People Will Always Talk behind your back

12:35 Unknown 3 Comments


Assalamualaikum dan Halo!

"People have their own personal brand , Everyone will talk behind your back . That's why, you should build a positive personal brand"

So, aku terdengar ayat ini beberapa jam tadi. Aku pun terfikir betul juga , orang akan tetap cakap belakang kau , even kau sendiri cakap belakang orang, tak payah nak pura-pura suci , mengumpat tu adik-beradik dengan cakap belakang ,ok sis? hehe. Kau tak boleh stop mulut orang , kau tak boleh control pemikiran orang. They will talk eventually. So chill , tak perlu marah ,tak perlu emosi. Unless dia fitnah kau sampai boleh menjatuhkan maruah and merosakkan nama kau , kau boleh berdiri ambil stapler and stapler mulut dia. 

Kau tak mampu nak buat apa-apa pun , kau tegur yang sorang ni ,yang sorang lagi akan mengata belakang kau. Kita tak boleh puaskan hati semua orang , kita takkan nampak baik di mata semua orang. Apa yang kau boleh buat , jangan cepat melenting dan jangan cepat membenci. Yang cuma kau boleh buat ialah , usaha perbaiki diri kau jadi yang terbaik paling terbaik yang kau mampu. Supaya, bila orang mengata belakang kau , mereka akan mengata yang baik-baik sahaja. Bila orang ingat nama kau , meraka akan ingat yang baik-baik saja. So, never give up for trying to be a good human.

3 comments:

Ramadhan tiba , moga Tuhan lembutkan hati

21:34 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum!

So, hari ni aku nak cerita sikit ala-ala diari. hee. 2016 , banyak yang terjadi. Perubahan drastik dalam hidup aku terjadi dalam tahun ni. 2016 terlalu banyak kebenaran dan pengajaran yang aku dapat. Susah sangat aku nak terima semua benda yang jadi sekarang. Tapi syukur Alhamdullilah , jauh di sudut hati aku yang hancur , Allah bisik pada aku "sabarlah.." 

Tahun ini , aku tak tahu mana aku dapat kekuatan yang aku tak sangka aku mampu untuk hadapi semua ini .Kadang-kadang aku terfikir , mungkin betul selama ini aku umpama katak bawah tempurung ,aku fikir dunia ini baik-baik saja. Aku fikir , apa yang jahat cuma ada di kaca TV. Tapi aku silap , hidup ini penuh hitam putih. 

Tahun ini , aku jumpa diri aku kembali.Alhamdullilah. Tahun ini aku lebih berani. Tapi aku juga takut aku lupa diri , aku takut aku terasa terlalu gah sampai aku jadi seperti orang yang telah menyakiti. Tolong doakan aku , Semoga semua itu tidak terjadi. Tahun ini Allah ingatkan aku supaya ingat Dia. Tapi juga aku takut , saat aku tahu kebenaran , kebencian datang dalam hati aku . Aku takut ,aku lupa apa erti memaafkan. Aku takut , aku bina dinding dendam . 

Aku harap, Semoga Ramadhan ini mampu melembutkan hati aku untuk menerima segala yang sudah terjadi. Moga Ramadhan ini mampu lemahkan aku dari kemarahan. dan moga bulan yang suci ini , aku mampu memaafkan. Aku juga berharap, agar yang menyakiti hati aku, dilembutkan hatinya untuk menjadi seorang yang lebih baik. Moga Allah memberikan dia pengajaran dan mampu untuk berubah menjadi seorang yang baik, semoga suatu hari mereka mampu buktikan mereka juga boleh berubah. Kuasa Tuhan , kita tak tahu, mungkin suatu hari mereka akan jadi lebih baik dari aku yang masih daif tentant agama , sebab itu aku takut untuk berdendam. kerana Allah itu maha mengetahui, maha mengampuni, maha berkuasa. 

Doakan aku supaya makin dekat dengan Allah Swt kerana aku terlalu kerap melupakan-Nya. Selamat berpuasa.


0 comments:

Quotes,

Si Tikam Belakang yang Penipu

14:29 Unknown 0 Comments



Penipu dengan di tangannya tersedia pisau yang tajam
Rupa penuh senyuman
kata-kata yang meyakinkan untuk menegakkan benang yang basah
Kau pula? Masih bodoh dalam menilai siapa si muka talam
Kau ingat sejahat-jahat manusia pun cuma mulut yang binatang

Kau ingat drama si jahat berbaik-baik di depan musuh cuma ada di televisyen
Sakit hati kau, rupanya terjadi pada diri kau
Bodoh, Kau rasa diri kau sangat bodoh
Terlalu mudah berlembut hati
Terlalu cepat untuk simpati

Orang kata ,biar kau jahat supaya tak dibodohkan
Tapi prinsip kau berbeza ,
Biar orang jahat dengan kita, Tapi jangan kita Jahatkan orang
Betul , ada betulnya
Tapi jangan sampai kau di pijak-pijak
Sampai kau dikatakan si tolol
yang mudah di hambakan

Tolong tegas , tolong tunjukkan walaupun kau naif
tapi kau bukan untuk di jadikan kain perca
Kadang-kadang ada sejenis manusia yang tak layak di beri muka
Tak layak didekati dan tak layak untuk dapat bantuan dari kau

Tapi tolong. Tolong walau hancur mana pun kau disakiti
Tolong sabar , biar Tuhan dan Masa yang membalas semuanya
Memang ,beribu idea yang kau ada untuk balas segalanya
Mari aku ingatkan , kalau kau balas tanpa sedar kau jadi seperti mereka
Apa kata kau ambil kerusi , duduk sambil makan,
tunggu dan lihat bagaimana karma datang kepada mereka
Kau cuma perlu goyang kaki tapi jangan pernah lupa Tuhan
Bersabar ..Bersyukurlah , pegang erat kata-kata ini
'Setiap yang terjadi akan ada hikhmahnya'

0 comments:

Love,

To those yang tak berani melepaskan

20:49 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum , halu!


Kau ada sejuta sebab untuk tinggalkan dia. Otak kau kata , 'lepaskan lah..jangan seksa diri kau lagi' . Hati kata , 'tapi dulu dia baik, dia sayang kau..bercinta bukan sekejap..dah lama.' Lalu kau pun bertahan , 'takpa ..beri dia 1 lagi peluang..' peluang yang ke seratus juta kali.. 'takpa ,aku boleh..' kau kata.

Dulu kau berikan had kepada diri kau , untuk mana-mana lelaki yang mahukan kau. 

'Sekali dia tipu aku , aku akan tinggalkan dia ..'

'Sekali dia buat aku macam tahi , aku tak akan pandang dia lagi..'

'Sekali dia curang , jangan harap dia layak untuk aku ..' 

Tapi hati ni degil , hanya dengan perasaan sayang dia boleh tutup mata kau dan biarkan kau diperlakukan sesuata yang kau tak layak dapat. Tapi sebab sayang ..kau rela hati kau sakit dari hilang dia. Sebab sayang ,kau paksa diri kau terima salah dia yang hancurkan hati kau asalkan dia tak pergi dari kau. Dan disebabkan orang kata cinta itu buta , kau terlalu sayang dengan orang sampai kau kehilangan diri kau sendiri. 

Menangis jadi rutin . Pergaduhan jadi aktiviti harian . Keyakinan diri semakin nipis dan kau? Kau sendiri tak kenal diri kau . Kau sendiri sakit hati dengan diri kau. Kau sendiri tak faham kenapa kau boleh jadi seperti diri kau sekarang , sedangkan dulu? Dulu kau kata kau tak akan jadi seperti ini. Seperti mayat hidup.

Kau sedarkah? Kau tak lagi mudah tersenyum? Kau sedarkah kesedihan kau makin menebal? Kau sedarkah bila dulu kau seorang yang gila-gila dan ceria? sekarang? Mana dia yang dulu? Hilang dalam lamunan , hilang dalam terlalu memikirkan cara untuk kembalikan si dia yang sayang kau dan terkejar-kejar kau seperti dulu. Akhirnya kau jadi seorang perempuan yang needy dan clingy. ya, bukan? kau dikatakan queen control , mengongkong. Even , cuma kau saja yang tahu betapa takutnya kau kehilangan dia. Biar kau hilang diri kau , tapi jangan sekali kau hilang dia kan? Tapi ya.. jauh disudut hati kau pilihan yang sangat terbaik adalah tinggalkan dia. Jauh disudut hati kau , kau tahu dia tak layak dapatkan kau dan kau tahu kau layak dapat yang jauh lebih baik. Tapi lucu bukan? realitinya apa yang terjadi , kau terhegeh-hegeh dengan 1 manusia umpama kau perempuan yang tak ada yang mau, tak laku. sedangkan orang yang sayang kau selalu ingatkan kau , you're worth it .lepaskanlah..

hmm.. apa kata sekarang ni kau ubah mindset kau? aku tahu ,kau masih mengharap ada sedikit harapan dia akan berubah. ok fine. aku tak minta kau lepaskan dia. Aku minta kau ,cari dirikau sendiri sekarang. Kembalikan diri kau yang dulu. Jadi cantik , jadi yakin ,jadi kuat. Build yourself now. Kau tak rindukah? dulu kau gembira ,kejap-kejap ketawa . Suara kau sumbang pun ,dengar lagu sikit dah menyanyi. annoying tapi happy.haha.

Bila sudah sampai 1 tahap , kau jumpa balik diri kau. Disana baru kau sedar adakah dia pilihan terbaik kau atau tidak. Waktu tu lah kau jumpa kekuatan kau untuk buat keputusan demi masa depan kau dan kebahagiaan kau. dan waktu itu lah , kau sedar yang kau berhak memilih.

0 comments: