travel journey,

Travel Journey (Part 4) : Langkawi to Padang Besar to KL

22:12 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum & Hai!

Korang mesti tertanya-tanya kenapa mesti dah Assalamualaikum dan hai kan? Ye lah,ada juga yang bukan muslim baca blog aku. Jadi say hai lah,takkan nak sombong. huh. Sesiapa yang dah baca previous topic aku travel Journey : Part 1 ,Part 2 & Part 3 mesti ada yang tertanya (untuk siapa yang selalu jadi silent reader blog aku) kenapa tiba-tiba aku buat travel Journey. Dari luahan hati, cinta dan life tiba-tiba ke travel tips. offside kot. 

Sebenarnya a few days ago , ada kawan aku yang banyak sangat tanya pasal Langkawi since aku pernah ke sana few months ago & diorang pun akan travel kesana on August dan first time kesana. So I have to recall everything, banyak yang aku lupa harga ticket ,tempat hotel kami menginap. Yalah, aku tak ambil port sangat waktu tu, mana family aku bawa disitu aku ikut. Jadi banyak benda lah yang aku tak ingat. So,supaya aku ingat balik aku tulis lah topik travel Journey/tips ni dan mungkin macam aku cakap di travel Journey macam mana nak kesana. 

Saja Selit gambar kat Langkawi
Kenapa aku fokus kan benda-benda penting terutama harga ticket sebab of course kita pergi melancong kira bajet ,right? Jadi boleh menyenangkan sikit untuk korang total up the bajet , kan kita ni pemalas nak google everything. jadi kau google je lah,nama aku senang semua aku letak walaupun tak full detail sangat. yang penting, kalau salah korang jangan nak marah aku. Ini  blog, bukan official website tempat peranginan. tumbuk kang. 

Ok,enough membebel. Selepas ke Langkawi 2 malam , hari ke 3 kami memulakan perjalanan kami untuk pulang ke Kuala Perlis untuk pergi ke Padang Besar. Sesiapa nak tahu apa yang best kat Langkawi korang boleh klik SINI . Ada beberapa tempat aku tak pergi, salah satu nya Pantai Hitam , Langkawi. huhu.it's okay, next time. 

saja tunjuk konon-konon kat Thailand (sempadan pun jadi lah)

Langkawi - Kuala Perlis - Padang Besar

Seperti perjalanan sebelum ini di travel Journey (part 2) ,kami sekeluarga memilih untuk menaiki feri dari Kuala Perlis. So, dari langkawi juga kami turun di Kuala Perlis.

Kisah sedihnya, aku dengan mama dapat seat paling depan berhadapan dengan TV yang bersebelahan dengan TV ialah tandas.  Guess what apa jadi bila feri dah gerak. Air dalam Jamban pun dah berombak-ombak macam laut. Kau yang tak mabuk laut pun boleh mabuk dengan bau tandas yang terkeluar. Akhirnya ,aku dah tak tahan aku bawa mama pindah ke belakang cari tempat kosong, aku dah tak kisah kalau aku beku kat belakang tu kena aircond, yang penting aku tak sawan sebab bau busuk. Jadi ,guys jangan duduk seat dekat tandas & sila bawa sweater sebab aircond kat dalam tu sangat sejuk. 

Seribu sesalan, dari KL sorang satu bawa backpack, bila dari Langkawi extra dua luggage besar.haha.
Sampai kat Kuala Perlis, kami naik teksi untuk ke Padang Besar aku dah lupa berapa bayaran untuk ke Padang Besar dari Kuala Perlis. But don't worry, kau bawa perangai rajin baca signboard tu sekali dan di tempat perhentian teksi tu dia ada 1 papan kenyataan yang letak harga-harga perjalanan antaranya untuk ke Padang besar. Mungkin ada yang charge lebih sikit, kalau lebih sikit takpa lah kira sedekah. Kalau melebih sangat, tak payah. Lepas naik teksi tu,aku memang dah lena tidur. Aku dah tak dengar dah cerita pak cik teksi pasal zaman dulu-dulu dia kat Sabah , bangun-bangun ja dah sampai kat sempadan Padang Besar. 

Rasa nak borong - Padang Besar
fuh,kat Padang Besar memang macam-macam ada. untuk yang minat jersey, baju dan lain-lain nak beli yang kualiti sana memang ok. barang-barang Thailand kan kualiti baik. Tapi tu lah, seperti tempat lain, loghat juga adalah salah satu benda yang boleh influence harga yang di bagi pada kau, Disebabkan aku ni tak pandai cakap semenanjung (kalau menaip ok ler, cuba kalau depan-depan Sabah bah.) ,apatah lagi nak cakap bahasa pekat macam loghat Kedah. Memang tak ah. so, kami dapat diskaun pun siikiiitttt. huhu. masa ni ,kami tahan nafsu nak beli lebih-lebih, sebab dah tak larat nak bawa barang kesana kemari. 

Makanan kat sini, memang bukan makanan aku. Aku sejenis manusia yang suka pedas , dan bila sampai Padang Besar dah la lapar, makanan kat sini memang manis dan masam memang aku angkat tangan. hehe. Cuma belacan yang pedas. haha.

Belum ada kat Sabah - minuman ni pun boleh tahan masam jugak.

Padang Besar - Kuala Lumpur

Dari Padang Besar ke KL kami memang plan nak naik kereta api, rupanya kereta api bergerak jam 7:00pm dan dijangka sampai 4.30am . Jadi maknanya kena bermalam di keretaapi lah. Untuk korang yang travel nak rasa adventures sikit, aku prefer korang naik keretaapi. Lagipun jimat lah sikit, sebab naik kereta api & kau pilih yang ada tempat tidur harga RM42/bed  dan kau bermalam di keretaapi ,kau boleh jimat duit untuk hotel 1 malam. Faham tak maksud aku?

Ni lah gerabaknya, ini coach ekonomi RM42.00 ,selesa sangat. lagi best ambil katil kat atas.

Malam ni kau tidur kat keretaapi, jadi malam ni kau tak payah membazir check in hotel. Lagipun,tidur kan Coach tu selesa sangat. tak yah risau lah. Naik kereta api dan Sampai 4.30am ,kami terus check in ke hotel , disebabkan kami datang waktu subuh, diorang benarkan kami check-in awal dengan charge RM50.00 if I'm not mistaken.Dan Selepas tu, kami ada lagi dua malam di KL, dan kami berjalan-jalan dan seperti biasa kalau aku pergi KL mesti aku jumpa dengan kawan aku Nadhira (she is beauty blogger) , kebetulan pulak hotel aku cuma berdepan dengan College dia memang lah jumpa kan. haha. Jadi ,sampai situ lah cerita perjalanan aku yang tak seberapa itu. Harap membantu lah 10% pun takpa. hehehe.

Thank you kepada yang sudi membaca. hee. Bye! see you in next topic!


You Might Also Like

0 comments: