Being alone.

09:03 Unknown 0 Comments

Hai girls and boys or women and man

Have you ever thought that you're actually afraid of being single , because you too comfortable with the idea of being in relationship? Trust me , the first answer that came into your mind is NO. 

Me too . I definitely say No.

Dude , everyone know that not being in relationship won't kill you. right?

But the reality is YES , you’re too comfortable with the idea of being in relationship. Especially me, I never realised that I’m too depending on courtship to feel confident , strong & secure until one of friend tell me that

 “you know what, I thought you were strong, actually you are strong enough to be alone, but you not trust yourself about it , you don’t really need relationship to feel strong, you are strong enough by your own & you just don’t realize it”

So, kata-kata tu buat aku terfikir. When is the last time I really being single. Tik tok tik tok. Semua orang tau setiap manusia sudah ditetapkan jodoh masing2. Tapi kau tau kah berapa lama lagi kau boleh betul2 nikmati zaman bujang kau? Mungkin sebulan, setahun, seminggu? Siapa tahu.

Di sana aku terfikir, why don’t I enjoy my life with my friends and family being crazy and fun because one day I will regret things that I don’t take.

I’m to commited in relationship that I don’t know how it will end. I wasting my energy and time to try being perfect partner and to have a happy ending relationship that I’ve dream. Sampai satu masa, aku terlalu berhati-hati , try so hard to become someone that they want until I’ve lost myself just to protect the relationship.

Maybe it’s too late to realise. But Now I know this is not the time for me to put that kind of effort in my life. I need to enjoy my life, loving myself more & find my myself until I really know what I want not what the guy want in me.

Like I said , “cari pengganti tu senang, tapi pertahankan relationship tu yang susah.  Terutama bila orang terpikat dengan kau cuma dari segi rupa & luaran. Bila ada masa kau hodoh, dia tawar hati. Bila ada masa kau hadapi masalah, dia lari. “

So, it’s okay to become choosy & single rather than get married & you end up divorce.

Just cherish the moment. Maybe this is the only time that you have to be on your own. To appreciate people who really love & care for you. You just don’t have to change yourself just to make someone love you. Someone who are really meant to you will come and think that your flaws make you perfect. 😊


0 comments:

Kau ingat kau boleh tentukan apa yang kau ingin kan

21:53 Unknown 0 Comments

bila usia meningkat , kau rasa kau sudah cukup masak dengan perangai manusia
semua bersifat sementara. Sekejap kau nampak dia sayang, tiba-tiba dia hilang

Kau ingat kau kuat, kau bersedia dari awal.
Kau kawal tingkah laku kau. Kau jaga tutur kata kau.
Kau kata " kali ni, kalau sakit itu datang lagi , aku takkan rasa apa-apa"
Bila tiba ombak datang , kau cuma tinggal termenung, dan diam kaku

Bila benda yang paling kau takut , kembali pada kau.
Bila benda yang kau elak , masih kejar kau.
Bila kau merayu pada diri kau ,berhenti biarkan hati kau hancur.
Tapi kau lari macam mana pun , tetap berkecai hati kau.

Kalau boleh kau sakitkan orang yang sakitkan kau.
Kalau boleh kau benci sampai mati.
Tapi bila kau sudah terlalu penat.
Kau sebaliknya cuba untuk fahami orang yang menyakiti.

Pecah hati kau. Tapi kau masih memaafkan.
Terluka hati kau. Tapi kau masih kata " mungkin silap aku".
Benci hati kau. Tapi kau berlembut hati.
Marah hati kau . Tapi kau tahu, mungkin dia juga ada masalah sendiri.

Dulu dengan sekarang lain.
Dulu bila masalah datang, kau rasa kau paling malang.
Sekarang bila sedih datang, kau tahu orang lain pun begitu.
Entah apa perlu kau pilih, menangis tapi air mata hampir kering.
Marah? entah apa yang perlu di tengking.
Ungkit ? sedar diri yang diri sendiri pun buat silap.

Akhirnya, apa yang aku mampu. Sujud kepada Allah Swt.
Sampai 1 tahap , aku pun tak tahu nak minta apa.
Yang aku mahu , aku tak mahu rasa sakit yang sama.
Walaupun dari orang yang berbeza, tempat yang lain,
cara yang tak sama.
Tapi hancurnya tetap rasa sama.

Kau hitung dosa kau sendiri.
Kau kenang silap kau sendiri.
Kau janji kau tak jadi orang yang sama lagi.
Kau tahu kau akan sembuh dari luka.

Cuma sekarang kau cuma kuat untuk seketika.
Untuk hadap rasa yang kau tak ingin rasa.
Memang. Bukan semua orang sama.
Bukan semua lelaki sama.
Bukan semua percintaan sama.

Tapi tanpa kau sedar ,
kau lupa cara untuk tunjuk sayang kau.
mungkin kau takut , bila kau sayang ,
dia jadi bayang-bayang.
Mungkin otak kau sudah tetapkan,
sayang itu cuma sementara.

Apa yang kau mampu buat sekarang ,
Teruskan kehidupan,
Padamkan semua kenangan,
Sampai semua terbuang.
Anggap saja semua ini terjadi kifarah atas dosa yang kau pernah lakukan.

0 comments:

Polumpung Melangkap View Camp Site, Kota Belud , Sabah

11:52 Unknown 1 Comments

Hello!

What a throwback story. haha. So, ni cerita april 2017 and now august 2017. jadi, ni cerita 4 bulan lalu lerr. hehehe. Orang kata , benda yang kita plan selalu tak jadi. Benda yang kita plan last minute plak selalu menjadi. 

dijadikan cerita this 1 night vacation kami plan seminggu sebelum jalan. hahaha. Mulanya, sorg kawan ni cuma main-main , tapi last-last terjadi jugak. aku plak waktu tu perlukan vacation  sangat , tapi bajet mmg la nak yang rendah kan. Search punya search , nampak tempat baru di buka, a camp site yang viral di sosial media. 

Polumpung Melangkap View Camp Site. 

This is my first road trip. (perjalanan dari Kota Kinabalu - Kota Belud tak lah jauh sangat , dalam 1 jam lebih- 2 jam) dan kami pergi ber-enam. Tapi sebenarnya , aku join group kawna-kawan makcik aku. So, aku tak kenal yang 4 orang tu , saja menyemak nak join. Alahh.. sampai sana nanti pandai-pandai lah bergaul kan? 

Kami plan sewa kereta . Sewa Kereta avanza RM120 (rasanya.. dah lupa.) Duit minyak plak , kami share bagi rm15/sorang. Makanan kalau tak silap kami bagi rm 30/ sorang. 

Kami begerak pagi , singgah breakfast di Tuaran. (Breakfast lah sangat , dah tghari dah. haha) 

Kami cuma gunakan waze nak kesana. The funny thing is , tempat tu adalah sungai. Tapi waze tunjuk naik ke atas bukit. Bayangkan kepercayaan ke atas waze tu tinggi  sampai jadi bodoh ikut waze naik ke bukit , padahal mana ada sungai atas bukit. hmm.  ( Tapi xpalah ,  sempat jugak kami sakai tengok rupa babi. HAHA!)

So, bila dah sampai sana. Kami tak expect , tempat tu di belakang rumah orang kampung. Kami siap pusing 3 kali di depan rumah tu sbeab tak yakin betul tak tempat tu atau salah tempat. 

Rupanya memang betul lah. Venue tu belakang rumah owner. Banyak cerita lucu masa kami kat sana. Masing-masing kononnya kena bawa telur rebus. Tapi yang lain bawa telur belum masak. haha. Siap bawa portable gas stove. Tapi kami tak bawa kuali pun. -.-' 

Tent plak , kami booked yang boleh muat 5-6 person. But it's small , and it's like only can fit 3-4 person i think. Tapi nasiblah badan kami, kebanyakkan macam mancis. muat jugak lah 6 orang. haha. 

The view a night, SANGAT SANGAT cantik . sampai rasa nak bentang tikar kat luar tent , nak tidur kat luar. Tapi disebabkan , kami semua perempuan x berani jugaklah. Korang dah biasa dengar orang tengok , sunset & sunrise , kan? Malam tu kami siap tengok Moon rise.. pergh! Tapi x dapat capture, sebab apalah sangat kamera hp. huhu. 

Korang boleh bayangkan tak , kitaorang tengok pemandangan gunung bercahayakan bulan. OMG. I so in love with it. Dengan bintang-bintang di langit. CANTIK SANGAT! memang tenang. memang best. oh, FYI line hp cuma ada MAXIS, yang lain zero. hehe. 

Perkara lucu + annoying jugak lah. Bila kami ada bawa gitar 1 and ukulele 1. but end up , tent sebelah pinjam gitar sampai jam 3 pagi. (nasib lah hujan, kalau tak sampai lusa lah dorang memekak.. hehehe . ) tapi tak lah marah, menyindir jer. hehehe. biasalah tu. 

Keesokkan paginya, kami bangun awal semangat nak tengok Gunung kinabalu. Sebab kalau dah 9pagi keatas takut gunung tertutup kabus. dah tak cantik nak POTD hehe. 

Tent- Tent yang lain semua belum bangun,. kami siap boleh semangat ketuk pintu rumah owner nak sewa pelampung besar. Jerit-jerit dekat sungai macam sungai tu kami punya. Orang pun hairan, macam mana kitaorang boleh tahan air sungai yang sejuk tu awal pagi. yes, AWAL PAGI. korang boleh tengok video kat bawah ni . 

Owh total percutian tak seberapa kami ialah RM150 /pax  termasuk sewa kereta, sewa tent , makan minum (bawa sendiri) , sewa pelampung, jaket, and fire-camp.. Bajet ker takk. hehe. apa pun, memang tak menyesal pergi sini!

Facebook : https://www.facebook.com/pmvcs/
Instagram :  https://www.instagram.com/officialpmvcs/

(It's not a paid review. but if the owner of PMVCS saw this, Aunty , kakak, uncle belanja one night vacation di sana ,boleh? :P )




1 comments:

Imaginasi pun boleh jadi satu doa

14:16 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum dan Hai!

Image result for annoying animated gif

I just saw a post , a wife yang terlalu obses baca page KRT di facebook sampai meragui husbandnya sendiri. KRT tu kisah rumah tangga lah. Siapa-siapa yang ada fb kalau baca cerita dekat page tu memang mostly meluah tentang masalah rumah tangga masing. Bila kau baca atau dengar masalah relationship orang, mesti kau share dengan pasangan kau sendiri kan. Perempuan , biasalah semua nak cerita even benda remeh. Then typical situation bila cerita-cerita , penghujung cerita tu memang kita warning partner kita jangan buat macam tu. "awas!" tu lah selalu di mulut. 

dia kata, sampai 1 tahap, dia terlalu masuk dalam hal rumah tangga orang , sampai takut dengan rumah tangga sendiri. Which is , her husband lah. dia juga kata kadang-kadang apa yang kita selalu fikir / imaginasi tu adalah 1 doa.

What I want to say is yes apa yang kita selalu imagine tu mungkin akan jadi 1 doa. Aku pernah sentiasa meragui someone yang dia akan curang and end up being caught at hotel. Yes, at the end benda tu terjadi. 

Aku pernah imagine benda semua akan baik-baik saja. bayangkan selalu aku akan lepas permohonan yang aku mahu. At the end, berkat rezeki Allah aku dapat apa yang aku bayangkan. 

Jadi kadang-kadang aku terfikir. Terjadinya sesuatu yang buruk ,kadang-kadang ada khilafnya dari kita juga. Doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik. Inshaallah Allah akan beri yang sebaiknya untuk kita. 

Aku sejenis manusia yang paranoid , have trust issue. Tapi makin hari aku makin terfikir , kenapa perlu aku habiskan masa dan ganggu emosi aku dengan fikirkan benda negatif yang belum terjadi? Aku tengah buang masa aku sendiri, aku tengah jatuhkan emosi aku sendiri. If you love yourself try to be positive. it's hard to be always positive, tapi cuba sedaya upaya untuk positif , even kadang-kadang kau x boleh kawal diri. 

Dengan berfikir positif, even kadang-kadang kau meragui mungkin instinct kau betul. Pegang kata-kata ni , kalau tuhan datangkan perkara buruk pada kau , anggapa saja itu ujian sebelum Dia beri hadiah lebih istimewa untuk kau. Yang penting kau sudah buat yang terbaik, Inshaallah kau akan lebih redha jika apa yang kau mahu , bukan kau punya, sebab kau akan lebih kuat dan yakin Allah itu sentiasa ada. Semua sudah tertulis. Doa yang baik-baik. Inshaallah.

Image result for if it meant to be it will

0 comments:

Karma/Kifarah

12:17 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum Guys!

Semua orang takut dengan karma kan? Tak Kisah lah Karma atau Kifarah , yang pasti balasan Tuhan yang kau tak sangka dari perbuatan diri kau sendiri. 

Image result for can you feel that animated gif

Bila dah meningkat tua ni , aku sangat takut bab-bab karma ni. Setiap apa aku buat mesti aku terfikir, "whaattt ifff... benda ni jadi pada aku " , terutama bab menipu. Of course siapa tak pernah menipu kan. Terutama masa zaman teenager , we lied a lot. like a lot. zaman puberty lah katakan. jangan kata kau tak pernah menipu lah , kau pergi sekolah ,tapi kau escape. Kau kata sekolah ada aktiviti , tapi kau dating dekat library. (tak kira tipu kecil atau tipu besar , dasarnya tetap menipu. kihkih) Fahan??


Image result for understand that animated gif

Hidup ni umpama roda. Kadang-kadang aku terfikir masa susah aku dulu , lepas tu kenang balik jahat aku dengan orang. (even masa kau buat jahat tu , kau rasa not big deal) kau akan terdetik dalam hati kau , "ntah-ntah macam ni perasaan si polan bila aku buat kat dia macam tu " even everyone has moved on. but still, what you give, you get back. 

Image result for repent animated gif

So, after everything I went through . Aku cuba sedaya upaya layan orang dengan baik , even kadang-kadang aku terrr kuang hajoo. haha. Even kadang-kadang aku terr Rolling eyes. Even aku tak suka orang tu, atau get annoyed dengan orang tu pedulilah mungkin orang nampak fake. Tapi Belajar untuk baik dengan orang . dekat sana kau juga ajar diri kau lebih bersabar. Sebab bagi aku, biarlah orang tak suka aku tapi kalau depan aku dia layan aku baik, sopan, beradab , itu cukup bagi aku. Kalau belakang aku orang tu kutuk aku tertawakan aku atau mengumpat aku, aku boleh terima yang penting jangan fitnah & jatuhkan aku di belakang.  

Image result for take a deep breath animated gif

In conclusion, fikir balik apa yang kau tengah buat yang consider as nakal atau jahat atau whatever. Kau suka kalau orang buat kau mcm kau buat orang? kau suka cara kau threat someone sekarang ,org threat kau mcm tu? Especially in friendship , familyship and of course relationship. (aku sangat takut part relationship, sebab silap yang paling senang kau buat bila kau in-relationship , sebab kau ambil mudah, sebab kau cuma nak rasa bahagia tapi tak mahu bertahan bila waktu derita, cewah.) lying, cheating , neglecting benda2 macam tu aku paling takut untuk buat sebab aku takut one day those things will come to me again . Kalau partner aku buat macam tu, mungkin marah tapi the karma will chase him not me. I don't want that kind of karma chasing me. Maybe Karma tak datang pada kau, tapi mungkin pada orang yang kau sayang, anak-anak, family.

Image result for well done animated gif

The End.



0 comments:

What you give , you get back

14:04 Unknown 0 Comments

Halu Halu Haluu
Assalamualaikum..!

Hey hey. Selamat berpuasa. Selamat berRamadhan wahai semua umat Islam. hehe. So, what you give , you get back. right? Tak kira la dari segi positif ka , negative ka , buruk ka , baik ka. Apa yang kau bagi, itu lah yang kau dapat. Especially , Rezeki . 

Kau pernah dengar tak , salah satu cara untuk murah rezeki adalah dengan bersedekah? Kau pernah dengar tak, orang kata kalau kau bersedekah , kau akan dapat dua kali ganda rezeki dari yang kau sedekahkan? Pernah kan.


Let me tell you a stories. Kawan aku dulu pernah cakap dengan aku , " Lai, rajin-rajin kau bersedekah. RM2 pun xpa , nanti kau dapat berganda-ganda dari yang kau bagi" then dia sambung lagi , " hari tu, aku betul2 tak ada duit tapi aku ada nampak peminta sedekah jadi aku bagi dia RM2 , esoknya tiba-tiba parents aku bankin duit , xda angin xda ribut" masa tu masih study , faham-faham la life student kan ,duit sentiasa cukup-cukup makan.

So , lepas dari tu aku sentiasa keep in my mind , belajar bersedekah walaupun masa tu duit kau memang tinggal tu ja. Tapi ingat, kalau bersedekah tapi kau tak ikhlas, memang kosong jugak. Bawa ikhlas tu sekali , niat tu utamakan. 

Jadi aku lebih suka bersedekah dengan orang yang kau tak nampak memerlukan, but they actually do. Especially your parents. Family. it's okay kalau nak bersedekah dengan peminta sedekah atau homeless people ,if your instinct you really want to give or they really need it. Ikut kata hati kau, benda yang baik datang dari Allah Swt. 

Tak percaya? mari aku cerita benda throwback sikit. There's one person, contact aku untuk pinjam duit. I want to help , tapi aku takut gara-gara hutang hubungan tu jadi awkward. you know what I meant? Hutang ni sebenarnya boleh bawa gaduh, makan dalam. Bagi aku , untuk aku pinjam kan duit dengan orang yang aku betul-betul rapat I have no problem, sebab kita x segan untuk tagih hutang tu. 

Tapi untuk orang yang kita tak rapat, agak segan untuk kita tagih hutang sendiri. Bagi aku, lebih baik aku bagi terus dari aku bagi hutang. So, the amount yang dia nak pinjam tu bukan aku x dapat bagi, tapi aku belum mampu. So I just give berapa yang aku mampu, kira sedekah. Masa tu pun duit aku memang tinggal itu untuk bertahan sampai hujung bulan (tapi masa tu masih awal bulan, tapi belanja aku memang cukup makan, since I already put aside some amount of money for saving )

Tapi aku cakap dalam hati aku , " xpa lah, anggap jak sedekah, esok lusa inshaallah Rezeki dua kali ganda datang " 

Guess what? besok nya, takda angin takda ribut. Bos bagi duit raya and a gift for good performance. Nampak tak janji Allah Swt tu pasti? 

so, lepas tu aku keep buat begitu asal terdetik di hati aku nak bagi sedekah untuk sesiapa, aku akan bagi. Kadang-kadang kau tengok someone, dalam hati kau " eh, aku nak sedekahkan duit dekat dia lah.. tapi duit aku cuma tinggal ni. kalau bagi dia , xcukup plak untuk diri aku " , takpa .. kau kena sentiasa ingat , jangan risau Allah Swt ada. 

Same situation juga terjadi , bila duit belanja aku dah habis pakai. Tapi aku terdetik nak belanja adik-adik sepupu juadah berbuka, so bagi aku takpa lah untuk makanan , kacau lah duit saving, bukannya banyak pun guna. Then, tiba-tiba petang tu ada someone msg me if he can meet to give something to me. Tapi dia x bagitau apa, so I said boleh letak kat kedai parents nanti aku ambil kat sana since waktu tu aku kat kampung. Yep, out of nowhere rupanya duit raya. Can you see that? 

Ingat, kau nak rezeki kau bertambah? kau nak rezeki kau tak putus? kau buat 3 benda ni. 

1) Bersedekah dengan ibu bapa
Kalau kau ada duit lebih, kau sedekahkan dengan parent kau. Untuk berkat.

2) Kalau tiba-tiba terniat untuk bersedekah, teruskan bersedekah 
Kalau tiba-tiba hati kau terdetik nak bersedekah, kau buat walaupun kau rasa kau tak mampu.

3) Kena sentiasa pegang dengan kata-kata ni , " setiap rezeki yang kau dapat tu , ada juga rezeki orang lain"

Jangan risau, jangan takut. Allah Swt sentiasa ada. 


0 comments:

10 Datang Tapi Kau Tetap Pilih Yang 1

10:48 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum & Hai!

