam ni sebenarnya, menggambarkan diri kau suka focus benda negative dan wujudkan negative aura.  kau tak hormat orang, it's like jatuh kan air muka orang.

It's normal kalau orang tegur kau dah gemuk, dah kurus, dah hitam ,muka dah teruk jerawat. (even benda ni sebenarnya sensitive juga, dia dah susah hati kau siap tegur lagi, baik kalau kau tegur dengan add-on nasihat , ni kau add-on dengan kutukan)

Mungkin kau lupa. Mari aku cerita , biasanya kalau kau kutuk si A , "telinga besar" , si A diam. Tapi si A , automatically tengok kau head to toe ,  disebabkan cara kau cakap macam kau ni cantik/ hensem sangat. Tapi sebenarnya muka kau penuh jerawat ,siap berlubang-lubang. Tapi dia diam, sebab dia tahu kalau dia berperangai macam kau, kau pun akan terasa hati.  mungkin meroyan lebih. 

SO, bila orang dah diam sekali kau kutuk tu. Kau patut sedar , apa kau buat tu melampau. kadang-kadang kita perlu sedar, diam tu bukan bererti kalah , tapi mungkin dia lebih pilih untuk tidak melawan , sebab kalau dia buka mulut , mungkin akan lebih teruk dari mulut kau. so , jangan nak provoke sangat lah macam kau tu hati tabah sangat.  

Please maybe hard to avoid a negative perception , but try harder to focus on positive part. maybe she have a ugly face, but she has a hot body.  Every girl want body like her. Mungkin dia ni kulit gelap, tapi muka dia halus and unik. Every girl envy her look. Maybe he is ugly , but he has hot girlfriend. haha.  or maybe  he is fat , but everyone like him , except you because you jealous at him. 

Come on , everyone ada buruk dan hodoh masing-masing. dengan usaha kau kutuk rupa orang , takkan buat kau lebih cantik atau confident pun. ingat tu. 

0 comments:

Up status Facebook

00:01 Unknown 0 Comments


Tiba-tiba teringat masa musim tengah hot update status facebook. It's kind of addictive, bila sekali kau dah terbiasa bersosial media, it's hard to stop. You don't even now why, even you know it's not important. haha. 

Masa tu, Facebook paling hotstuff. Handphone pun belum guna data, masih mengharap broandband & internet dekstop/laptop. Belum ada lagi, "click share" , post gambar pun leceh. Faham-faham jer lah masa umur-umur "baru nak up" . Semua pun nak bagitau, makan nak bagitau, orang terlanggar bahu engkau pun kau meroyan kan fb. Tu pun lepas kau balik bilik, buka laptop then taip kan keyboard. 😂

Tapi. Ada 1 tragedi yang jadi buat aku berhati-hati dalam meroyan 😂. Masa aku habis diploma, aku masuk kelas memandu. Nak ambil lesen lah katakan. Macam biasalah, masuk ceramah lepas tu ujian komputer, masuk bengkel dan lepas tu dapat tutor untuk ajar korang driving. 

Of course lah, belajar dengan tutor ada jam-jam nya, dan hari-harinya. ada 1 hari tu, terjadi miscommunication. Dia sebut "ok, jumpa sabtu" (kelas memandu) . Aku pun tunggulah kat rumah, dengan seluar tracksuit , kemeja berkolar , berkasut dan stokin (mematuhi etika berpakaian sangatt..) . 

Aku punyalah tunggu. punya tunggu. End up, aku tanya jadi atau tak. dia kata "sorry hari ni x dapat, hari isnin baru ok". there's no further explaination. so, aku ni sejenis wanita yang mengikut emosi. Aku pun benganglah, dalam hati slap kata "kau kenapa? kalau mau cancel cuba bagitau awal. 1-2 jam awal pun ndapa" (sabah version guys 🙄, I'm sabahan ok.) 

Dan dengan yakinnya aku menaip kat FB guna 0.facebook masa tu memang benda ni free lah. aku dah tak berapa ingat dah apa aku tulis. Tapi lebih kurang cam ni. 

"sekarang baru mau bagitau cancel, cubalah bagitau awal2 buat penat jak aku menunggu. kalau aku x tanya, x la kau bagitau kan? bikin panas, lawan bha kita  di lintas, racing" 

So, Isnin pun jumpa lah seperti biasa. dengan tenang dia suruh aku pindah kat tempat driver & suruh aku drive ke litar. tiba-tiba, dia bila sampai di bukit, sebelum dia keluar kereta. dia kata, 

"oke, kita jumpa di lintas" 

'hah?' (aku dengar 'kita jumpa di litar' 😂)

"kita jumpa di lintas" 

"lintas??" 

"ya, lintas. kau mau bawa racing kan??" 

masa tu aku rasa muka aku tebal, malu, speechless dan aku rasa nak memaki sepanjang bawa kereta. macam mana dia boleh tau?? aku xda add dia pun!  dia kat tepi jalan ketawa puas nampak aku malu gila masa tu. 

Rupanya ada seorang tutor kat sana , berkawan dengan aku kat fb. Bila nampak post aku, dia tanya kat tutor aku "ini bukan murid kau?" 

pap! checkmate. 

Nasib lah dia bukan jenis sentap. abang-abang lah katakan. tak apa katanya, bukan aku tujukan directly. (konon, ntah-ntah berapa guni makian dah dia bagi kat aku 😂)  Rupanya misunderstanding. 

Masa dia hantar aku tu dia sebut "ok kelas nanti hari Sabtu" , tapi dalam ingatan dia "Isnin". Sebenarnya dia nak maksud kan Isnin bkn sabtu. 

pengajarannya. jangan cepat meroyan kat sosial media, walaupun kau tak berkawan dengan dia. mungkin ada kawan dia yang berkawan dengan kau. Alah, dunia ni kecil. melainkan kau sengaja nak dia tahu kau meroyan. 😂

 kalau rasa nak ngumpat kat status, memang gagal. Memang kau tak payah tunggu merangkak cari dia kat padang mahsyar, sekarang ni juga kau merangkak malu rasa nak sembunyi muka dalam tong sampah. 😂😂

0 comments: