Being alone.

Hai girls and boys or women and man

Have you ever thought that you're actually afraid of being single , because you too comfortable with the idea of being in relationship? Trust me , the first answer that came into your mind is NO. 

Me too . I definitely say No.

Dude , everyone know that not being in relationship won't kill you. right?

But the reality is YES , you’re too comfortable with the idea of being in relationship. Especially me, I never realised that I’m too depending on courtship to feel confident , strong & secure until one of friend tell me that

 “you know what, I thought you were strong, actually you are strong enough to be alone, but you not trust yourself about it , you don’t really need relationship to feel strong, you are strong enough by your own & you just don’t realize it”

So, kata-kata tu buat aku terfikir. When is the last time I really being single. Tik tok tik tok. Semua orang tau setiap manusia sudah ditetapkan jodoh masing2. Tapi kau tau kah berapa lama lagi kau boleh betul2 nikmati zaman bujang kau? Mungkin sebulan, setahun, seminggu? Siapa tahu.

Di sana aku terfikir, why don’t I enjoy my life with my friends and family being crazy and fun because one day I will regret things that I don’t take.

I’m to commited in relationship that I don’t know how it will end. I wasting my energy and time to try being perfect partner and to have a happy ending relationship that I’ve dream. Sampai satu masa, aku terlalu berhati-hati , try so hard to become someone that they want until I’ve lost myself just to protect the relationship.

Maybe it’s too late to realise. But Now I know this is not the time for me to put that kind of effort in my life. I need to enjoy my life, loving myself more & find my myself until I really know what I want not what the guy want in me.

Like I said , “cari pengganti tu senang, tapi pertahankan relationship tu yang susah.  Terutama bila orang terpikat dengan kau cuma dari segi rupa & luaran. Bila ada masa kau hodoh, dia tawar hati. Bila ada masa kau hadapi masalah, dia lari. “

So, it’s okay to become choosy & single rather than get married & you end up divorce.

Just cherish the moment. Maybe this is the only time that you have to be on your own. To appreciate people who really love & care for you. You just don’t have to change yourself just to make someone love you. Someone who are really meant to you will come and think that your flaws make you perfect. 😊


Kau ingat kau boleh tentukan apa yang kau ingin kan

bila usia meningkat , kau rasa kau sudah cukup masak dengan perangai manusia
semua bersifat sementara. Sekejap kau nampak dia sayang, tiba-tiba dia hilang

Kau ingat kau kuat, kau bersedia dari awal.
Kau kawal tingkah laku kau. Kau jaga tutur kata kau.
Kau kata " kali ni, kalau sakit itu datang lagi , aku takkan rasa apa-apa"
Bila tiba ombak datang , kau cuma tinggal termenung, dan diam kaku

Bila benda yang paling kau takut , kembali pada kau.
Bila benda yang kau elak , masih kejar kau.
Bila kau merayu pada diri kau ,berhenti biarkan hati kau hancur.
Tapi kau lari macam mana pun , tetap berkecai hati kau.

Kalau boleh kau sakitkan orang yang sakitkan kau.
Kalau boleh kau benci sampai mati.
Tapi bila kau sudah terlalu penat.
Kau sebaliknya cuba untuk fahami orang yang menyakiti.

Pecah hati kau. Tapi kau masih memaafkan.
Terluka hati kau. Tapi kau masih kata " mungkin silap aku".
Benci hati kau. Tapi kau berlembut hati.
Marah hati kau . Tapi kau tahu, mungkin dia juga ada masalah sendiri.

Dulu dengan sekarang lain.
Dulu bila masalah datang, kau rasa kau paling malang.
Sekarang bila sedih datang, kau tahu orang lain pun begitu.
Entah apa perlu kau pilih, menangis tapi air mata hampir kering.
Marah? entah apa yang perlu di tengking.
Ungkit ? sedar diri yang diri sendiri pun buat silap.

Akhirnya, apa yang aku mampu. Sujud kepada Allah Swt.
Sampai 1 tahap , aku pun tak tahu nak minta apa.
Yang aku mahu , aku tak mahu rasa sakit yang sama.
Walaupun dari orang yang berbeza, tempat yang lain,
cara yang tak sama.
Tapi hancurnya tetap rasa sama.

Kau hitung dosa kau sendiri.
Kau kenang silap kau sendiri.
Kau janji kau tak jadi orang yang sama lagi.
Kau tahu kau akan sembuh dari luka.

Cuma sekarang kau cuma kuat untuk seketika.
Untuk hadap rasa yang kau tak ingin rasa.
Memang. Bukan semua orang sama.
Bukan semua lelaki sama.
Bukan semua percintaan sama.

Tapi tanpa kau sedar ,
kau lupa cara untuk tunjuk sayang kau.
mungkin kau takut , bila kau sayang ,
dia jadi bayang-bayang.
Mungkin otak kau sudah tetapkan,
sayang itu cuma sementara.

Apa yang kau mampu buat sekarang ,
Teruskan kehidupan,
Padamkan semua kenangan,
Sampai semua terbuang.
Anggap saja semua ini terjadi kifarah atas dosa yang kau pernah lakukan.

Polumpung Melangkap View Camp Site, Kota Belud , Sabah

Hello!

What a throwback story. haha. So, ni cerita april 2017 and now august 2017. jadi, ni cerita 4 bulan lalu lerr. hehehe. Orang kata , benda yang kita plan selalu tak jadi. Benda yang kita plan last minute plak selalu menjadi. 

dijadikan cerita this 1 night vacation kami plan seminggu sebelum jalan. hahaha. Mulanya, sorg kawan ni cuma main-main , tapi last-last terjadi jugak. aku plak waktu tu perlukan vacation  sangat , tapi bajet mmg la nak yang rendah kan. Search punya search , nampak tempat baru di buka, a camp site yang viral di sosial media. 

Polumpung Melangkap View Camp Site. 

This is my first road trip. (perjalanan dari Kota Kinabalu - Kota Belud tak lah jauh sangat , dalam 1 jam lebih- 2 jam) dan kami pergi ber-enam. Tapi sebenarnya , aku join group kawna-kawan makcik aku. So, aku tak kenal yang 4 orang tu , saja menyemak nak join. Alahh.. sampai sana nanti pandai-pandai lah bergaul kan? 

Kami plan sewa kereta . Sewa Kereta avanza RM120 (rasanya.. dah lupa.) Duit minyak plak , kami share bagi rm15/sorang. Makanan kalau tak silap kami bagi rm 30/ sorang. 

Kami begerak pagi , singgah breakfast di Tuaran. (Breakfast lah sangat , dah tghari dah. haha) 

Kami cuma gunakan waze nak kesana. The funny thing is , tempat tu adalah sungai. Tapi waze tunjuk naik ke atas bukit. Bayangkan kepercayaan ke atas waze tu tinggi  sampai jadi bodoh ikut waze naik ke bukit , padahal mana ada sungai atas bukit. hmm.  ( Tapi xpalah ,  sempat jugak kami sakai tengok rupa babi. HAHA!)

So, bila dah sampai sana. Kami tak expect , tempat tu di belakang rumah orang kampung. Kami siap pusing 3 kali di depan rumah tu sbeab tak yakin betul tak tempat tu atau salah tempat. 

Rupanya memang betul lah. Venue tu belakang rumah owner. Banyak cerita lucu masa kami kat sana. Masing-masing kononnya kena bawa telur rebus. Tapi yang lain bawa telur belum masak. haha. Siap bawa portable gas stove. Tapi kami tak bawa kuali pun. -.-' 

Tent plak , kami booked yang boleh muat 5-6 person. But it's small , and it's like only can fit 3-4 person i think. Tapi nasiblah badan kami, kebanyakkan macam mancis. muat jugak lah 6 orang. haha. 

The view a night, SANGAT SANGAT cantik . sampai rasa nak bentang tikar kat luar tent , nak tidur kat luar. Tapi disebabkan , kami semua perempuan x berani jugaklah. Korang dah biasa dengar orang tengok , sunset & sunrise , kan? Malam tu kami siap tengok Moon rise.. pergh! Tapi x dapat capture, sebab apalah sangat kamera hp. huhu. 

Korang boleh bayangkan tak , kitaorang tengok pemandangan gunung bercahayakan bulan. OMG. I so in love with it. Dengan bintang-bintang di langit. CANTIK SANGAT! memang tenang. memang best. oh, FYI line hp cuma ada MAXIS, yang lain zero. hehe. 

Perkara lucu + annoying jugak lah. Bila kami ada bawa gitar 1 and ukulele 1. but end up , tent sebelah pinjam gitar sampai jam 3 pagi. (nasib lah hujan, kalau tak sampai lusa lah dorang memekak.. hehehe . ) tapi tak lah marah, menyindir jer. hehehe. biasalah tu. 

Keesokkan paginya, kami bangun awal semangat nak tengok Gunung kinabalu. Sebab kalau dah 9pagi keatas takut gunung tertutup kabus. dah tak cantik nak POTD hehe. 

Tent- Tent yang lain semua belum bangun,. kami siap boleh semangat ketuk pintu rumah owner nak sewa pelampung besar. Jerit-jerit dekat sungai macam sungai tu kami punya. Orang pun hairan, macam mana kitaorang boleh tahan air sungai yang sejuk tu awal pagi. yes, AWAL PAGI. korang boleh tengok video kat bawah ni . 

Owh total percutian tak seberapa kami ialah RM150 /pax  termasuk sewa kereta, sewa tent , makan minum (bawa sendiri) , sewa pelampung, jaket, and fire-camp.. Bajet ker takk. hehe. apa pun, memang tak menyesal pergi sini!

Facebook : https://www.facebook.com/pmvcs/
Instagram :  https://www.instagram.com/officialpmvcs/

(It's not a paid review. but if the owner of PMVCS saw this, Aunty , kakak, uncle belanja one night vacation di sana ,boleh? :P )




Imaginasi pun boleh jadi satu doa

Assalamualaikum dan Hai!

Image result for annoying animated gif

I just saw a post , a wife yang terlalu obses baca page KRT di facebook sampai meragui husbandnya sendiri. KRT tu kisah rumah tangga lah. Siapa-siapa yang ada fb kalau baca cerita dekat page tu memang mostly meluah tentang masalah rumah tangga masing. Bila kau baca atau dengar masalah relationship orang, mesti kau share dengan pasangan kau sendiri kan. Perempuan , biasalah semua nak cerita even benda remeh. Then typical situation bila cerita-cerita , penghujung cerita tu memang kita warning partner kita jangan buat macam tu. "awas!" tu lah selalu di mulut. 

dia kata, sampai 1 tahap, dia terlalu masuk dalam hal rumah tangga orang , sampai takut dengan rumah tangga sendiri. Which is , her husband lah. dia juga kata kadang-kadang apa yang kita selalu fikir / imaginasi tu adalah 1 doa.

What I want to say is yes apa yang kita selalu imagine tu mungkin akan jadi 1 doa. Aku pernah sentiasa meragui someone yang dia akan curang and end up being caught at hotel. Yes, at the end benda tu terjadi. 

Aku pernah imagine benda semua akan baik-baik saja. bayangkan selalu aku akan lepas permohonan yang aku mahu. At the end, berkat rezeki Allah aku dapat apa yang aku bayangkan. 

Jadi kadang-kadang aku terfikir. Terjadinya sesuatu yang buruk ,kadang-kadang ada khilafnya dari kita juga. Doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik. Inshaallah Allah akan beri yang sebaiknya untuk kita. 

Aku sejenis manusia yang paranoid , have trust issue. Tapi makin hari aku makin terfikir , kenapa perlu aku habiskan masa dan ganggu emosi aku dengan fikirkan benda negatif yang belum terjadi? Aku tengah buang masa aku sendiri, aku tengah jatuhkan emosi aku sendiri. If you love yourself try to be positive. it's hard to be always positive, tapi cuba sedaya upaya untuk positif , even kadang-kadang kau x boleh kawal diri. 

Dengan berfikir positif, even kadang-kadang kau meragui mungkin instinct kau betul. Pegang kata-kata ni , kalau tuhan datangkan perkara buruk pada kau , anggapa saja itu ujian sebelum Dia beri hadiah lebih istimewa untuk kau. Yang penting kau sudah buat yang terbaik, Inshaallah kau akan lebih redha jika apa yang kau mahu , bukan kau punya, sebab kau akan lebih kuat dan yakin Allah itu sentiasa ada. Semua sudah tertulis. Doa yang baik-baik. Inshaallah.

Image result for if it meant to be it will

Karma/Kifarah

Assalamualaikum Guys!

Semua orang takut dengan karma kan? Tak Kisah lah Karma atau Kifarah , yang pasti balasan Tuhan yang kau tak sangka dari perbuatan diri kau sendiri. 

Image result for can you feel that animated gif

Bila dah meningkat tua ni , aku sangat takut bab-bab karma ni. Setiap apa aku buat mesti aku terfikir, "whaattt ifff... benda ni jadi pada aku " , terutama bab menipu. Of course siapa tak pernah menipu kan. Terutama masa zaman teenager , we lied a lot. like a lot. zaman puberty lah katakan. jangan kata kau tak pernah menipu lah , kau pergi sekolah ,tapi kau escape. Kau kata sekolah ada aktiviti , tapi kau dating dekat library. (tak kira tipu kecil atau tipu besar , dasarnya tetap menipu. kihkih) Fahan??


Image result for understand that animated gif

Hidup ni umpama roda. Kadang-kadang aku terfikir masa susah aku dulu , lepas tu kenang balik jahat aku dengan orang. (even masa kau buat jahat tu , kau rasa not big deal) kau akan terdetik dalam hati kau , "ntah-ntah macam ni perasaan si polan bila aku buat kat dia macam tu " even everyone has moved on. but still, what you give, you get back. 

Image result for repent animated gif

So, after everything I went through . Aku cuba sedaya upaya layan orang dengan baik , even kadang-kadang aku terrr kuang hajoo. haha. Even kadang-kadang aku terr Rolling eyes. Even aku tak suka orang tu, atau get annoyed dengan orang tu pedulilah mungkin orang nampak fake. Tapi Belajar untuk baik dengan orang . dekat sana kau juga ajar diri kau lebih bersabar. Sebab bagi aku, biarlah orang tak suka aku tapi kalau depan aku dia layan aku baik, sopan, beradab , itu cukup bagi aku. Kalau belakang aku orang tu kutuk aku tertawakan aku atau mengumpat aku, aku boleh terima yang penting jangan fitnah & jatuhkan aku di belakang.  

Image result for take a deep breath animated gif

In conclusion, fikir balik apa yang kau tengah buat yang consider as nakal atau jahat atau whatever. Kau suka kalau orang buat kau mcm kau buat orang? kau suka cara kau threat someone sekarang ,org threat kau mcm tu? Especially in friendship , familyship and of course relationship. (aku sangat takut part relationship, sebab silap yang paling senang kau buat bila kau in-relationship , sebab kau ambil mudah, sebab kau cuma nak rasa bahagia tapi tak mahu bertahan bila waktu derita, cewah.) lying, cheating , neglecting benda2 macam tu aku paling takut untuk buat sebab aku takut one day those things will come to me again . Kalau partner aku buat macam tu, mungkin marah tapi the karma will chase him not me. I don't want that kind of karma chasing me. Maybe Karma tak datang pada kau, tapi mungkin pada orang yang kau sayang, anak-anak, family.

Image result for well done animated gif

The End.