Naa, love story still don't deserve to be in here. Actually point aku disini adalah berkaitan dengan Favorite Colour. Kebanyakkan orang memang akan ada warna kegemaran diorang kan? Aku pulak suka warna pink. -.- aku tau agak girly. Tapi aku tak boleh menidakkan. 

Sebelum masuk ke cerita aku, aku ada 1 cerita tentang seorang pak cik ni saudara kepada mama. Even nama panggilan pak cik tu Merah. Dia terlalu obses dengan merah sejak dia muda sampai lah beranak pinak dah sekarang. 

Mama kata, kalau masa bujang-bujang dulu kalau dia basuh pakaian, jemuran memang penuh pakaian kaler merah, even boxer pun. hahaha. Kereta pun dia akan pilih warna merah, bila dah kahwin, isteri dan anak-anak pun ada masa kena pakai sedondon merah. haha. So cute, right? 


Same goes to me . Tapi aku taklah obses sangat sampai macam tu. maybeee... (tapi bilik aku kaler pink ..-.-' 

Terutama  bila zaman sekarang ni, nude colour tengah trending & nude pink is sooooooooooooo pretttttyyyyyy. Aku rasa sekarang ni di wardrobe aku dah bertambah-tambah warna nude pink tu . aku bagi nama nude pink tu kaler magic. Sebab Bila kau matchy-matchy dengan maaron, atau merah atau coklet atau biru.. kaler memang masuk. 

So, macam mana kau tau itu favret kaler kau? macam aku kata, even 10 datang kau tetap pilih yang 1. Which means , Even kau nampak ada 10 kaler baju berbeza tapi design sama ,  tangan kau akan grab dulu kaler kesukaan aku. Even kaler hitam tu cantik , atau putih. Tapi kau jadi dua hati nak pilih mana 1, kau nak pilih kaler lain, tapi kau x boleh lepaskan kaler pink kau tu. Dillemaaa~


Biasa terjadi dengan aku. datang shopping mall nak beli pakaian siap niat dalam hati , tak payah beli pink sebab dah banyak. Tapi end up ko pilih juga pink kau tuh. haha.  ahh, camtu lah bercinta . even ada yang lebih cantik tapi kau tetap pilih apa yang hati kau pilih even kau cuba deny. Der~  ._.

Image result for pink colour tumblr

0 comments:

Pilih Untuk Happy

22:01 Unknown 1 Comments

Assalamualaikum dan Halo!

So hari ni aku bagi cerita updated sikit. haha. Banyak orang kat,

"Bestlah kau Liya, kerja jalan sana sini, banyak tempat pergi" , 

"happy jak ko Liya sekarang, best oh kau sekarang"

And I told them, what you see on picture tak sama dengan apa yang aku rasa atau aku hadapi. Yeah, korang boleh tengok di gambar senyuman aku, suasana best, meriah ,jalan sana sini. Because I choose what I want to be seen by people , yang tak best aku tak bagi tengok.

Nampak jalan sana sini, tapi sebenarnya aku tak ada kawan pun masa tinggal tempat best tu. forever alone, takkan lah nak berkepit dengan lelaki ja kan? (since aku kerja, aku cuma one & only pekerja perempuan) , terpaksa lah stay sorang-sorang kadang2. 

Orang nampak aku jalan sana sini tiap minggu, tapi orang tak tahu penat aku cuma Tuhan yang tahu. Sampai aku rasa bila ada masa free hujung minggu, nikmat paling besar ialah aku boleh lepak mereput di rumah, tak mandi2 dan baring kat sofa dari pagi sampai petang. Heaven oo rasa dia.

My point is semua benda yang kita buat yang kita dapat dan yang kita hadapi ada buruk dan baik, best dan tak best, happy dan tak happy. 

Aku pernah jadi orang yang hari-hari meratap , hari-hari tanya dengan diri aku sendiri kenapa aku dapat nasib yang menyedihkan dalam relationship . End up , bila aku toleh balik belakang terlalu banyak masa aku buang cuma untuk bersedih & being in negative vibe ..bertahun aku tak appreciate masa aku sendiri. Terlalu banyak bina kesedihan dari kenangan manis. It's a big lost to me, so jangan jadi macam aku dulu. Pilih kebahagiaan diri kau sendiri dulu, jangan buat orang bahagia di atasan tangisan kau, tak berbaloi.

So, apa yang aku belajar sebelum ni ialah pilihan di tangan aku dan fikiran kau. Setiap yang buruk, kau cuba tengok sedikit di sisi baik yang akan datang pada kau. Setiap yang tak best, kau pilih rasa untuk rasa best & seronok , pastikan fikiran kau positif dan ingat yang peluang yang kau dapat sekarang even kau tak rasa seronok, tapi ada ada orang diluar sana yang berharap mereka boleh merasa di tempat kau. 

Even masa tu kau tak happy , pilih untuk happy even kau terpaksa fake kan happy kau tu. Kenapa? kau buat-buat happy, tanpa kau sedar kau jadi betul-betul happy. Look at the camera and smile , because one day when you look at the picture back , it will be the sweetest memory for you .So nikmati kehidupan kau sekarang, bersyukur dengan apa yang kau ada dan pilih untuk senyum even di dalam hati kau rasa nak mati.

Sebab satu hari nanti , kau tetap akan rindu masa lalu, dan masa lalu itu adalah di bina pada waktu sekarang , saat ini. Appreciate it sebab kau takkan dapat lagi hari ini, tapi kau tetap akan lalui hari esok. 

Sebab kawan aku pernah cakap, "kau sedihkah , kau marahkah, kau menangiskah, even kau ketawa pun , kau tetap kena hadap masalah yang kau tengah hadapi sekarang , jadi kau nikmati dan senyum saja lah" 

Ayat dia kind of macam tu, bila kerja bertimbun, tengok jam dah malam tapi masih mereput dalam ofis. haha. It's hard to be positive at first , but you will used to it. biasakan diri, memang bukan senang, positif macam mana pun kita tetap ada negatif dalam diri ni . So, just smile & appreciate little thing. 

Sentiasa ingat ayat ni bila kau dah bosan dengan benda yang kau buat atau kau give up dengan hidup kau, 

"ada seseorang diluar sana yang berharap mereka boleh jadi macam kau, merasa di tempat kau, dan cemburu dengan kehidupan kau" 

Jadi bersyukurlah , kalau kita boleh cemburu tengok orang lain dapat rezeki masing-masing, tak mustahil ada orang cemburu tengok kita sambil kata " kalau lah aku ini dia.." 

So Smile and make a joke.  It's hard for you to enjoy your life ,if you keep blaming and nagging about it. Sibukkan diri kau untuk enjoy di keadaan susah & sibuk dan jangan sibuk kan diri kau fikir nasib kau tak sama orang lain , you will be wasting more time do nothing, you will forgot to create memories.



1 comments:

Happy Birthday!

18:39 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum!

Ugh, sometimes terfikir mau buat vlog instead of vlog. Tapi takut orang tengok rasa nak Uwekk Uwekk plak. haha. Actually, Birthday aku dah lama lepas, hari jadi aku on February. A month that full of love kata orang, the rare one also since only february yang cuma ada 28/29 hari kan. I feel special because of that. haha.

So, every year aku akan rasa yang sebelum tiba hari jadi aku , aku akan bernasib malang. Ada jak benda yang jadi dengan aku yang buat aku rasa nak menangis ,sedih atau kecewa. Gaduh dengan orang lah , menangis lah , dapat tahu bf curang lah , macam- macam. Jadi even aku excited bila Januari dah nak habis , tapi aku takut nak hadap hari-hari sebelum tarikh hari jadi aku on February. You know that feeling? you are excited but at the same time you are worried. 

But you know what , orang kata semua ada hikmah nya. Bila dah tiba hari jadi aku, everything turn out very good even I don't expect it can be happened. Alhamdullilah , bf? kadang-kadang (selalu) berangan jugekk nak ada bf a.k.a cinta hati buat suprise ala-ala hafiz mahamad naik limosin , naik cruise~ HAHA! I'm joking! tak lah, aku cuma berangan dapat sweet suprise ala-ala sweet relationship tapi malangnya tak pernah terjadi pun , tak kena wish ada lah lagi , krik krik. -.-  I've used to it , so aku x ambik kisah dah pasal tu bf lupa atau x sambut birthday aku , aku dah boleh tabah dah. Tapi masih boleh acah-acah merajuk lah. hehe. Because you are not the first bf who did forgot and don't care about mine anyways. Untunglah siapa jadi bf aku.. kui kui kui.

hah, ni BFF aku buatkan suprise birthday aku. comel sangat. (even waktu birthday aku x wish birthday pun haha)
Tak lahhh.. tak lah heartless sangat. cuma bila dah tua ni , bagi aku it's ok lah.. bukan penting sangat pun. bukan shubenn ,tunenggs pun. Chill lah. Sebabb...sebab, bila birthday aku ada kawan-kawan aku yang aku sayang gila dan ada parents aku yang sentiasa semangat sambut birthday aku. especially my mom, I love You mom! (jangan risau ma, sebagai balasan , saya akan carikan mama menantu yang boleh sekepala dengan mama. haha) 

hmm, 4 perenggan sudah tapi aku masih belum sampai point aku. -.- (ops sorry, kalau korang perasan , bahasa aku bercampur bahasa sabah, semenanjung & english. yea, whatever) Okeh, so untuk birthday tahun ni pun special. Sebenarnya aku dah tak semangat nak sambut birthday (Mungkin sebab tua)  .Tapi my BFF till jannah , buat advance birthday suprise one day before and esoknya parents bawa makan buffet (aku syg dorang sebab suka sumbat makanan) 

Aku juga dapat hadiah yang agak rare dari orang yang aku x kenali. Bila aku ada chit chat dengan pasangan dari China yang bekerja di Sabah tapi tak pandai cakap Melayu. So, disebabkan bahasa mandarin aku pun x gempak sangat, dah takda idea nak cerita apa aku dengan bangganya bagitau yang hari tu aku birthday. haha. So, diorang pun bagi 20 Yuan as a gift. 
Kalau convert ke RM tak lah banyak. Tapi special apaa..

Then, ada kawan mama pulak post hadiah  bagi aku hadiah Telekung colour pink. Comel.  After that aku di bagi hadiah sepasang binatang bernama Kungkang (slow lorris) dari orang kampung di Binsuluk, Beaufort. Rare kan. Tak... Tak dapat hadiah fancy2 pun. Tapi yeah, I feel it special. sebab aku ja dapat mcm tu. haha.


Dinner with Family!


It's Slow Lorris. Please jangan kecam aku. Aku tak boleh menolak. 

Another belated suprise cake from kakak-kakak office. diorang memang baik gila.

0 comments:

23rd Februari 2004

09:21 Unknown 1 Comments

Assalamualaikum dan halu!

Sebelum aku mula kan story telling aku. Boleh tak yang beragama Islam tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Atok aku Isa Bin Haji Ahad dan Arwah Ibu kepada kawan aku FS (sorry aku lupa nama ibu dia, tapi bila aku solat atau bersedekah aku mesti ingat arwah atok & Ibu dia). 

Ok, hari ni aku nak cerita pasal Arwah Atok aku, kalau kat Sabah Brunei & Kedayan Especially, Atok itu dipanggil nenek juga. Nenek Lelaki & Nenek Perempuan. Aku panggil atok aku ni, Nenek Apul (Nenek Mesapol) sebab Mesapol tu nama kampung tempat atok aku tinggal. Dia adalah ayah kepada ayah aku. haha. So, Atok sebelah ayah la kan. 

Disebabkan masa tu dia cuma ada 2 orang cucu, aku dan sorang lagi sepupu aku yang nama panggilan dia adalah Anan (aku malas letak nama ic dia kat sini , kang tiba-tiba dia google nama sendiri jumpa pulek blog aku. nanti dia terharu lebih .kah kah.) Di jadikan cerita, aku cucu pertama dan dia cucu kedua (cucu pertama lelaki) . Kami sangat-sangat dimanjakan ,ayah kami bagi duit kat atok, atok sembunyi-sembunyi bagi kat kami. haha. nama mcm mana lingkaran tu. haha. 

Tidur selalu bersama, jalan ke pekan pun selalu kami bertiga. Budak-budak semua pun nak beli, tetap kena belikan , masa bulan puasa, nak mercun? xpa, atok pergi tanyakan tempat siapa ada jual , kami menumpang kereta pergi beli. 

Pernah sekali, makcik kol atok demam. bergegas kami balik kg, rupanya demam rindu. pandai jugak atok aku ni berdrama. haha. Aku masa kecil orang yang sangat pemalu, sangat. sangat. Aku boleh berkawan dgn org kg, tapi bila dah balik kk, lepas tu balik kg sekali lagi, aku x malu nak bergaul balik. Anan dia memang tinggal di kg, jadi byk lah kawan sebaya. Jadi bila kawan-kawan dia datang rumah of course lah nak ajak aku main sekali, tapi bila aku nampak diorang menuju ke rumah aku berlari masuk bilik. Atok pernah kata " macam mana la kau ni Lai nanti? kalau kau pemalu macam ni" Don't worry ,sekarang aku sangat banyak cakap, walaupun di ofis agak pendiam +pemalu sikit, tapi dah pandai bergaul. hehehe. I try.. I try..

Sepupu aku, Anan dari kecil sampai sekarang cengeng. Dari kecil sampai sekarang aku buli dia.Dia lagi banyak menangis dari aku. sebab aku yg buat dia nangis.hahaha.  benda yang aku x boleh lupa sampai sekarang, dia baru lepas bersunat (masa tu arwah atok dah takda) sampai makan pun minta makcik aku suap. aku siap kata, " ko bersunat yang di bawah, tangan kau masih sihat" hahaha.geram betul. 

Masa arwah atok meninggal, kami di KK masa tu hp kami semua letak di bawah charging. Rumah 2 tingkat , manalah dengar bunyi hp. Nasib lah bilik aku di atas pintu depan rumah, jadi terdengar bunyi orang ketuk pintu, mulanya ingat mama dah bangun masak pagi. Rupanya, ada dua org kakak saudara kata atok sakit. Terus bangunkan semua org, setengah jam lepas tu dapat kol atok dah xda. xtau nak kata apa, aku bukan jenis express aku punya feeling.

Aku just diam dan mengelamun, sampai sana pun aku masih diam x banyak cakap. xda apa-apa ekspresi langsung, tapi ada sorang nenek tu cakap dengan mama aku, bila nampak aku mcm tu, dia kata aku orang yang paling sedih dan terkejut . Aku agak sedih, sebab belum cukup lagi masa aku bermanja dengan atok.  Aku sebenarnya x sabar nak tunjuk atok ,aku pakai baju sekolah menengah, since masa tu aku umur 12, nak ambil upsr tahun tu. Benda yang aku wish ,dia nampak aku masuk sekolah menengah. Asyik-asyik tengok aku pakai baju sekolah pinafore , bosanlah. haha. 

Tapi xpa, Allah lebih sayangkan dia, sangat sayangkan dia. Tapi aku dah tua bangka ni pun masih rindu dengan dia. Xpa lah, harap kita boleh jumpa disana, kan? Al-fatihah. 

1 comments:

Pisang goreng

23:50 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum & hello! 

Hari ni , aku pergi kuala penyu. Jadi, aku ,mama singgah ke gerai pondok di kg binsulok tempat abg & kakak yg jual binatang dengan aku. pets for sure. Singgah borak-borak kejap, dia tunjukkan anak buaya yang baru dia tangkap then dia cerita di pondok dia ada ular senduk berjuntai dan dia pergi tumbuk sampai mati (aku xtaulah binatang tu yg menakutkan atau dia) . 

Lepas kami teruskan perjalanan ke pekan kuala penyu & makan petang. Kami sempat bungkuskan untuk suami isteri tu pisang goreng, since kami x makan habis, kami belikan lagi extra utk buah tangan. 

Singgah di sana, kami memang banyak tanya. they said, anak diorang ada dua. rumah dia lebih kurang 500 meter jauh dari pondok tu. Diorang cerita lah, rumah diorang belum ada letrik. Tapi kami tunjuk yang tiang letrik ada di situ. (rumah diorang dekat dengan jalan raya, jd agak mustahil lah x kena sambungkan letrik sedangkan kampung2 sebelah rumah besar)  

Diorang cerita, letrik cuma baru di pasang di sebelah rumah . belum sampai di rumah diorang, aku pun kata, kenapa minta bantuan? minta diorang pasang kan.. they said "orang tu kata , sambung sendiri, urus sendiri" jadi aku pun hairan, why? mesti ada something. rupanya the husband has no ic, tapi wife pemegang ic. so, mungkin disebabkan dia bukan pemegang ic mmg bkn senang dapat bantuan, especially sekolahkan anak2. 

FYI, bekalan air pun xda. the husband and wife akan bangun jam 5 pagi turun ke pantai mencari tuntul ( aku pun x tahu mcm mana nak explain , tapi binatang ni ada di pantai , di dalam pasir. yup boleh di makan). Malam the husband akan memukat ikan. so, we just listening and anggukkan saja. 

Lepas tu kami bagi pisang goreng, they said thanks and said " makanan macam ni sedap kalau makan ramai-ramai". Since diorang kat pondok tu cuma 2 org, kami fikir diorang maksud kan untuk makan sama-sama and kami menolak. but he said , "bukan, maksud aku makan ramai-ramai dengan anak-anak di rumah". 

so, my point is maybe apa yang terjadi kita x perasan benda2 kecil yg positif terjadi. Diorang orang susah, dengan rumah xda letrik, xda bekalan air, x layak untuk dapat apa2 bantuan even untuk sekolahkan anak. pendapatan cuma hasil jualan menjual, yang mungkin cuma dalam rm600-800 secara tidak terkumpul untuk 4 orang isi rumah. Even pisang goreng bukan sesuatu makanan yg selalu diorang makan. (contoh kita, apa2 yg kita rasa nak makan sekarang kita boleh jalan dan beli sekarang. but not them.)  Seekor ikan belais, dikongsi untuk makan sekeluarga. 

Sampai seorang kawan yang kampung di felda lahad datu (aku lupa nama kg, tapi dia kata mmg sangat jauh dari bandar)  cakap ,"aku ingat aku orang susah, rupanya ada orang yg lebih susah dari aku". So, can you see that? Even orang yang ambil masa hours mungkin hari untuk sampai ke bandar, rasa besyukur yg hidup diorang masih di kira senang, makan minum pakai semua masih cukup. Apatah lagi kita yang sudah ada semua basic things tapi masih kusut kepala fikirkan untuk dapat apa yg belum kita ada. 

For the first time, aku sedar selama ni org yang xda ada ic atau dalam kata kasar pendatang tanpa izin yang lama sudah menetap  dan mempunyai keluarga disini masih ada sikit. yang bukan semua jahat. ada yang masih kerja keras, berusaha dan lebih menghargai dan ingat keluarga dari kita yang sudah cukup keperluan dunia. 

Kalau kita di tempat diorang, rasa-rasa kita tahan tak? mungkin menangis setiap malam, mungkin kita salahkan semua orang sebab kita jadi begini, bukan? Mereka mungkin tiada nilainya dari segi harta dan wang. Tapi dari segi nilai kekeluargaan dan kesungguhan. Bukan senang dapat sekarang. 

0 comments:

Life story,

Stalker?

16:58 Unknown 0 Comments

First of all .. HAPPY NEW YEAR 2017! 

So, past few days my mom google-ing anaqeen shawl since she really love the material of the shawl , lembut and selesa di pakai. Then , she google image anaqeen and saw my selfie wearing the tudung. (@almarikecilwiwi repost my selfie for to promote the shawl) 

since the picture are taken from instagram, so I told my mom "stalkerr..." which I meant she's being stalker because she found my picture. But then , she become confused and asked me back what is stalker. 

"stalking..." I just a simple explanation. no, it's not explanation ,not helping at all. sorry mom. haha.

then she asked again , "stalking tu apa.."

I just answered , "ada laa..."

and out of nowhere, my mom suddenly chat to me sending picture of shawl and said....

"Ini ada stock ke tempat stalker tu?" 

I was laughing and feel bad. :'D 

mom I love you , but stalker means Pengendap. 

0 comments: