Kau ingat kau boleh tentukan apa yang kau ingin kan

21:53 Unknown 0 Comments

bila usia meningkat , kau rasa kau sudah cukup masak dengan perangai manusia
semua bersifat sementara. Sekejap kau nampak dia sayang, tiba-tiba dia hilang

Kau ingat kau kuat, kau bersedia dari awal.
Kau kawal tingkah laku kau. Kau jaga tutur kata kau.
Kau kata " kali ni, kalau sakit itu datang lagi , aku takkan rasa apa-apa"
Bila tiba ombak datang , kau cuma tinggal termenung, dan diam kaku

Bila benda yang paling kau takut , kembali pada kau.
Bila benda yang kau elak , masih kejar kau.
Bila kau merayu pada diri kau ,berhenti biarkan hati kau hancur.
Tapi kau lari macam mana pun , tetap berkecai hati kau.

Kalau boleh kau sakitkan orang yang sakitkan kau.
Kalau boleh kau benci sampai mati.
Tapi bila kau sudah terlalu penat.
Kau sebaliknya cuba untuk fahami orang yang menyakiti.

Pecah hati kau. Tapi kau masih memaafkan.
Terluka hati kau. Tapi kau masih kata " mungkin silap aku".
Benci hati kau. Tapi kau berlembut hati.
Marah hati kau . Tapi kau tahu, mungkin dia juga ada masalah sendiri.

Dulu dengan sekarang lain.
Dulu bila masalah datang, kau rasa kau paling malang.
Sekarang bila sedih datang, kau tahu orang lain pun begitu.
Entah apa perlu kau pilih, menangis tapi air mata hampir kering.
Marah? entah apa yang perlu di tengking.
Ungkit ? sedar diri yang diri sendiri pun buat silap.

Akhirnya, apa yang aku mampu. Sujud kepada Allah Swt.
Sampai 1 tahap , aku pun tak tahu nak minta apa.
Yang aku mahu , aku tak mahu rasa sakit yang sama.
Walaupun dari orang yang berbeza, tempat yang lain,
cara yang tak sama.
Tapi hancurnya tetap rasa sama.

Kau hitung dosa kau sendiri.
Kau kenang silap kau sendiri.
Kau janji kau tak jadi orang yang sama lagi.
Kau tahu kau akan sembuh dari luka.

Cuma sekarang kau cuma kuat untuk seketika.
Untuk hadap rasa yang kau tak ingin rasa.
Memang. Bukan semua orang sama.
Bukan semua lelaki sama.
Bukan semua percintaan sama.

Tapi tanpa kau sedar ,
kau lupa cara untuk tunjuk sayang kau.
mungkin kau takut , bila kau sayang ,
dia jadi bayang-bayang.
Mungkin otak kau sudah tetapkan,
sayang itu cuma sementara.

Apa yang kau mampu buat sekarang ,
Teruskan kehidupan,
Padamkan semua kenangan,
Sampai semua terbuang.
Anggap saja semua ini terjadi kifarah atas dosa yang kau pernah lakukan.

You Might Also Like

0 comments: