Self motivation

Matang umur atau matang fikiran?

15:40 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum & Hai Semua!

Apa tu matang? 
1) Sudah cukup besar atau sudah cukup tua
2) Sudah banyak pengetahuan & pengalamannya ;
banyak mengetahui serta memahami sesuatu.

Wuu , Seriusnya topik hari ni. Mesti korang cakap 'eh, macam lah kau matang sangat ' ,aku  tak marah pun korang cakap macam tu sebab aku pun kata macam tu dengan diri sendiri 'kau belum layak cakap pasal matang weh, tapi lantaklah yang penting kau kena positif, mungkin apa yang kau tulis ni boleh dijadikan nasihat untuk diri kau sendiri satu hari nanti'  ngeh ngeh.

1) Matang Umur 
Sudah cukup besar atau sudah cukup tua. aku pun tah tahu mana yang besar. eh. Kalau lelaki , bila mak ayah kau dah nampak ko cukup besar masa tu lah diorang hantar kau pergi jumpa tok mudim. Tapi sekarang dah moden, campak je kau di hospital. hehe. Bila perempuan pulak, faham-fahamlah bulan tak selalunya penuh. haha. Selain tu, matang umur ni lain orang lain perspektif ada yang kata umur 20 baru matang, 30, 40 Bla bla. Itu matang umur.


2) Matang Fikiran
Ha, ini yang aku nak cerita. Bagi aku matang fikiran ni, bila kau matang dalam hadap situasi realiti hidup dengan kurang meroyan. Kita boleh jadi pandai, kita boleh jadi si bijak Dekan. Tapi bila in reality , kau keep rasa apabila pendapat atau lifestyle orang lain yang berbeza dengan kau , kau selalu bagi perspektif negatif, ertinya kau belum cukup memahami sesuatu. Ingat definisi matang di atas, 'Sudah banyak pengetahuan & pengalamannya ; banyak mengetahui serta memahami sesuatu.'  

Hidup kita ni penuh pengajaran. Di keliling kita ni semua ada pengajaran ,cuma tinggal kita letak handphone ke tepi, buka mata, buka hati, buka minda & cuba memahami. Contohnya, ada masa kita tak suka orang tanpa sebab yang kukuh, mungkin kita rasa dia menjauh dari kita, mungkin juga sebab cara hidup dia lain dengan kau & ,besar kemungkinan perangai & pendapat dia bercanggah dengan kau. mulalah kau kata 'aku bencilah dia' & semua yang dia buat semua buat kau sakit hati. Hmm, sama juga dengan yang bercinta tu. Bila bergaduh post sindir & sedih. I know , I've been there & done that. apa yang aku dapat cuma penyesalan & tambah mengeruhkan lagi keadaan.


Of course, mustahil lah kita tak termengumpat dan termengata. haha. kita pun manusia biasa, bab-bab dosa ni memang seronok lah terhasut syaitan. Tapi bila kita matang berfikir, showing at public how much we hate it isn't something to be proud of. Lebih baik, kau meluah dengan kawan paling rapat kau atau keluarga kau. Biar cerita tu terhenti disana.

Berfikiran matang ni sesuatu yang susah, sebab bila kau emosi tak stabil. Trust me, susah kau buat keputusan rasional. Jari ringan menaip, mulut ringan memaki. Kau rasa, bila kau hebahkan cerita ke semua orang  buat kau puas hati, yang buat rasa marah kau sampai kepada yang dituju. Tapi apa kau fikir selepas setahun. Malu. kau pun terfikir 'kenapalah aku buat macam tu,haha '


So, bila kau sudah befikiran sikit matang. kau akan penuhi otak kau dengan soalan , 'kalau aku buat mcm ni ok tak? ' , 'Salahkah kalau aku buat dia begini? tak memalukan?'  , Kau juga mula timbangkan sesuatu benda negatif terjadi tu dari sudut positif. . Kau berhati-hati membuat keputusan mengikut emosi. Kau mula mampu menahan marah, memilih untuk diam dan cuma mencari orang yang kau betul-betul percaya 200% untuk dijadikan tempat kau meluah , tempat kau menceritakan kemarahan & ketidakpuasan hati kau. Mula bertanggungjawab dengan apa keputusan kau buat. Sebab kau cuma mahu meluah ,bertanya pendapat & nasihat, kau juga berharap supaya cerita itu terhenti di lingkaran itu sahaja. Tidak tersebar oleh mulut yang bocor dan semua jadi ribut. So , berfikiran positiflah walaupun susah macam mana sekalipun.wink wink. ^_^

You Might Also Like

0 comments: